Anda di halaman 1dari 24

KERTAS CADANGAN PROJEK PENGELUARAN TERNAKAN KAMBING BAKA DAN PEDAGING 1.

RINGKASAN EKSEKUTIF Kertas ini mengandungi informasi tentang bidang usaha

penternakan untuk menghasilkan kambing baka dan pedaging bermutu tinggi bagi tujuan pasaran tempatan. Informasi tentang pasaran dan permintaan juga tentang sistem Inkubator yang dijalankan oleh kami. 2. TUJUAN KERTAS KERJA Kertas kerja ini dikemukan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan kegiatan menghasilkan Kambing baka dan pedaging yang bermutu tinggi, secara komersial, untuk tujuan penghasilan baka atau sembelihan melalui sistem Inkubator kami. Selain itu kertas kerja ini juga memberi gambaran tentang untuk pelabur membuat keputusan.

3. SENARIO INDUSTRI PETERNAKAN KAMBING PEDAGING

A. PENDAHULUAN. Industri pedaging yang bersepadu serta mampu bersaing

dipasaran terbuka tempatan terdiri daripada beberapa bahagian yang saling melengkap dan merangkumi peranan pengeluaran, pemasaran, kawalan penyakit serta penyelidikan dan pembangunan ( P&P ). Sebagai pemankin kepada petumbuhan industri pedaging yang sihat peranan pengeluaran, pemasaran dan penghasilan produk bernilai tambah wajar dilaksanakan oleh pihak swasta, sebagaimana yang telah digariskan oleh kerajaan melalui Dasar Pertanian Negara yang ke tiga (DPN3). Salah satu daripada objektif utama DPN3 melalui adalah untuk

meningkatkan

pendapatan

pengusaha

penggunaan

sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai enjin ke 3 pertumbuhan ekonomi negara. Permintaan terhadap daging kambing menunjukkan peningkatan dari tahun ke setahun, akan tetapi usaha oleh pihak swasta untuk menghasilkan daging dan baka kambing tempatan tidaklah begitu menggalakkan. Akibat daripada situasi ini kadar import daging dan kambing pedaging berada di tahap yang tinggi, iaitu sekitar 92% setahun. Keadaan ini mewujudkan satu potensi pengeluaran kambing pedaging yang amat besar untuk diteroka oleh pihak swasta di negara ini.

B DASAR PERTANIAN KE 3. Jadual 1 : Pengeluaran dan Permintaan Daging Kambing Tahun Permintaan ( Tan Metrik) Pengeluaran (Tan Metrik) Kadar Sara Diri (%) 9.09 9.04 7.28 6.87 6.48 8.01 8.33 8.93 10.23

1990 7,283 658 1991 7,437 672 1992 9,034 658 1993 8,836 607 1994 9,509 616 2002 15,100 1,210 2003 15,600 1,300 2005 16,800 1,500 2010 21,300 2,180 (Sumber: Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Amnya pengeluaran kambing pedaging secara intensif ini dapat mempercepatkan kadar kenaikan berat badan, dan akhirnya memberikan pulangan yang positif kepada pengusaha. Selain daripada menghasilkan kambing pedaging bermutu tinggi, pihak syarikat juga bercadang untuk melibatkan diri dalam industri hiliran (boleh mendapatkan pulangan segera) yang berasaskan produk daging kambing, seperti satay kambing, sup kambing Kesemua usaha ini dilaksanakan adalah sejajar dengan dasardasar yang telah digariskan oleh pihak kerajaan sendiri, terutamanya dalam dasar Pertanian Negara Ke 3 (DPN3) yang mana menjadi garis panduan pembangunan sektor pertanian sehingga ke tahun 2010 nanti. Sehubungan dengan perkara ini amatlah sesuai bagi kita mengimbasi apa yang terkandung di dalam dasar berkenaan, supaya kertas cadangan ini dapat dilihat kepentinganya dengan lebih jelas lagi.

Perkembangan pesat ekonomi negara sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang dihadapi pada tahun 1998 telah

menimbulkan cabaran baru dan penilaian semula kepentingan sektor pertanian sebagai pelengkap kepada usaha pembangunan negara yang berterusan. Cabaran tersebut melibatkan masalah dan halangan yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang yang pesat secara tahap berterusan, gunatenaga terutamanya penuh serta ekonomi mencapai

menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah seperti berikut: Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang

mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam

kegiatan pertanian. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber

terhad yang sedia ada seperti buruh,tanah dan air. Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor

pertanian negara. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam

pengeluaran makanan. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian yang

mampan.

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk: Meningkatkan pengeluaran makanan punca tempatan Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian

Meningkatkan pendapatan penternak dan pengusaha yang

terlibat. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor

pertanian, khususnya yang bernilai tambah dan hiliran. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara

mampan Secara amnya, cadangan pembangunan projek ini dilaksanakan secara berfasa atau berperingkat bagi mengoptimakan penggunaan tanah yang ada, memulihara kesatbilan alam sekitar di kawasan ini di samping menggurangkan kos modal yang diperlukan C PEMASARAN PEDAGING. DAN PERMINTAN TERNAKAN KAMBING

Permintaan kambing pedaging terdiri daripada dua keperluan, yaitu untuk keperluan baka bagi program pembiakan dan untuk keperluan sembelihan bagi tujuan peruncitan dan pemprosessan. Usaha berterusan yang dimainkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) untuk mempertingkatkan pengeluaran kambing pedaging tempatan dijangka akan terus meningkatkan permintaan terhadap baka kambing pedaging. D Permintaan Daging Kambing Bagi Tahun 2000 dan 2005. Permintaan untuk tujuan penyembelihan dijangkan mengikut trend biasa penggunaan pada komoditi tahun ini 2000 daripada kepada 0.59Kg/penduduk/tahun

0.7kg/penduduk/tahun pada tahun 2005. Pada tahun 2000, keperluan daging kambing ialah sebanyak 13,889 tan dan hanya sebanyak 888 tan dapat dikeluarkan darpada punca tempatan. Bakinya terpaksa diimpot, sejumlah besarnya daripada Australia. Nilai impot kambing hidup bagi tujuan penyembelihan dan

daging kambing ( termasuk bebiri ) pada tahun berkenaan ialah sebanyak RM 90 juta. Jumlah ternakan kambing hidup yang diimpot ialah sebanyak 51,240 ekor. Nilai impot ini meningkat kepada RM111.1juta pada tahun 2005, yang mana kan melibatkan sejumlah 58,250 ekor ternakan hidup untuk disembelih. Impot daging (chilled carcases ) pula sebanyak 16,830 tan yang bernilai RM96.8 juta. Dasar kerajaan adalah untuk mengurangkan impot bahan

makanan, yang mana bernilai RM5 billion pada tahun 2002. Usaha pengeluaran yang akan dijalankan sudah pasti akan dapat pasaran dan permintaan yang baik disamping membantu mengurangkan impot komoditi ini daripada luar.

E. Permintaan Baka Bagi Tahun 2000 dan 2005. Maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kuala Lumpur menunjukkan pada tahun 2000 sebanyak 15,886 ekor baka ternakan kambing pedaging diperlukan bagi menampung keperluan pembangunan industri yang bernilai RM 6.9 juta dan keperluan ini meningkat kepada 17,600 ekor pada tahun 2005 dan bernilai RM7,75juta. Kami, melalui sumber maklumat yang kukuh, menjangkakan permintaan bekalan baka, akan terus meningkat dan tertumpu kepada permintaan bekalan kambing baka yang ujud ekoran perlaksanaan berikut:1. Program Kepelbagaian Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit, 2. Program Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk Negeri Terengganu, dan beberapa program khusus Kerajaan seperti

3. Skim Pawah Oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan di negerinegeri. Selain daripada peluang di atas, projek ini juga akan berusaha melibatkan diri, melalui rangkaian niaga yang akan diusahakan dengan pihak tertentu, sebagai pembekal kepada syarikat swasta yang memerlukan bekalan kambing baka bagi program masingmasing.

PROJEK KAMBING BAKA SISTEM INKUBATOR


Secara ringkasnya konsep sistem inkubator adalah dimana anda boleh menternak kambing secara sambilan iaitu dengan menyediakan induk-induk kambing kepada penternak untuk dipelihara secara komersil. Hasil peliharaan kemudiannya akan dibahagi secara muafakat antara pengusaha inkubator dan penternak iaitu melalui perjanjian yang dipersetujui bersama.

KELEBIHAN SISTEM INKUBATOR Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar menternak secara komersil. Anda tidak perlu bersusah-payah menjaga ternakan anda. Ternakan di jaga secara professional bagi menjamin kadar kelahiran yang tinggi dan bebas dari penyakit. Mudah untuk menjual anak kambing yang dihasilkan di pasaran. Boleh belajar untuk menternak kambing secara sambilan sebelum memulakan penternakan sendiri. Mempelbagaikan aktiviti perniagaan syarikat.

RISIKO Risiko adalah sesuatu perkara yang memang wujud dalam setiap aktiviti perniagaan. Bagi meminimumkan risiko, setiap langkah telah diambil oleh penternak, meliputi nasihat dan khidmat daripada agensi-agensi yang berkaitan bagi membolehkan ternakan memberi pulangan yang sepatutnya dengan mengambil kira pengurusan risiko yang wajar. Atas asas inilah, kami percaya risiko dapat diminimakan.Secara minimum, seekor induk kambing yang sihat akan dapat melahirkan 3 ekor anak dalam jangka masa dua tahun. Ini bermakna anda mendapat 3 kali ganda hasil daripada seekor induk yang anda beli dalam masa 2 tahun.

JUAL-BELI HASIL SISTEM INKUBATOR Pengusaha inkubator boleh menjual sendiri atau melantik pihak penternak untuk menjual hasil ternakan bagi pihak pengusaha inkubator. Pada dasarnya, jika anda berhasrat untuk menjual ternakan dan anda mempunyai pembeli sendiri, kami akan membantu menguruskan penjualan tersebut sebaik sahaja anda mengarahkan kami untuk berbuat demikian. Kami juga boleh membeli hasil anda pada harga ladang atau pada harga yang berpatutan sesuai mengikut harga semasa.

7 KONSEP ASAS SISTEM INKUBATOR


Ternakan yang diberi kepada penternak adalah milik pengusaha inkubator. Melainkan dinyatakan dalam perjanjian. Hasil daripada ternakan akan dibahagikan mengikut nisbah atau peratusan atas perjanjian yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Pengusaha inkubator berhak mengambil semula, menjual, memindah milik semua atau sebahagian ternakan pada bila-bila masa setelah pembahagian hasil yang sepatutnya (seperti dalam perjanjian) dibuat kepada penternak kambing diambil kira. Pengambilan semula induk / baka sebelum tempoh penghasilan adalah atas budi bicara dan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama di antara kedua belah pihak. Hak Pewaris yang dinamakan adalah sama dengan hakhak tuan punya atas kapasiti pewaris Sebarang ternakan yang mati atau hilang dan terbukti atas kecuaian pengusaha pawah akan digantikan dengan ternakan yang setara dengan rekod terakhir. Manakala sebarang kematian akibat bencana wabak

10

penyakit atau bencana alam besar yang mendapat pengesahan pihak jabatan haiwan atau pihak berkuasa, kedua-dua pihak tidak berhak mendapat apa-apa gantirugi DASAR Ternakan untuk sistem inkubator adalah dibekalkan oleh penternak iaitu dengan pihak penternak akan membelikan kambing induk / baka setelah dipersetujui dan pengusaha inkubator berpuashati dengan induk / baka yang dicadangkan. Ini adalah bagi memastikan baka kambing yang dihasilkan berkualiti, bebas penyakit, subur dan boleh dipasarkan dengan harga yang tinggi. Perjanjian usahasama ini tiada tempoh minimum

KONSEP UTAMA Minimum kambing yang diperlukan untuk sistem inkubator adalah sebanyak 1 ekor baka betina untuk 1 pengusaha inkubator. Tiada had maksimum. Dicadangkan setiap pengusaha inkubator membeli 2 ekor kambing betina. Penternak akan membuat usaha penternakan manakala pengusaha inkubator hanya menunggu hasil setiap tahun. Bagi konsep ini, penternak akan menyediakan segala kemudahan yang sepatutnya samada dari segi infrastruktur, makanan, kesihatan, baka jantan dan penjagaan ternakan. JENIS BAKA KAMBING.

11

Tujuan utama sistem inkubator ini adalah untuk menghasilkan baka kambing yang berkualiti dan setanding dengan baka import. Oleh itu buat masa ini kami hanya akan membiakkan baka kambing jenis: a) Kacukan Boer kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Kambing betina yang hendak digunakan adalah boer betina F3 atau F4 (minimum 85% darah boer). b) Kacukan Anglo Nubien kerana saiz betina yang sesuai untuk kambing penjantan Boer dan harga yang lebih murah. c) Baka kambing jantan yang disediakan pula adalah Boer Full Blood (100% darah boer dan disediakan oleh penternak). Jangkamasa bunting kambing boer adalah 5 bulan. Setiap baka betina ini adalah produktif sehingga 5 tahun. Di masa akan datang jika ada permintaan baka kambing lain juga akan dibiakkan.

PEMBAHAGIAN HASIL Pembahagian hasil adalah dalam nisbah 50:50. Iaitu 50 kepada pihak penternak dan 50 kepada pengusaha inkubator. Ini bermakna semua hasil penjualan anak kambing akan dibahagikan secara nisbah 50:50.

PENJUALAN HASIL Semua anak kambing yang dihasilkan akan dijual setelah berumur 6 bulan atau setelah mencapai berat 25 kg. Pengusaha inkubator

12

boleh menjual sendiri atau melantik penternak untuk menjual hasil ternakan bagi pihak pengusaha inkubator. Selain dari itu jika pengusaha inkubator mengambil keputusan untuk menjual semua induk kambing yang dibeli, itu juga boleh diuruskan. Hasil penjualan induk kambing akan diberikan sepenuhnya kepada pengusaha inkubator. Harga pasaran baka kambing yang dihasilkan adalah berbeza. Ini adalah atas faktor kualiti, saiz dan permintaan. Secara amnya baka boer yang dihasilkan (anak kambing) adalah lebih tinggi harganya berbanding baka anglo nubien.

PELABURAN SISTEM INKUBATOR Pengusaha inkubator akan membeli minimum 1 ekor kambing (1 lot) betina untuk diusahakan kepada penternak. a) Harga 1 ekor kambing betina kacukan boer adalah RM 1500.00 termasuk pengangkutan, pemeriksaan kesihatan dan semua dokumen yang diperlukan untuk import dari Australia. b) Harga1 ekor kambing betina kacukan anglo nubien adalah RM 1000.00 Semua kambing betina yang dibeli adalah pada umur yang bersedia untuk mengawan. Ini bagi memastikan pengusaha inkubator tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan hasil.

13

PERJANJIAN Segala perkara berkaitan dengan sistem inkubator ini adalah atas dasar persetujuan dan perjanjian bersama antara penternak dan pengusaha inkubator. Hanya setelah kedua-dua pihak bersetuju barulah sistem ini dilaksanakan mengikut perjanjian. PERUNDINGAN Pada dasarnya, pihak kami mengamalkan dasar terbuka dan sedia berunding dengan pihak yang berminat untuk sistem inkubator ini. Segala syarat adalah tidak tertakluk dan boleh diubah melalui perundingan dan setelah kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan perkara yang berkaitan dengan konsep ini barulah perjanjian ditandatangani.

KESIMPULAN Projek kambing baka sistem inkubator ini adalah amat sesuai bagi mereka yang masih bekerja, sibuk dan ingin menambah pendapatan, syarikat yang ingin mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan atau mereka yang hampir bersara. Selain memberikan pendapatan tambahan, pengusaha inkubator juga boleh belajar untuk menternak sendiri semasa hujung minggu atau bila-bila masa sahaja dengan datang ke kandang kami dan melihat atau membantu pekerja kami membuat tugasan harian.

14

Pengusaha inkubator juga boleh bertanya kepada penternak tentang apa sahaja bantuan atau maklumat untuk memulakan penternakan sendiri suatu hari nanti. Kami juga boleh membuat latihan atau demonstrasi bagi pengusaha inkubator yang berminat ingin belajar lebih lanjut tanpa apa-apa bayaran. Pengusaha inkubator juga boleh membawa keluarga dan rakan melihat ternakan mereka. Sistem inkubator ini seperti membeli aset yang memberi pulangan tidak seperti membeli kenderaan.

* DILAMPIRKAN MAKLUMAT BAKA BOER DAN DOKUMEN ANGGARAN ALIRAN TERNAKAN. *LAMAN WEB: WWW.KAMBING-MALAYSIA.BLOGSPOT.COM

15

PROJEK KAMBING BAKA DAN PEDAGING SISTEM INKUBATOR Anggaran Aliran Ternakan
STRUKTUR TERNAKAN Baka Jantan Baka Betina Jumlah Kelahiran Anak Jumlah Penjualan Baka 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 1 1 1 1 2 0 0 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 2

Kambing
Tahun 1 / Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Tahun 2 / Bulan 1 STRUKTUR TERNAKAN Baka Jantan Baka Betina Jumlah Kelahiran Anak Jumlah Penjualan Baka 0 1 0

2 0 1 0

3 0 1 2

4 0 1 0

5 0 1 0

6 7 8 9 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 2

10 0 1 0

11 0 1 0

12 0 1 2

Tahun 3 / Bulan 1 STRUKTUR TERNAKAN Baka Jantan Baka Betina Jumlah Kelahiran Anak Jumlah Penjualan Baka 0 1 0

2 0 1 0

3 0 1 0

4 0 1 0

5 0 1 0

6 7 8 9 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 2 2

10 0 1 0

11 0 1 0

12 0 1 0

Tahun 4 / Bulan 1 STRUKTUR TERNAKAN Baka Jantan Baka Betina Jumlah Kelahiran Anak Jumlah Penjualan Baka 0 1 0

2 0 1 0

3 0 1 0 2 3 0 1 2

4 0 1 0

5 0 1 0

6 7 8 9 0 0 0 0 1 1 1 1 2 0 0 0

10 0 1 0

11 0 1 0

12 0 1 0 2 12 0 0 0

Tahun 5 / Bulan 1 STRUKTUR TERNAKAN Baka Jantan Baka Betina Jumlah Kelahiran Anak Jumlah Penjualan Baka Jumlah Penjualan Daging 0 1 0

2 0 1 0

4 0 1 0

5 0 1 0

6 7 8 9 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 0 2

10 0 0 0

11 0 0 0

Pembiakan Bermula Kelahiran Anak Kambing Penjualan

16

Pengeluaran / Penjualan Kambing Kacukan Boer


Kambing Baka Untuk Jualan Purata Harga Baka (RM) Jumlah Untung Pengusaha Inkubator (RM) *Modal Pengusaha Inkubator (RM) Peratus keuntungan (%) = Pendapatan / Pelaburan X 100% Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Jumlah 2 2 2 4 2 12 900 900 900 900 900 1800 1800 1800 3600 1800 900 540 900 540 900 540 1800 540 900 540 5400 2700

167

167

167

333

167

200

*Modal Pengusaha Inkubator Pelaburan membeli baka kambing RM 1500 dibahagi kepada 5 tahun = RM 300 setahun Bayaran bulanan untuk 1 lot RM 20 x 12 bulan = RM 240

Pengeluaran / Penjualan Kambing Kacukan Anglo Nubien


Kambing Baka Untuk Jualan Purata Harga Baka (RM) Jumlah Untung Pengusaha Inkubator (RM) *Modal Pengusaha Inkubator (RM) Peratus keuntungan (%) = Pendapatan / Pelaburan X 100% Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Jumlah 2 2 2 4 2 12 600 600 600 600 600 1200 1200 1200 2400 1200 600 440 600 440 600 440 1200 440 600 440 3600 2200

136

136

136

273

136

164

*Modal Pengusaha Inkubator Pelaburan membeli baka kambing RM 1000 dibahagi kepada 5 tahun = RM 200 setahun Bayaran bulanan untuk 1 lot RM 20 x 12 bulan = RM 240

17

MAKLUMAT BAKA BOER


Kambing Boer telah dimajukan di Afrika Selatan sebagai baka untuk daging. Perkataan "Boer" dirujuk kepada keturunan dari pendatang Belanda yang ramai daripadanya adalah peladang yang terus menetap di negara itu. Oleh itu "Boer" sebenarnya bemaksud "Kambing peladang". Oleh kerana penternakan baka yang terpilih secara mendalam yang diamalkan oleh penternak Afrika Selatan selama lebih dari 50 tahun yang lalu, baka Boer ini dianggap sebagai baka yang terbaik dari segi penghasilan dagingnya. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak kembar. Ramai dikalangan kita memilih untuk dapatkan kambing boer yang paling berkualiti. Namun tidak semua mengenali generasi-generasi boer. Mari lihat beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.

Boer Full Blood (FB) Ini adalah generasi kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan. Badan tegap, kaki depan lebih panjang sedikit daripada kaki belakang. Ekor melentik. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerahmerahan atau hitam. Namun begitu, setelah dibuat pembacaan terperinci, sy akui boer FB juga terdapat dalam pelbagai warna dan struktur fizikal. Ada juga yang

19

berwarna seperti F3. Agak sukar untuk menentukan Kambing boer yang asal (original boer). Oleh itu, nasihat saya pada penternak supaya mengenalpasti boer FB berdasarkan sijil kelahirannya (born certificate) dan ujian darah.

Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya ke seluruh dunia terutamanya Malaysia. Di Indonesia mereka juga memanggil kambing ini sebagai Kambing Kachang kerana ia telah lama dibawa masuk ke Indonesia dan berbercampur-gaul dengan kambing tempatan.

Boer F1 Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1(50% darah boer). Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

20

Boer F2 Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2 (75% darah boer). Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

21

Boer F3 Boer F3(85% darah boer) adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia. Baka ini akan digunakan di dalam sistem inkubator.

Boer F4

22

Begitu juga boer F4(lebih 85% darah boer). Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerahmerahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer Purebred Kacukan Purebred atau F5-F7 (lebih 95% darah boer) memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompoktompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

23

MAKLUMAT BAKA ANGLO NUBIEN

Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

24

Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.

merupakan baka import mempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntai raut mukanya cembung dan mempunyai tanduk bulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, hitam atau kombinasi warna-warna tersebut berat badan sekitar 50-80 kg baka ini sesuai untuk pengeluaran susu dan daging

anggaran susu yang dihasilkan ialah lebih kurang 200 kg dalam tempoh bersusu iaitu 261 hari

25

Anda mungkin juga menyukai