Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

KOLABORASI ANTARA ECOLE8 – ACCEPT DENGAN GIATMARA WILAYAH UTARA


UNTUK PROGRAM KURSUS “INDUSTRY-LED PROFESSIONAL CERTIFICATE (IPC)

PENDAHULUAN

Kursus IPC adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan amnya dan Kementerian Perdagangan Luar
Negara dan Industri (MITI) khasnya untuk memberi peluang kepada lepasan SPM dan SRP yang tidak
memiliki kelayakan akademik dan kepakaran teknikal untuk mendapatkan pekerjaan di dalam sektor
industri negara. Kursus ini juga bertujuan untuk membantu industri memenuhi keperluan tenagakerja
tempatan bagi menggantikan tenagakerja migran.

Ecole8-ACCEPT adalah sebuah syarikat Pembekal Latihan (training provider) di dalam bidang “soft
skill” iaitu Etiket, Komunikasi dan Protokol. Sehingga kini syarikat kami telah berjaya melatih lebih
dari 10,000 peserta-peserta yang terdiri dari penjawat-penjawat awam dan pekerja-pekerja sektor
swasta.

Syarikat kami telah diamanahkan oleh MITI untuk mengendalikan kursus IPC ini bagi peserta-peserta
dari utara semenanjung di bawah seliaan Malaysian Autumotive, Robotic and IoT Institute (MARii),
sebuah agensi di bawah MITI. Bermula dari awal September 2020, kami telah berjaya melatih seramai
lebih 1000 peserta dan mensasarkan 1250 orang untuk dilatih sehingga penghujung tahun ini.

TUJUAN

Untuk mewujudkan satu kolaborasi diantara Ecole8-ACCEPT dan GiatMara Kawasan Utara
Semenanjung Malaysia bagi menawarkan kursus IPC ini kepada pelatih GiatMara yang sedang atau
telah menghadiri kursus-kursus Automotif, Letronik/letrik dan Pembuatan. Pelatih-pelatih dari bidang
lain juga digalakkan menyertai kursus ini kerana ia mendedahkan peserta kepada pengetahuan “soft
skill” yang amat berguna apabila mencari kerja dan semasa bekerja.

KOMPONEN PROGRAM

1. GiatMara

Pelatih-pelatih GiatMara yang sedang mengikuti kursus-kursus di dalam bidang Automotive,


Letrik/letronik dan Pembuatan (fabrikasi, kimpalan dll) akan ditawarkan tempat mengikut tarikh yang
telah ditetapkan. Ataupun pihak GiatMara menangguhkan sementara latihan bagi membolehkan
mereka menghadiri kursus pada masa yang ditetapkan. Latihan akan disambung semula selepas
kursus tamat.

2. Ecole8 – ACCEPT

Pihak kami akan menyediakan tempat penginapan di hotel bertaraf 3 bintang, makan dan
pengangkutan secara percuma. Sesi kuliah akan juga diadakan di premis hotel. Kami telah
menyediakan pensyarah-pensyarah berpengalaman dari industri sendiri bagi mendapatkan
pengetahuan yang lebih berkesan. Kursus IPC selama 24 hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ecole8-
ACCEPT. Senarai para tenaga pengajar adalah seperti di Lampiran A
3. MARii

Pihak MARii menyediakan peruntukan kewangan untuk kursus ini. Mereka juga memantau kursus dari
masa kesemasa. Elaun kursus IPC sebanyak RM 200 yang akan dibayar selepas tamat kursus dan elaun
Latihan Industri (5 bulan) sebanyak RM 1000/bulan akan dibiayai oleh MARii.

Setelah menamatkan kursus selama 24 hari. Pelatih akan dikurniakan sijil Industry-Led Professional
Certificate.

4. MARii – Kontraktor – Industri

Selepas menamatkan kursus IPC, MARii akan menguruskan penempatan Latihan Industri (LI) selama 5
bulan di kilang-kilang yang berkaitan dengan industri automotif, letronik, pembuatan dan Industri 4.0.
MARii juga akan melantik kontraktor untuk menguruskan hal-hal penginapan, pengangkutan dan
makan selama sebulan secara percuma.

Pihak industri akan menempatkan pelatih-pelatih sebagai operator mengikut kesesuaian. Pelatih akan
diberi elaun bulanan sebanyak RM 1000 dan boleh mendapat habuan yang lebih jika rela bekerja lebih
masa (overtime)

5. Industri

Selepas menghabiskan LI selama 5 bulan dengan jayanya, pelatih akan dikurniakan oleh MARii sijil
Advanced Apprentice Certificate. Pihak industri, berdasarkan kepada prestasi semasa LI akan
menawarkan kepada pelatih kerja tetap, dengan kadar gaji yang lebih tinggi dari pasaran.

Tugas dan tanggongjawab agensi-agensi yang terlibat adalah seperti di Lampiran B

MODUL LATIHAN

Mata pelajaran yang diajar dan modul yang dirangka adalah diatas panduan dan kelulusan dari MARii.
Tenaga pengajar yang dipanggil juga mesti mendapat persetujuan dari MARii. Senarai mata pelajaran
yang diajar adalah seperti di Lampiran C.

TEMPAT KURSUS
Kami menyediakan dua tempat kursus di dalam negeri Perak. Lokasi dan Tarikh kursus adalah seperti
berikut:

1. D’Hotel Seri Iskandar – Mulai 15 Januari hingga 7 Feb 2021


2. MH Hotel Sungai Siput – Mulai 15 Januari hingga 7 Feb 2021

PROMOSI PROGRAM

Dengan kebenaran dari Pengarah GiatMara Negeri, ACCEPT akan memberi taklimat tentang program
ke keseluruh Pusat GiatMara keempat-empat negeri di Utara Semenanjung.
RUMUSAN

Manfaat kursus ini ialah:

1. Pelatih GiatMara akan mendapat pengetahuan tambahan “soft skill” yang amat berguna
semasa mencari pekerjaan dan semasa bekerja.
2. Kursus diadakan di Hotel bertaraf 3*** yang akan memberi keselesaan kepada peserta
untuk menimba ilmu di dalam keadaan yang lebih kondusif.
3. Tenaga pengajar adalah dari golongan ‘industry practitioners’ yang berpengalaman dan
berkelayakan seperti COO, pengurus Besar, pengurus dan ketua bahagian pengeluaran
4. Penginapan, makan minum dan pengangkutan peserta adalah percuma, semuanya
ditanggong oleh kerajaan. Elaun RM200 dan RM 1000/bulan diberi oleh kerajaan.
5. Pelatih akan dikurniakan 2 Sijil Iaitu IPC dan AAP oleh MARii, yang diperakui oleh pihak
industri.
6. Selepas menamatkan kursus selama 5 bulan 24 hari, pelatih dijamin mendapat kerja
dengan industri.

Disediakan Oleh

LT KOL AHMAD MARZUKI B AHMAD NAWAWI (B)

b.p Pengarah Latihan


LAMPIRAN A
LAMPIRAN B

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOMPONEN PROGRAM IPC

KOMPONEN TANGGUNGJAWAB

GIAT MARA • Peserta-peserta Kursus Kemahiran Teknikal


1. Automotif
2. Letronik/Letrik
3. Pembuatan (fabrikasi, kimpalan dll.)

ECOLE8 - ACCEPT • Latihan IPC: Soft Skill (24 hari)


• Kemudahan tempat tinggal Hotel 3***
• Makan
• Pengangkutan
• Pengurusan Latihan
• Pengurusan Temuduga
• Sijil IPC

MARII – KONTRAKTOR - INDUSTRI • OJT (5 bulan)


• Tempat Tinggal
• Makan (1 bulan pertama)
• Pengangkutan
• Elaun IPC (RM200) & Elaun OJT (RM1200)
• Penempatan di Kilang
• Sijil AIAP

MARII - INDUSTRI Tawaran Kerja Tetap


LAMPIRAN C

JADUAL HARIAN IPC

Hari Subjek Pensyarah


D1 Ketibaan peserta dan melapor Sekretariat
D2 Jati Diri Mohd Yusof Ahmad
D3 Penampilan Professional Noraini Mohd Hanafiah
D4 Komunikasi berkesan di tempat kerja Mohd Azri Osman
D5 Persiapan Resume Tim BricklySha
D6 Persiapan Resume -Latihan Tim BricklySha
D7 Kepakaran Teknologi Asas Tim BricklySha
D8 Pengurusan Kewangan Asas Tim BricklySha
D9 Tugas Tugas Ketua dan Penyelia Tim BricklySha
D10 Perkhidmatan Pelanggan Tim BricklySha
D11 Temuduga Berkesan Tim BricklySha
D12 Pengurusan Konflik dan Penyelesaian Mohd Akhir Yeop Kamaruddin
Masaalah
D13 Pengurusan Masa Zainuri Abd Rahman
D14 Pengenalan kepada Industri Pembuatan Mohd Kamal Noor
D15 Keselamat,Kesihata dan Environmen Ahmad Zulkarnain Marzuki
D16 Pengenalan kepada ISO 9001 Ahmad Zulkarnain Marzuki
D17 Pengenalan kepada Industri Letronik Ahmad Shahrizan
D18 Pengenalan kepada Industri Automotif Ahmad Kamal
D19 Lawatan ke MARii – Industri 4.0 Sekretariat
D20 Proses Pengeluaran Md Shuhaimy Hashim
D22 Sesi Perkongsian Profesional Lt Kol Ahmad Marzuki & Md Shuhaimy
D23 Penyampaian Sijil n Jamuan malam akhir Sekretariat
D24 Tamat Kursus n Bergerak ke MARii untuk Sekretarian n MARii
jmenjalani Latikan Industri

Anda mungkin juga menyukai