Anda di halaman 1dari 12

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

TENDER UNTUK PENGURUSAN


TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT MPPP
DI LEBUH UNION, PULAU PINANG

TARIKH TUTUP : ISNIN, 27 SEPTEMBER 2010

MASA : 12.00 T/HARI

TEMPAT : PETI TENDER


TINGKAT 3, KOMTAR
PULAU PINANG
ISI KANDUNGAN

Kandungan Mukasurat

1. Iklan Tender 1

2. Dokumen Tender 3

3. Terma-terma dan Syarat-syarat Tender 5

4. Perihal Bangunan 8
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
({ HYPERLINK "http://www.mppp.gov.my" })

TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian


Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh
Rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-
PERKARA KELAYAKAN
PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG, LEBUH UNION, KKM 220206
PULAU PINANG
PENJELASAN: Isnin, 06 September 2010, jam 10.00 pagi di Bilik Minda, Majlis
Perbandaran Pulau Pinang, Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang.
[Pendaftaran: 09.30 pagi – 10.00 pagi]
PENJELASAN TAPAK: Selasa, 07 September 2010, jam 10.00 pagi di Bangunan Letak
Kereta Bertingkat, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Lebuh Union, Pulau Pinang.
Harga Dokumen: RM 50.00 senaskah
Tarikh Tutup: Isnin, 27 September 2010, jam 12.00 tengahari

2. Pengarah Syarikat atau Pemilik Perniagaan diwajibkan menghadiri penjelasan dan


lawatan tapak sebelum membeli dokumen tender (wakil tidak dibenarkan hadir).
Syarikat yang tidak menghadiri penjelasan atau hadir selepas masa pendaftaran tidak
layak mengambil bahagian dalam tender ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan sistem e-perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen Tender hanya
dijual secara ’on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun
(download) melalui akaun e-perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender
yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MPPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum
jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi
kepada tender yang lewat diterima.

5. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah


disertakan bersama dengan dokumen tender.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling rendah harganya atau sebarang
tender.

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

PULAU PINANG: 30 OGOS 2010


MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
3

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

DOKUMEN TENDER

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Paras 3, KOMTAR,
10675 Pulau Pinang.

TENDER UNTUK PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT MPPP LEBUH UNION,
PULAU PINANG

1. Saya/Kami dengan ini bersetuju menawarkan tender bagi Pengurusan Tempat Letak Kereta
Bertingkat MPPP Lebuh Union, Pulau Pinang.

2. Saya/Kami mengaku telah membaca dan memahami syarat-syarat utama, terma-terma serta
liputan tugas seperti di Lampiran A.

3. Saya/Kami dengan ini mengemukakan harga tawaran bagi Tender Pengurusan Tempat Letak
Kereta MPPP Lebuh Union, Pulau Pinang adalah sebanyak RM__________________ (Dengan
Perkataan : Ringgit Malaysia

…………...............………………………………………………………………………………).

…. 4. Bersama-sama ini dikepilkan sekeping draf bank bernilai RM5,000.00 sebagai deposit tender
ini. Saya juga difahamkan jika, sekiranya Majlis telah tawarkan tender bangunan ini kepada saya,
deposit ini tidak akan dikembalikan jika saya menolak tawaran ini.

Sekian, terima kasih.

________________________
Tandatangan
(Nama : )

Nama Syarikat : _______________________________________________

Alamat : _______________________________________________

_______________________________________________

Tarikh : _______________________________________________

No. Tel / No. Fax : _______________________________________________

No. Tel Bimbit : _______________________________________________

Cop Rasmi Syarikat :

* Sila lampirkan sesalinan kad pengenalan bersama-sama borang ini.


4
LAMPIRAN A
{ EMBED Word.Picture.8 }
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TENDER UNTUK PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA


BERTINGKAT MPPP LEBUH UNION, PULAU PINANG

1. Bangunan Tempat Letak Kereta berkenaan mestilah digunakan untuk tujuan tempat letak
kereta.

2. Tempoh pelantikan ialah selama tiga (3) tahun dengan opsyen untuk melanjutkan 3 tahun lagi.
Tarikh permulaan akan ditetapkan kemudian.

3. Kadar bayaran maksima untuk tempat letak kereta bertingkat ini adalah RM0.60 setiap
setengah jam dan RM2.00 satu perletakan selepas pukul 5.00 petang.

4. Bilangan petak yang terlibat adalah sebanyak 244 petak dan waktu kawalan adalah seperti
berikut:-

Hari Kutipan Waktu Kawalan Kadar Kutipan

Isnin-Jumaat 9.00 pagi-5.00 petang RM0.60 setengah jam


5.00 petang-12.00 malam RM2.00 satu perletakan

Sabtu 9.00 pagi-1.00 petang RM0.60 setengah jam


1.00 petang-12.00 malam RM2.00 satu perletakan

Ahad & Kelepasan Am 9.00 pagi-12.00 malam RM2.00 satu perletakan

5. Kadar maksima untuk petak khas dan tiket bulanan ialah RM170.00 sebulan (termasuk 5%
cukai perkhidmatan).

6. Petak khas adalah dihadkan seperti berikut:-

6.1 Kakitangan bank @ penyewa yang menyewa ruang pejabat - 30 lot


bangunan ini

6.2 Pengeluaran Tiket Bulanan - 60 lot

7. Penyelenggaraan tempat letak kereta akan dijalankan oleh penender yang berjaya seperti
mengecat semula petak, pembayaran bil air dan elektrik dan lain-lain perbelanjaan yang
berkaitan serta kerja-kerja pembersihan tempat letak kereta ini.

8. Pihak MPPP akan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembaikan terhadap struktur


bangunan ini sahaja.

9. Penender yang berjaya akan membayar pada setiap bulan kepada MPPP mengikut amaun
yang ditawarkan menerusi tender ini.

10. Harga rezab bagi Tender untuk Pengurusan Tempat Letak Kereta Bertingkat MPPP Lebuh
Union, Pulau Pinang adalah RM17,000.00 sebulan.

11. Penender yang berjaya perlu membayar kepada MPPP deposit sebanyak 3 bulan harga
pelantikan perkhidmatan yang ditawarkan dalam bentuk cek bank atau deraf bank.

5
{ EMBED Word.Picture.8 }
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TENDER UNTUK PENGURUSAN LETAK KERETA


BERTINGKAT MPPP LEBUH UNION, PULAU PINANG

12. Penender yang berjaya perlu membayar kepada MPPP deposit cagaran utiliti sebanyak
RM20,000.00 dalam bentuk cek bank atau deraf bank untuk air, elektrik dan IWK.

13. Penyebutharga yang berjaya hendaklah memperolehi perlindungan Insurans Tanggungan


Awam berjumlah RM2,500,000.00 dan Insuran Kebakaran/Kemusnahan berjumlah
RM1,200,000.00 untuk tempoh 3 tahun atas nama bersama penender yang berjaya dan MPPP
serta perlu memperolehi perlindungan Insuran Pampasan Pekerja untuk semua pekerja di
tempat letak kereta bertingkat ini.

14. Penender yang berjaya tidak boleh memajak atau subkontrak perkhidmatan pengurusan
tempat letak kereta bertingkat ini kepada pihak lain.

15. Penender perlu sertakan deposit tender bernilai RM5,000.00 dalam bentuk draf bank sebagai
cengkeram tender. Sekiranya penender yang berjaya menolak tawaran sewaan bangunan ini,
maka deposit tender ini tidak akan dikembalikan;

16. Penender yang berjaya tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian / tambahan
struktur di atas tapak tersebut kecuali mendapat kebenaran pihak MPPP terlebih dahulu;

17. Penender yang berjaya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan keselamatan,


ketenteraman awam, kesesakan lalu lintas dan apa-apa berkaitan dengan aktiviti perniagaan
tanpa mengenakan sebarang tuntutan kepada MPPP;

18. Penender yang berjaya diwajibkan untuk memasang dan menyelenggara sistem kamera litar
tertutup (CCTV) mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

19. Majlis tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan atau sebarang kemalangan dan
gantirugi dari pihak ketiga;

20. Apabila tamat tempoh sewaan, penender yang berjaya dikehendaki menyerahkan tapak dalam
keadaan asal dengan persetujuan MPPP;

21. Penender yang berjaya tidak akan menyerah hak, menyewakan, menggadai atau melepaskan
hakmilik atau berkongsi milikan atau penghunian bangunan tersebut atau mana-mana
bahagian daripadanya tanpa kebenaran Majlis;

{ 6
EMBED
Word.Pic
t 8 }
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TENDER UNTUK PENGURUSAN LETAK KERETA


BERTINGKAT MPPP LEBUH UNION, PULAU PINANG

22. MPPP berhak untuk menamatkan pelantikan pengurusan tempat letak kereta ini sekiranya
penender yang berjaya gagal mematuhi syarat-syarat pelantikan atau MPPP memerlukan
bangunan tersebut, tanpa sebarang bayaran gantirugi.

23. Penender yang berjaya perlu mematuhi segala undang-undang kecil dan peraturan-peraturan
yang ditetapkan oleh Kerajaan, MPPP atau mana-mana pihak berkuasa dan bayaran gantirugi
akan dikenakan terhadap penender yang berjaya jika sebarang kerugian, denda, kerosakan
dan kecuaian serta kos perbelanjaan yang dialami, dibayar atau ditanggung oleh MPPP akibat
dari kegagalan penender yang berjaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

24. Semua maklumat di dalam Dokumen Tender hendaklah diisi dengan jelas dan lengkap. MPPP
berhak menolak mana-mana tender yang tidak mengemukakan maklumat yang diperlukan.

25. Sebarang pembetulan yang dibuat di dalam Dokumen Tender hendaklah dipotong dan
ditandatangani. MPPP berhak menolak mana-mana tender yang didapati membuat pindaan
tanpa ditandatangani.

DIKELUARKAN OLEH :

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA


MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

Tarikh : 23 Ogos 2010

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG


PERIHAL BANGUNAN

1.0 ALAMAT

Bangunan Letak Kereta Bertingkat MPPP Lebuh Union terletak di Lebuh Union
bersebelahan dengan Hotel Merlin, Lebuh Penang, Pulau Pinang.

2.0 PERIHAL HARTA

Premis yang berkenaan merupakan sebuah bangunan letak kereta bertingkat yang
telah dibina pada tahun 1997. Premis ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu
ruang komersial di bahagian atas dan ruang letak kereta sebanyak 244 petak di
bahagian bawah. Tatasusunan tingkat-tingkat adalah seperti berikut:-

ARAS KEGUNAAN BILANGAN KELUASAN (K.P)


UNIT
Tingkat Ruang Pejabat - 18,227.9
Bawah
Tingkat 1 Letak Kereta 43 18,227.9

Tingkat 2 Letak Kereta 46 18,227.9

Tingkat 3 Letak Kereta 46 18,227.9

Tingkat 4 Letak Kereta 46 18,227.9

Tingkat 5 18,227.9
Letak Kereta 46
Tingkat 6 Letak Kereta/ 17 18,227.9

Ruang Pejabat
Tingkat 7 Ruang Pejabat - 12,822.3

Tingkat 8 Bumbung - 354.6


(Rata)
JUMLAH 244 140,772.2

Sumber rujukan:-

1) Fail Harta THB/B/90

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG


GAMBAR

PANDANGAN HADAPAN BANGUNAN LETAK KERETA BERTINGKAT MPPP


LEBUH UNION, PULAU PINANG

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG


PELAN TAPAK TANAH MAJLIS

10
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender / Sebut Harga)
...........................................................................

Saya,(PemilikSyarikat).................................................................................................
Nombor K.P. ................................................ yang memiliki (Nama Syarikat)
.......................................................................................................................................nombor
pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) ............................................. dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam (Nama
Kementerian/Agensi).................................................................................................. atau
mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis Perbandaran
Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut
harga* seperti di atas, maka saya sebagai pemilik syarikat bersetuju bahawa Kerajaan Negeri
berhak mengambil tindakan-tindakan berikut:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* yang ditandatangani tanpa
bayaran gantirugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku, memberi
atau menawarkan rasuah; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis berhampiran.

Yang benar,

(Tandatangan)

....... ...........................
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catitan: * Potong mana yang tidak berkaitan

Anda mungkin juga menyukai