Anda di halaman 1dari 40

PANDUAN PROGRAM PENILAIAN

KEUPAYAAN & KEMAMPUAN


KONTRAKTOR

(SCORE)
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................................. 4

2.0 LATAR BELAKANG ............................................................................................................. 5

2.1 KRONOLOGI ....................................................................................................................... 6

3.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................ 8

4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG ....................................................................... 8

5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE ............................................................ 9

6.0 SKOP PENILAIAN ............................................................................................................. 10

6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan....................................................................................... 11

6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan ................................................................................ 11

6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan ............................................................................... 12

6.1.4 Order Book ............................................................................................................. 14

6.1.4 Maklum Balas Pelanggan ..................................................................................... 14

6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan................................................................................... 15

6.2.1 Aset Tetap .............................................................................................................. 16

6.2.2 Aset Semasa .......................................................................................................... 18

6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa.................................................................................... 19

6.2.4 Pendapatan Tahunan ............................................................................................ 20

6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak ...................................................................... 20

6.2.6 Perbelanjaan Mengurus ........................................................................................ 20

6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal ...................................................................................... 21

6.3.1 Pekerja Profesional................................................................................................ 22

6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) .................................. 23

6.3.4 Tempoh Siap Kerja ................................................................................................ 24

6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek......................................................................................... 25

6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP) ......................................................... 25

6.4.2 Information and Communication Technology (ICT) ............................................ 26

2
6.4.3 Pengurusan Risiko................................................................................................. 27

6.4.4 Pengurusan Kualiti................................................................................................. 28

6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan .................................................................................. 30

6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA) ............................................................ 30

6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC).................................................................. 30

6.5.3 External Testing ..................................................................................................... 31

6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification) .............................................................. 31

6.5.5 Polisi Perolehan ..................................................................................................... 31

6.5.7 Dasar Pelupusan Usang ....................................................................................... 32

6.5.7 Kadar Stok Minima ................................................................................................ 32

6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out) ....................................................... 32

6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy ................................................ 32

6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik .............................................................................................. 33

6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian ........................................................................... 34

6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan ................................................................................ 36

6.7.1 Carta Organisasi Syarikat ..................................................................................... 36

6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description ) ..................................................... 36

6.7.3 Visi Syarikat............................................................................................................ 37

6.7.4 Inovasi..................................................................................................................... 37

6.7.5 Kod Etika ................................................................................................................ 37

7.0 SKEMA PEMARKAHAN ................................................................................................... 38

7.1 Definisi Penilaian Bintang .................................................................................................. 39

3
1.0 PENDAHULUAN

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di


perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB
dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor
tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras
dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan
teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.

SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap


jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7
parameter tersebut adalah :

i. Prestasi Perniagaan
ii. Keupayaan Kewangan
iii. Keupayaan Teknikal
iv. Pengurusan Projek
v. Pengurusan Perolehan
vi. Amalan Terbaik
vii. Keupayaan Pengurusan

Maka, Buku Garis Panduan SCORE ini diterbitkan bagi tujuan rujukan kontraktor
gred G2 – G7.

4
2.0 LATAR BELAKANG

Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (CIMP) 2006-2015 telah dilancarkan


bertujuan menambahbaik industri pembinaan Malaysia pada masa hadapan. Di dalam
CIMP terdapat 7 teras strategik telah dikenalpasti yang menjadi asas kepada saranan utama
CIMP.

Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) CIDB merupakan salah


satu elemen dalam 7 teras strategik CIMP iaitu memantapkan imej industri pembinaan yang
mana ia merupakan teras strategik yang kedua.

. Susulan daripada CIMP ini, Majlis Tindakan Negara telah menetapkan supaya CIDB
membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan kemampuan
kontraktor bagi tujuan pembangunan kontraktor dan seterusnya menangani masalah projek
sakit.

Perkara ini ditekankan lagi apabila pindaan Akta 520 yang telah diwartakan pada 1
Jun 2015 menyatakandi bawah Seksyen 25A (1) bahawa Lembaga boleh mengakreditasi
kontraktor mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah akta ini.

Manakala, Seksyen 25A (2) menyatakan bahawa Lembaga boleh, bagi maksud
akreditasi kontraktor mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

5
2.1 KRONOLOGI

Pembangunan kaedah penilaian initelah dimulakanpada bulan Mac 2008


sebagai Fasa 1 iaitu bina dan uji dimana sesi perbincangan diadakan diantara pihak
CIDB dengan SME Corporation - Malaysia. Hasil perbincangan tersebut, CIDB telah
berjaya membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan
kemampuan kontraktor yang dikenali sebagai Penilaian Keupayaan dan Kemampuan
Kontraktor (SCORE) CIDB.

Bagi mencapai matlamat tersebut, program penilaian ini telah dijadikan


sebagai projek perintis yang pertama,di dalam Anugerah Kecemerlangan Industri
Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008. Semua kontraktor yang ingin menyertai
anugerah ini diwajibkan melalui proses penilaian SCORE. Untuk memastikan sistem
SCORE ini berfungsi dengan lebih berkesan, sistem ini telah diuji bagi kali kedua
pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2009.

Hasil daripada keputusan penilaian projek perintis dalam Anugerah


Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008 dan 2009, pihak
pengurusan telah bersetuju untuk mewajibkan kepada semua kontraktor gred G7
membuat penilaian SCORE bermula pada Januari 2010. Pada bulan Mac 2011,
surat edaran telah dikeluarkan kepada kontraktor gred G6 untuk menggalakkan
syarikat kontraktor mengambil bahagian dalam penilaian SCORE dan seterusnya
pada Mac 2012, kepada kontraktor gred G5.

Melihat kepada keberkesanan program ini, satu surat pekeliling telah


dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) melalui pekeliling Bil. 8 / 2012
bertarikh 21 Mac 2012 mengarahkan semua projek Jabatan Kerja Raya (JKR)
bernilai melebihi RM10 juta dan ke atas perlu mengambil kira penilaian SCORE di
dalam penilaian tender.

Di dalam Memorandum Jemaah Menteri bil. (10) KKR.BPPK.(R) 100-19/5/1-


12 pada tahun 2012 di bawah Program Pengukuhan Kontraktor Bumiputera telah
mensyaratkan SCORE di dalam permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). CIDB telah mula mengenakan syarat pendaftaran
SPKK seperti mana arahan Jemaah Menteri pada bulan Januari 2013.

6
Pada 29 Ogos 2016, di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Tertinggi (JPT) telah menetapkan penggunaan SCORE kepada semua kontraktor
gred G7 yang ingin memperbaharui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

FASA 1 : BINA & UJI

Rajah 1 : Kronologi SCORE – Fasa 1 (Bina & Uji)

FASA 2 : PERLAKSANAAN

Rajah 2 : Kronologi SCORE – Fasa 2 (Perlaksanaan)

7
3.0 OBJEKTIF

Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:

3.1 Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan


dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan,
Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik
dan Keupayaan Pengurusan.

3.2 Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan


keupayaan dan kemampuan kontraktor.

3.3 Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan


kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan
kontraktor asing.

3.4 Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.

4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG

Peruntukan undang-undang di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri


Pembinaan (Akta 520, Pindaan 2011) yang digunapakai di dalam program SCORE adalah
seperti berikut:

i. Seksyen 25A (1) : Lembaga boleh mengakreditasi kontraktor mengikut cara


dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
akta ini.

ii. Seksyen 25A (2) : Lembaga boleh, bagi maksud akreditasi kontraktor
mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Kuasa undang-undang berkenaan dengan program SCORE tidak hanya terhad


kepada peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan di atas, ia juga meliputi
peraturan serta prosedur sedia ada seperti Manual Prosedur SCORE.

8
5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE

Berikut adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor dalam
permohonan SCORE:

i. Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor yang telah berdaftar
dengan CIDB dan masih di dalam tempoh sahlaku pendaftarannya. Yuran
proses permohonan SCORE adalah sebanyak RM50.00.

ii. Pihak Lembaga berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak


binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk
menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan
kesahihan maklumat yang diberikan.

iii. Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan


SCORE dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan
dan Lembaga akan mengenakan yuran proses permohonan rayuan sebanyak
RM 200.00. Sebarang permohonan rayuan selepas tempoh tersebut TIDAK
AKAN dipertimbangkan. Keputusan SCORE selepas rayuan adalah
MUKTAMAD.

iv. Keputusan penilaian SCORE adalah MUKTAMAD, sekiranya sesi naziran


SCORE atau Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) dijalankan ke atas
syarikat tuan.

v. Permohonan Baru hanya boleh dikemukakan selepas tempoh TIGA (3) bulan
dari Surat Keputusan dikeluarkan.

vi. Kontraktor boleh mencetak Sijil SCORE secara maya melalui laman
sesawang CIDB secara percuma selepas surat keputusan dikeluarkan.

9
6.0 SKOP PENILAIAN

SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor melalui analisa terhadap jawapan-


jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap tujuh (7) parameter yang ditetapkan. Tujuh
(7) parameter tersebut adalah :

Pengurusan
Projek
Keupayaan Pengurusan
Teknikal Perolehan

Keupayaan Amalan
Kewangan Terbaik

Prestasi Parameter Keupayaan


Perniagaan Diukur Pengurusan

Rajah 3 : Skop Penilaian

10
6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan

Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk


menjalankan operasi syarikat. Ia juga boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk
meyakinkan pihak yang mempunyai kepentingan seperti bank, pemiutang dan
pelabur.Antara yang dinilai dalam prestasi perniagaan adalah seperti rajah di bawah:

Keuntungan
Tahunan

Kepuasan Kadar
Pelanggan Pertumbuhan
Kewangan
Prestasi
Perniagaan

Strategi
Status Order Memperolehi
Book Kerja

Rajah 4 : Prestasi Perniagaan

6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan

Merujuk kepada jumlah perolehan yang didapati daripada kerja-kerja


kontrak dan lain-lain pendapatan dalam tempoh satu (1) tahun bagi tahun
terkini.

11
6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan

Purata kadar pertumbuhan pendapatan bagi 3 tahun mengikut kiraan


seperti di bawah:

PT - PS + PS – PD
PS PD X 100
2

Nota: PT - Pendapatan Tahun Terkini


PS - Pendapatan Tahun Sebelum
PD – Pendapatan Terdahulu

6.1.3 Strategi syarikat memperolehi perniagaan/kerja


Bagi memastikan perniagaan terus berkembang, strategi syarikat
dalam memperolehi perniagaan/kerja sangat penting. Antaranya melalui:

i) Hubungan rangkaian

- Hubungan rangkaian adalah peralatan perniagaan yang


memainkan peranan penting untuk kejayaan syarikat. Sekiranya
syarikat mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan
dalaman, ia akan menjadi mudah untuk syarikat memperolehi
kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah
mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik
membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari
lingkaran rangkaian.

ii) Penyertaan Dalam Misi Perdagangan

- Pameran perdagangan dan misi perdagangan merupakan


wadah yang sangat bernilai untuk mempamerkan produk dan
perkhidmatan syarikat kepada bakal pembeli dan juga menjadi
platform bagi menambah hubungan.

12
iii) Pengiklanan dan Promosi

- Promosikan perniagaan adalah satu perkara paling penting


yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan baru untuk
memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan
memastikan produk perniagaan yang murah, mutu produk yang
berkualiti dan produk yang dikenali ramai. Cara berkesan untuk
mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan
yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline. Contoh
poromosi perniagaan adalah melalui risalah brochure, kad perniagaan
atau banner, media sosial, website, tempat-tempat menunggu, surat
dan lain-lain.

iv) Risikan Pasaran

- Risikan pasaran adalah penting dalam mengumpul maklumat


pesaing dan peluang perniagaan yang boleh dijadikan potensi
perniagaan.

v) Pasaran Unggul

- Kepakaran syarikat dalam sesuatu bidang sebagai contoh


pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan lain-lain.

vi) Paparan di laman

- Memaparkan maklumat syarikat di laman sesawang untuk


memudahkan klien/pelanggan mendapatkan maklumat syarikat.

vii) Strategi Penentuan Harga

- Memperolehi peluang kerja/perniagaan melalui penyertaan


tender.

viii) Kerjasama

- Syarikat memperolehi kerja/perniagaan melalui usahasama


dengan syarikat lain seperti JV projek.

13
6.1.4 Order Book

Kontrak pembinaan yang masih dalam tempoh pembinaan dengan


merujuk kepada jangka masa siap yang terpanjang bagi sesuatu kontrak.

6.1.4 Maklum Balas Pelanggan

Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam


memperolehi maklumbalas daripada klien dan tempoh masa yang diambil
untuk bertindak terhadap maklum balas tersebut.

14
6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan

Keupayaan kewangan merujuk kepada keupayaan syarikat dalam mengawal


sumber kewangan untuk menjalankan operasi syarikat seperti membayar hutang,
membeli aset syarikat, membayar gaji pekerja, dan lain-lain perkara yang melibatkan
penggunaan wang.Keupayaan Kewangan diukur berdasarkan kepadaperkara
berikut:

Current
Ratio

Return On Gearing
Equity Ratio

Keupayaan
Kewangan

Net Profit Gross Profit


Margin Margin

Return On
Invesment

Rajah 5 : Keupayaan Kewangan

Berikut adalah formula pengambilan nilai di dalam laporan audit :

a. Nilai Aset Tetap = Total Non Current Assets/ Total Fixed Assets
b. Nilai Aset Semasa = Total Current Assets
c. Nilai Jumlah Aset = Q6 + Q7
d. Nilai Tanggungan Semasa = Total Debt (Borrowing @ Overdraft @ Hire
Purchase @ Term Loan)
e. Nilai Modal Saham = Total Equity ( share + reserves )
f. Pendapatan = Revenue + other income
g. Untung Kasar = Q11 – Cost of sales @ Cost of Contract
h. Untung Bersih = Profit @ Loss before Tax
i. Baki Pendapatan = Accumulated Profit @ Losess

15
6.2.1 Aset Tetap

Aset Tetap merupakan aset yang mempunyai bentuk fizikal yang


nyata dan boleh disentuh serta disimpan untuk digunakan dalam operasi
biasa syarikat seperti pembinaan atau produk-produk atau perkhidmatan
untuk disewakan kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran atau
penyelenggaraan dan dijangka boleh digunakan selama lebih daripada satu
tempoh perakuan.

Pengambilan nilai di dalam laporan audit terkini adalah jumlah aset tetap.

ASET TETAP TAKRIF

Ini terdiri daripada tanah dan bangunan milik syarikat


untuk digunakan dalam operasi harian, untuk disewakan
TANAH DAN BANGUNAN kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran dan
dijangka dapat digunakan untuk lebih daripada satu
tempoh perakaunan.

Segala peralatan yang digunakan oleh pengusaha untuk


menjalankan perniagaan – tidak termasuk stok /
inventori di mana beliau membeli atau membuat untuk
LOJI, JENTERA / MESIN
dijual kembali; tetapi semua barang dan barang
DAN PERALATAN
bergerak; tetap atau boleh dipindahkan, hidup atau mati,
PENYELENGGARAAN
yang diandaikan terus digunakan dalam perniagaan bagi
sesebuah syarikat. Ini termasuk peralatan yang
digunakan untuk menyelenggara aset-aset.

Terdiri daripada komputer – hardware & software, mesin


fotokopi, mesin pencetak, pengimbas, kalkulator, telefon
PERALATAN PEJABAT
dan faksimili, projektor dan lain-lain peralatan yang
berkaitan.

16
J
Ubahsuai meliputi kerja-kerja dilakukan pada bangunan
a untuk tujuan pembaikan atau keadaaan dan penampilan
UBAHSUAI,dPERABOT yang lebih baik. Perabot dan kelengkapan pula meliputi
DAN KELENGKAPAN meja, kerusi, kaunter, dinding penyekat, bilik dll dan alat
u kelengkapan seperti penghawa dingin, pemampat angin,
a panel, almari, rak, papan tulis dan lain-lain perabot dan
kelengkapan yang berkaitan.
l

1
Terdiri daripada segala jenis kenderaan atau
KENDERAAN
pengangkutan milik syarikat atau pemilik syarikat. Ini
: termasuk kereta, trak dan motosikal.

Jenis-jenis aset tetap

17
6.2.2 Aset Semasa

Sumber dana yang dimiliki syarikat dan atau sumber dana untuk
kegunaan operasi harian, dan kebiasaannya boleh ditukar menjadi wang
tunai dalam masa kurang daripada satu tahun.

ASET SEMASA J TAKRIF


a
d
u
STOK/INVENTORI i) Stok bahan mentah
a ii) Stok bahan binaan di tapak kerja
l

2 i) Para pelanggan
PENGHUTANG ii) Kontraktor utama (jika pemohon adalah
: sub-kontraktor)
iii) Penghutang-penghutang lain
J
e
n
i i) Deposit yang telah dibayar
DEPOSIT DAN BAYARAN
s ii) Sebarang bayaran pendahuluan yang telah
PENDAHULUAN dibuat
A iii) Bon kontrak dan lain-lain
s
e
t
SIMPANAN TETAP Termasuk simpanan tetap di bank, amanah
saham ( e.g : Amanah Saham Bumiputera) dll.

TUNAI DAN BAKI DI BANK Meliputi baki tunai ditangan atau di bank

18
6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa

Secara amnya, merupakan hutang yang ditanggung oleh syarikat,


termasuklah hutang kepada pemiutang, agensi kerajaan (contoh : MARA ,
SME Corp) dan bank dan komitmen-komitmen yang lain.

JENIS LIABILITI TAKRIF

Merupakan baki hutang yang perlu dibayar oleh


syarikat kepada :
PEMIUTANG i) Para pembekal
ii) Sub – kontraktor
iii) Pemiutang lain

i) Deposit dan / atau Pendahuluan diterima dari


pihak ketiga;
DEPOSIT / PENDAHULUAN
ii) Perbelanjaan Terakru – merupakan
DITERIMA DAN
perbelanjaan yang belum dibayar
PERBELANJAAN BELUM
iii) Peruntukan – Merupakan peruntukan yang
BAYAR.
dibuat oleh syarikat untuk sesuatu perbelanjaan
yang dijangkakan akan berlaku.

OVERDRAF BANK Kemudahan overdraf yang diberikan oleh bank.

Pengguna (Penyewa) membayar pinjaman pokok dan


faedah secara ansuran kepada syarikat sewa-beli
(cth: bank) berdasarkan tempoh yang dipersetujui.
PINJAMAN SEWA BELI
Status pemilikan akan diberi kepada penyewa selepas
pinjaman selesai dibayar.
Contoh : Pembelian kereta melalui pinjaman

Pinjaman dan kemudahan lain yang diberikan oleh


LAIN-LAIN PINJAMAN institusi kewangan / bank, koperasi, persatuan dll.
SELAIN DARIPADA Contoh : pinjaman berjangka (seperti Bank, MARA,
PINJAMAN SEWA BELI SME Corp, dll), jaminan bank, resit amanah,
kemudahan kredit dan lain-lain.

Jadual 3 : Jenis Liabiliti dan Takrif

19
6.2.4 Pendapatan Tahunan

Jumlah pendapatan yang diperolehi daripada kerja-kerja kontrak dan


lain-lain perniagaan. Ini terdiri daripada jumlah hasil pendapatan seperti
invois, bil/bayaran kemajuan dan/atau pesanan kerajaan.

6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak

Merupakan belanja dikeluarkan untuk menjalankan sesuatu kontrak.

Contoh :

i) Pembelian bahan mentah


ii) Bayaran Pekerja buruh, sub-kontraktor
iii) Pengangkutan
iv) Sewa mesin dan peralatan
v) Kos-kos lain terlibat secara langsung dalam menjana
pendapatan

6.2.6 Perbelanjaan Mengurus

Sebarang kos terlibat dalam menjana pendapatan, dimana


perbelanjaan dikeluarkan untuk kegunaan perniagaan – tidak termasuk
perbelanjaan telah diambil kira dalam Perkara 6.2.5 di atas.

20
6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal

Keupayaan teknikal merujuk kepada keupayaan syarikat dalam menyediakan


tenaga kerja yang mencukupi termasuk kaedah perlaksanaan peningkatan kualiti
syarikat. Keupayaan teknikal diukur berdasarkan kepada perkara berikut :

Pengalaman
Syarikat

Penilaian
Pekerja
Qlassic Professional
Keupayaan
Teknikal

Strategi
Tempoh Siap
Peningkatan
Projek
Produktiviti

Rajah 6 : Keupayaan Teknikal

21
6.3.1 Pekerja Profesional

Kakitangan syarikat yang berdaftar dengan badan profesional seperti


jadual berikut :

JURUSAN BADAN PROFESIONAL

KEJURUTERAAN

 AWAM
LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA
 ELEKTRIKAL (BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA)

 MEKANIKAL

PERSATUAN ARKITEK MALAYSIA


SENIBINA
LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA
( BOARD OF ARCHITECTS)

LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA


(BOARD OF QUANTITY SURVEYORS
MALAYSIA)
UKUR BAHAN

THE ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS


MALAYSIA (RISM)

ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED


ACCOUNTANTS ( ACCA)
AKAUNTAN
MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANT
(MIA)

PEGUAM MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)

Jadual 4 : Jenis Jurusan dan Badan Profesional

22
6.3.2 Peningkatan Produktiviti/Kecekapan Dan Kualiti Projek

a) Menerapkan Teknik Pembinaan Baru


- Jenis teknik pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam
tempoh 5 tahun terkini.

b) Menerapkan Bahan Pembinaan Baru


- Jenis bahan pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam
tempoh 5 tahun terkini.

c) Proses Kecekapan
- Penambahbaikan proses, penggunaan teknik & bahan baru, inovasi
dan lain-lain yang digunakan di dalam projek bagi meningkatkan
produktiviti/menjimatkan kos/masa dan kebergantungan kepada
pekerja.

d) Menaiktaraf Jentera
- Mengubahsuai jentera/alatan yang sediaada untuk menambah
fungsi jentera/alatan.

6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC)

Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) merupakan


satu proses penilaian kualiti yang dilaksanakan oleh CIDB terhadap projek
pembinaan bangunan.

23
6.3.4 Tempoh Siap Kerja

Tempoh siap kerja merujuk kepada tarikh siap sebenar berbanding


tarikh siap dalam kontrak atau letter award.

TEMPOH SIAP KERJA TAKRIF

Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek


MENDAHULUI MASA sebenar sebelum tarikh siap dalam
kontrak atau letter award.

Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek


MENEPATI MASA sebenar sama seperti tarikh siap dalam
kontrak atau letter award.

Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek


MELEWATI MASA sebenar melewati tarikh siap dalam
kontrak atau letter award.

Merujuk kepada penamatan kontrak kerja yang


KONTRAK DITAMATKAN dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor
dilantik.

Jadual 5 : Tempoh Siap Kerja

24
6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek

Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan


pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti
seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada
kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Pengurusan projek dinilai berdasarkan kepada perkara berikut :

Pematuhan
SOP

Pengurusan Pengurusan Penggunaan


Kualiti Projek ICT

Pengurusan
Risiko

Rajah 7 : Pengurusan Projek

6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP)

Merupakan satu proses kerja yang didokumentasikan bagi


menerangkan tugas bagaimana, bila, dimana dan oleh siapa yang harus
melaksanakan tugasan tersebut.

Contoh :

a) Manual Quality
b) Project Quality Plan (PQP)
c) Method of Statement
d) Project Quality Assurance Plan

25
6.4.2 Information and Communication Technology (ICT)

ICT ditakrifkan sebagai sebarang kaedah y a n g digunakan untuk


mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Contoh-contoh perisian yang sering digunakan adalah seperti di bawah:

PERKARA JENIS PERISIAN

PROJECT MANAGEMENT Primavera, Microsoft Project

DESIGN PACKAGES AutoCAD, CAM

ACCOUNTING SYSTEM UBS, MYOB, SAP, ORACLE, SQL

INVENTORY SYSTEM UBS

DOCUMENT CONTROL EDMS

HUMAN RESOURCES
UBS, Payroll
SOFTWARE

QS SOFTWARE Master Build

REMOTE PROJECT
CCTV
MONITORING

VIRTUAL REALITY
BIM
SOFTWARE

OFFICE TOOLS Word, Excel, PowerPoint,

LAIN-LAIN PERISIAN Selain daripada di atas

Jadual 6 : Jenis Perisian

26
6.4.3 Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko didefinisikan sebagai penyelarasan aktiviti


organisasi secara bersepadu melalui penetapan hala tuju dan kawalan dalam
menghadapi risiko. Ia adalah satu proses berterusan untuk mengenalpasti,
menganalisa, menilai dan memantau segala kemungkinan bagi mengelakkan
daripada berlakunya insiden yang tidak diingini ketika di tapak projek dan
dalam pejabat.

PERKARA MAKSUD

Polisi yang digunakan untuk melindungi pekerja


POLISI INSURAN
semasa di tapak projek.

Seorang pegawai yang diiktiraf oleh syarikat


bagi menguruskan pengurusan risiko sekurang-
DEDICATED kurangnya seorang Safety Officer yang
PROFESSIONAL
mempunyai Green Book/ Orang Yang Kompeten
(Lif) Gred 1.

Unit yang diwujudkan oleh syarikat bagi


menguruskan pengurusan risiko. Boleh dirujuk
DEDICATED UNIT
melalui Carta Organisasi atau lain dokumen
yang boleh dibuktikan.

Kaedah yang digunakan dalam menguruskan


pengurusan risiko.
- Hazard Identification Risk Assessment Risk
Control (HIRARC)
- Hazard and Operability Study (HAZOP)
RISK ASSESSMENT - Hazard Analysis Critical Control Points
TOOL (HACCP)
- Aspect and Impact – ISO 14000
- Hazard Analysis – OHSAS 18000
- Failure Mode and Effect Analysis (FMEA)
- Kaizen
- Poka Yuke

- Brainstorming
METHODOLOGY / - Soal selidik
SOFTWARE - Benchmarking
- Analisa persekitaran

Jadual 7 : Definisi Pengurusan Risiko

27
6.4.4 Pengurusan Kualiti

Pengurusan kualiti adalah suatu tindakan mengawasi semua aktiviti


dan tugas-tugas yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kecemerlangan
yang dikehendaki. Ini termasuk mewujudkan dan melaksanakan
perancangan, kawalan dan peningkatan kualiti.

PERKARA MAKSUD

 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah


satu pendekatan menyeluruh dan berstruktur
dengan pengurusan organisasi yang bertujuan
untuk meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan.
TOTAL QUALITY
 Ia juga merupakan satu proses pengurusan
MANAGEMENT
kualiti yang berorientasikan pelanggan,
(TQM)
digunakan secara berterusan dan melibatkan
semua aspek dalam organisasi.

 ISO 9001 merupakan satu sistem pengurusan


kualiti yang tergolong dalam keluarga ISO 9000.
Piawaian ini memberi panduan kepada syarikat
ISO 9001 dan organisasi yang ingin memastikan produk
dan perkhidmatan mereka sentiasa memenuhi
keperluan pelanggan, dan kualiti yang lebih baik
secara konsisten.

Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti

28
PERKARA MAKSUD

 Pelan kualiti adalah dokumen yang digunakan


dalam menentukan standard kualiti, amalan,
QUALITY PLAN sumber, spesifikasi, dan turutan aktiviti yang
relevan kepada sesuatu produk, perkhidmatan,
projek, atau kontrak.

 5s -Amalan 5S merupakan alat pengurusan


persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh
Jepun dengan penumpuan kepada lima (5)
langkah tindakan pelaksanaan yang bermula
dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan
pengurusan amalan kebersihan yang
bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan
Shitsuke adalah perkataan Jepun yang
diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu
memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam
dan Sentiasa Amal.
LAIN-LAIN  OHSAS - OHSAS 18001 berfungsi membantu
organisasi mewujudkan sistem pengurusan
untuk mengurus dan mengawal risiko kesihatan
dan keselamatan dan meningkatkan prestasi
OH&S mereka.
 EMS - Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)
adalah satu set proses dan amalan yang
membolehkan organisasi untuk mengurangkan
kesan alam sekitar dan meningkatkan
kecekapan operasi.

Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti (smbg)

29
6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan

Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam memastikan


bahan yang diperolehi menepati spesifikasi yang ditetapkan dengan merujuk kepada
polisi pemilikan juga polisi pengurusan stok simpanan yang dilaksanakan di dalam
syarikat.Antara kriteria yang dinilai dalam pengurusan perolehan adalah seperti
berikut:

Pematuhan
Spesifikasi
Bahan

Polisi Stok Ketepatan


Simpanan Kos Bahan

Pengurusan
Perolehan

Polisi Ketepatan Kos


Perolehan Projek

Rajah 8 : Pengurusan Perolehan

6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA)

Jaminan kualiti adalah apa-apa proses sistematik untuk memeriksa


dan melihat sama ada produk atau perkhidmatan yang dibangunkan adalah
memenuhi keperluan yang ditetapkan.

6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC)

Kawalan kualiti adalah satu prosedur atau set prosedur bertujuan


untuk memastikan bahawa produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang
dilakukan mematuhi kriteria kualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

30
6.5.3 External Testing

Ujian terhadap bahan yang dilakukan oleh pihak ketiga bagi


memastikan bahan tersebut memenuhi spesifikasi.

6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification)

Merujuk kepada perakuan yang sah bahawa produk yang diperolehi


telah lulus dan telah melalui ujian prestasi dan jaminan kualiti untuk
memenuhi standard kualiti tempatan atau antarabangsa.

6.5.5 Polisi Perolehan

Merupakan satu syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh


organisasi untuk mentadbir proses dalam mendapatkan barangan atau
perkhidmatan yang diperlukan oleh organisasi agar ia dapat berfungsi
dengan lebih cekap. Polisi ini merujuk kepada proses pembelian bahan,
peralatan atau jentera dan juga mendapatkan sub-kontraktor.

6.5.6 Pengurusan Stok Simpanan

Pengurusan stok simpanan penting bagi memastikan kelancaran


dan rekod stok simpanan teratur melalui kaedah seperti berikut :
i) Mengamalkan penyenaraian stok iaitu melalui bin card,
buku dan lain-lain.
ii) Sistem Inventori asas adalah dengan membuat rekod stok
melalui penggunaan office tools (word,excel).
iii) Sistem Inventori Sendiri adalah penggunaan perisian khas
bagi merekod stok simpanan.
iv) Sistem Pengurusan Rangkaian Inventori Bersepadu

31
6.5.7 Dasar Pelupusan Usang

Merupakan satu polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi


untuk mengurus bahan-bahan binaan yang telah usang dan tidak boleh
digunakan. Sebagai contoh peralatan, bahan binaan, bekalan dan perabot
pejabat yang tidak lagi boleh digunakan boleh dijual, didermakan atau
dimusnahkan mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh organisasi.

6.5.7 Kadar Stok Minima

Merujuk kepada kaedah penyimpanan stok yang dipraktikkan oleh


syarikat dengan menentukan kadar minima yang perlu ada di dalam
simpanan sebelum tempahan atau perolehan dilakukan dengan mematuhi
syarat polisi perolehan yang ditetapkan.

6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out)

Merujuk kepada kaedah perolehan, penyimpanan dan penggunaan


stok yang mana syarikat mengamalkan stok barangan yang dibeli dahulu
akan digunakan terlebih dahulu manakala barangan yang dibeli kemudian
menjadi simpanan stok untuk digunakan kemudian.

6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy)

Tepat pada masanya (Just-in-time (JIT) adalah satu strategi inventori


syarikat yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan
pembaziran dengan penerimaan barang-barang sebaik sebelum ia diperlukan
untuk mengurangkan kos inventori.

32
6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik

Amalan terbaik adalah teknik atau kaedah yang digunapakai untuk


mendapatkan hasil kerja yang memenuhi kehendak organisasi. Istilah ini kerap
digunakan dalam pelbagai bidang seperti :

i Sistem Pentadbiran
ii Pengurusan Projek
iii Persekitaran
iv Kesihatan dan Keselamatan
v Penglibatan dengan masyarakat setempat (Tanggungjawab sosial)

Amalan terbaik dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

Peningkatan
Berterusan
ISO 9001
SLI1M
Environmental
14000
ACGS

Amalan OHSAS 18001


Terbaik / MS 1722
CSR

(CIP)
Anugerah/
Penghargaan
Klien
Anugerah
Anugerah Antarabangsa
kerajaan

Rajah 9 : Amalan Terbaik

33
6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian

Ia merujuk kepada kepatuhan syarikat atau organisasi terhadap


piawaian bagi memastikan produk atau perkhidmatan mereka sentiasa
memenuhi keperluan pelanggan dan kualitinya sentiasa mematuhi piawaian
secara konsisten. Contoh-contoh piawaian yang sering digunapakai oleh
syarikat atau organisasi dalam sektor pembinaan adalah:

Jenis Piawaian Maksud

International Organisation for Standardization (ISO)


merupakan satu aspek pengurusan kualiti yang
mengandungi beberapa piawaian ISO . Piawaian ini
ISO 9001 memberi panduan kepada syarikat dan organisasi
yang ingin memastikan produk dan perkhidmatan
mereka sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan
kualiti yang lebih baik secara konsisten.

ISO 14000 adalah satu siri Piawaian Pengurusan


Alam Sekitar yang dibangunkan dan diterbitkan oleh
Environmental International Standard Organization (ISO) untuk
1000 organisasi. Standard ini menyediakan satu garis
panduan atau rangka kerja yang sistematik bagi
meningkatkan usaha dalam pengurusan alam sekitar.

OHSAS 18001 merupakan satu piawaian


keselamatan dan kesihatan yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa bagi membantu organisasi dalam
mengawal risiko keselamatan dan kesihatan di
OHSAS 18001 tempat kerja.

MS1722 adalah bersamaan dengan OHSAS 18001


merupakan satu piawaian yang dikeluarkan oleh
Badan Standard Malaysia. Pengauditan dan
persijilan piawaian ini boleh dijalankan secara
MS1722
serentak bersama persijilan OHSAS 18001.

34
CIP (Corporate Menandatangani Ikrar bebas rasuah/integriti bersama
Integrity Pledge) agensi/ syarikat yang berkaitan.

CSR merujuk kepada tanggungjawab sosial syarikat


Corporate Sosial terhadap masyarakat dan komuniti berkaitan alam
Responsibility sekitar, pembiayaan kepada rumah anak yatim,
(CSR)/SL1M rumah ibadat dan juga pendidikan seperti biasiswa
dan pengambilan pelajar untuk latihan industri.

Attestation of
Merupakan kepatuhan syarikat terhadap akta
Company Good
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Standing (ACGS)

Skim Latihan 1Malaysia merupakan program


kebolehpasaran yang memberi keutamaan kepada
graduan menganggur bagi membantu meningkatkan
SL1M tahap keupayaan diri dengan mengasah ilmu,
kemahiran dan pengalaman bekerja sekaligus
memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh
pekerjaan.

Jadual 9 : Jenis Piawaian

35
6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan

Keupayaan pengurusan merujuk kepada keupayaan syarikat atau organisasi


dalam mengendalikan syarikat termasuk penyediaan fungsi tugas setiap kakitangan,
pemberian penghargaan kepada staf seperti bonus, insentif dan pakej percutian.
Selain itu, syarikat juga mempunyai jadual latihan yang terancang untuk tujuan
pembangunan kompetensi kakitangan.Keupayaan pengurusan dinilai berdasarkan
kepada kriteria berikut :

Struktur
Pengurusan

Perbelanjaan
Kod Etika R&D

Keupayaan
Pengurusan

Penghargaan
Latihan Kakitangan
Kakitangan

Penggunaan
Teknologi
Maklumat

Rajah 10 : Keupayaan Pengurusan

6.7.1 Carta Organisasi Syarikat

Carta organisasi merujuk kepada carta keseluruhan organisasi


pentadbiran syarikat dan juga carta kakitangan di pejabat operasi di tapak
bina.

6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description )

Fungsi tugas kakitangan merujuk kepada analisis kerja atau huraian


kerja yang mengandungi klasifikasi dan keperluan untuk kerja bagi setiap
jawatan, yang digunakan dalam pengambilan dan meletakkan bakal pekerja.

36
6.7.3 Visi Syarikat

Visi syarikat merujuk kepada apa yang organisasi ingin capai dalam
jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ia sebagai panduan kepada
semua kakitangan syarikat untuk berkhidmat atau bertugas berpandu kepada
visi yang telah ditetapkan.

6.7.4 Inovasi

Kaedah atau usaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan


yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia
adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan
kehidupan masyarakat.

6.7.5 Kod Etika

Garis panduan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi kepada


pekerja-pekerja dan pengurusan untuk membantu mereka menjalankan
tindakan mereka selaras dengan nilai-nilai utamanya dan piawaian etika.

37
7.0 SKEMA PEMARKAHAN

Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE – CIDB) diukur


mengikut skema pemarkahan seperti Jadual 1 di bawah :

BIL SKOP MARKAH

1 Prestasi Perniagaan 30

2 Keupayaan Kewangan 30

3 Keupayaan Teknikal 30

4 Pengurusan Projek 30

5 Pengurusan Perolehan 30

6 Amalan Terbaik 30

7 Keupayaan Pengurusan 30

JUMLAH 210

Jadual 10 – Skema Pemarkahan

Daripada keseluruhan markah tersebut, syarikat akan diberi penarafan


bintang mengikut peratusan markah seperti Jadual 2 berikut :

PERATUS (%) MARKAH SETIAP


BINTANG
PENCAPAIAN PARAMETER

0 - 10 0

11 – 30 1

31 – 50 2

51 – 70 3

71 – 84 Min 10 4**

85 - 100 Min 15 5*

Jadual 11 – Skema Penarafan Bintang

38
*Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 5 Bintang

Bagi penarafan 5 bintang, syarikat hendaklah memperolehi :

i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 85% dan ke atas.


ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 15 markah.

**Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 4 Bintang

Berkuatkuasa mulai 01 Januari 2017, bagi penarafan 4 bintang, syarikat hendaklah


memperolehi :

i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 71% dan ke atas.


ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 10 markah.
Contoh:
Jika syarikat mendapat PPMK melepasi 85% tetapi markah salah satu (1) daripada
tujuh (7) parameter mendapat 15 markah atau lebih maka penarafan syarikat akan
ditetapkan kepada 5 bintang. Jika sebaliknya syarikat mendapat salah satu (1)
daripada tujuh (7) parameter kurang daripada 15 markah, maka penarafan syarikat
akan diturunkan kepada 1 bintang.Begitulah juga kaedah yang digunapakai dalam
menentukan penarafan 4 bintang mengikut syarat yang telah ditetapkan di atas.

7.1 Definisi Penilaian Bintang

TIADA BINTANG

Mempunyai asas
Memenuhi syarat- Berkemampuan dalam
pengurusan & keupayaan
syarat pendaftaran & pengurusan dan keupayaan
teknikal
asas operasi. teknikal

Baik dalam Pengurusan dan Boleh dicontohi, syarikat yang


pengurusan dan kemampuan teknikal yang kukuh, cekap dalam
keupayaan teknikal, cekap, mematuhi amalan pengurusan dan keupayaan
pematuhan terhadap terbaik, inovatif, mempunyai teknikal, mematuhi amalan
amalan terbaik dan sistem berintergrasi & terbaik, mempunyai sistem
pengurusan projek pengurusan projek yang berintegrasi dan pengurusan
yang baik baik. Mampu mengekspot projek yang baik. Aktif dalam
perkhidmatan ke pasaran mengekspot perkhidmatan ke
luar negara pasaran antarabangsa.

39
40

Anda mungkin juga menyukai