Anda di halaman 1dari 1

FGV KERNEL PRODUCTS SDN BHD

SYARAT – SYARAT AM KONTRAK

ADALAH DIANGGAP BAHAWA PEMBORONG/KONTRAKTOR telah memeriksa dan memahami sepenuhnya


kawasan atau tapak bina Kilang Isi Sawit Pandamaran (selepas ini dipanggil ‘Kilang’) termasuk faktor-
faktor lain di mana kerja-kerja ini hendak dilaksanakan serta butir-butir, maklumat-maklumat dan cara
melaksanakannya sebagaimana di plan, lukisan-lukisan, perincian-perincian dan selaras dengan syarat-
syarat yang dicatatkan di bawah ini:

1. Setelah tawaran diterima oleh FGV KERNEL PRODUCTS SDN BHD (FGVKPSB),
pemborong/kontraktor hendaklah memulakan kerja mengikut skop dan syarat-syarat yang
terkandung di dalam tawaran ini dan memulakannya dengan sempurna serta menepati segala
panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Pengurus Kilang.

2. Syarat–syarat perjanjian kerja FGVKPSB, adalah satu-satunya syarat yang berkuatkuasa. Sebarang
syarat lain yang dikemukakan oleh pemborong/kontraktor adalah tidak sah dan terbatal kecuali
ianya mendapat persetujuan secara bertulis terlebih dahulu daripada FGVKPSB.

3. Pengurus kilang berkuasa mengarahkan kontraktor memindahkan mana-mana pekerjanya yang


didapati melakukan salahlaku atau tidak berupaya atau cuai ketika menjalankan kerja-kerja
tender/sebutharga.

4. Pemborong/kontraktor diwajibkan melawat tapak untuk meneliti dan menilai skop.

5. Kontraktor hendaklah memastikan semua bahan, ukuran atau bacaan adalah tepat supaya tidak
menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan kerja.

6. Kontraktor bertanggungjawab menanggung sebarang kos pembaikan dan kehilangan sekiranya


berlaku di dalam kilang atau pada pihak kontraktor sendiri jika kecuaian tersebut adalah dari
kerja-kerja berkaitan tender pihak kontraktor.

7. Kontraktor juga bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerjanya dan jika berlaku sebarang
kecederaan, pihak kilang tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, pihak kontraktor hendaklah
memastikan kesemua pekerjanya diberi perlindungan insurans.

8. Kontraktor hendaklah memastikan TEMPAT KERJA SENTIASA BERSIH DAN SELAMAT semasa
menjalankan kerja-kerja tender.

9. Kontraktor hendaklah memastikan semua peraturan FGVKPSB dipatuhi.

------------------------------------------------------------ Dokumen Tamat -------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai