Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM SK BESERI 2022

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA

Yang berusaha
Cikgu Zainorin bin Zakaria
Guru Besar Sek Keb Beseri

Yang Dihormati,
En Zahari bin Ismail
YDP PIBG Sek Keb Beseri

Yang berbahagia
Al Fadhil Ustaz Hashim Bin Othman Al Hafiz
Penceramah jemputan pada hari ini,

Yang Dihormati
Cikgu Muhd Fauzi bin Musa
Pen Kanan Pentadbiran

Cikgu Azura bt Zakaria


Pen Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Muhd Hizhir bin Nordin


Pen Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke Hadrat Rabbul
Izzah, tuhan yang Maha Esa

1
TEKS PENGACARA MAJLIS
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM SK BESERI 2022

kerana dengan limpah izin dan kurnia – Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan
Sekolah Kebangsaan Beseri demi satu tujuan utama iaitu berusaha mendapatkan keredhaan
ALLAH SWT dengan menuntut ilmu dan seterusnya menjayakan satu majlis yang penuh
bermanfaat dan murni iaitu majlis sambutan awal Muharram dan Pelancaran Tabung Infaq
Sekolah Kebangsaan Beseri bagi tahun 2022.
Hadirin dan warga SKB sekalian, 1 Muharram 1444 H akan jatuh pada 30 Julai 2022 iaitu hari
Sabtu. Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum bagi Rakyat Malaysia. Apakah tema Maal
Hijrah 2021 / 1443H? “Ummah Rabbani Negara Harmoni” telah dipilih sebagai tema
sambutan Maal Hijrah tahun lepas. Untuk itu, tahun ini, ianya adalah “Manhaj Rabbani,
Ummah Berkualiti.”
Umat Islam di negara Malaysia yang tercinta akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah
Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah saw
mempersaudarakan Muhajirin dan Ansor. Bertitik tolak daripada peristiwa hijrah tersebut,
umat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa ukhwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah
asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan
kejayaan umat Islam ke era global demi menjulang nama Islam dipersada mata dunia dan
menjadi ikon terbaik di alam maya ini.

Hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini akan dimulakan dengan sama-sama kita mendengar dan menghayati
bacaan ayat suci Al Quranul karim yang akan disampaikan oleh adik Nur Aunie Insyirah Binti
Azrin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Nur Aunie Insyirah.

Cantik sungguh songket tenunan,


Menjadi kebanggan zaman berzaman
Marilah kita dengarkan ucapan,
Ucapan YDP PIBG/Guru Besar sebagai pedoman.

Tanpa melengahkan masa lagi, Majlis mempersilakan yang dihormati YDP PIBG SKB, Encik
Zahari Bin Ismail / yang berusaha Cikgu Zainorin Bin Zakaria, Guru Besar SKB untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Tabung Infaq SKB.

Di persilakan dengan segala hormatnya.

2
TEKS PENGACARA MAJLIS
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM SK BESERI 2022

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati YDP PIBG SKB, Encik Zahari
Bin Ismail / yang berusaha Cikgu Zainorin Bin Zakaria, Guru Besar SKB di atas ucapan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha Cikgu Zainorin bin Zakaria
GB SKB untuk mengiringi yang dihormati En Zahari bin Ismail selaku YDP PIBG untuk sama-
sama menyempurnakan gimik Pelancaran Tabung Infaq SKB.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Zahari bin Ismail atas pelancaran Tabung
Infaq itu tadi.

Hadirin dan warga SKB sekalian,


Kini tibalah kita di kemuncak acara. Sudah pasti kita semua ternanti-nantikan isi ceramah
yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan khas kita pada hari ini. Tetapi sebelum
kita mempersilakan al Fadhil ustaz untuk menyampaikan ceramah, eloklah kiranya terlebih
dahulu kita berkenalan secara ringkas dengan sosok tubuh empunya diri yang diberi nama
Ustaz Hashim Bin Othman al Hafiz ini. Tak kenal maka tak cinta.

Ustaz HASHIM BIN OTHMAN telah dilahirkan pada 10 Oktober 1962.


* Beliau telah DILAHIRKAN DI KAMPUNG BEHOR LALANG, PERLIS
* Merupakan BEKAS PELAJAR SEK MEN AGAMA AL ISLAHIYAH,
* dan beliau juga adalah MANTAN PEGAWAI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM, PERLIS.
* Beliau telah BERKHIDMAT LEBIH KURANG 30 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM,
* dan PERNAH MEWAKILI MALAYSIA di dalam MAJLIS TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA
DI IRAN pada TAHUN 1990.
* Beliau juga PERNAH DILANTIK SEBAGAI AHLI LAJNAH TASHEH AL QURAN KEMENTERIAN
DALAM NEGERI ( KDN PUTRAJAYA) SEJAK TAHUN 2002 – 2020.
* Beliau yang merupakan PENCERAMAH DAN AHLI PANEL FORUM PERLIS, KEDAH DAN
PENANG
* juga, merupakan PENGERUSI , IMAM , JURUNIKAH DAN AMIL KARIAH MASJID AL-
MUBARAK TASOH, Perlis.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM SK BESERI 2022

Hadirin sekalian, Majlis dengan takzimnya mempersilakan al Fadhil Ustaz Hashim Bin
Othman.

Terima kasih diucapkan kepada al Fadhil Ustaz atas ceramah yang telah disampaikan
sebentar tadi. Diharapkan, apa yang telah disampaikan menjadi panduan dan pedoman buat
kita semua dalam usaha menjadikan diri kita insan mukmin yang bertaqwa.

Dengan berakhirnya ceramah sebentar tadi, maka tibalah kita di akhir majlis. Namun,
sebelum majlis melabuhkan tirainya, majlis berbesar hati menjemput al Fadhil Ustaz hashim
Bin Othman al Hafiz untuk menerima sedikit cenderahati dari Cikgu Zainorin Bin Zakaria,
Guru Besar SKB sebagai tanda penghargaan dan ingatan dari pihak sekolah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Sambutan awal
Muharram peringkat SKB bagi tahun 1444H ini. Bagi pihak majlis, saya menyusun 10 jari
seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang saya mengendalikan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Pesanan : Pihak sekolah berbesar hati mempersilakan tetamu kehormat kita untuk bergerak
ke Kantin untuk menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai