Anda di halaman 1dari 4

SMKMA/SFJ/EMCEE/libaturusting1 2022

TEKS PENGACARA MAJLIS


SESI LIBAT URUS BERSAMA IBU BAPA MURID TINGKATAN 1
SMK MUNSHI ABDULLAH TAHUN 2022
JUMAAT, 18/03/2022

BIL QUE TEKS SKRIP TINDAKAN


Majlis akan Assalamualaikum. Majlis kita akan dimulakan sebentar lagi. Mohon
dimulakan jasa baik semua penonton agar memastikan pembesar suara sentiasa
dimatikan agar majlis berjalan dengan lancar.
Terima kasih.

1 Kata aluan Pagi yang indah penuh ceria CTFaezah


Pengacara Hari yang berbahagia penuh bermakna
Majlis Kami bawakan kepada anda secara atas talian “Sesi Libat Urus
Bersama Ibu Bapa Murid Tingkatan 1 SMK Munshi Abdullah Tahun
2022”

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillah... Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam Melaka


Maju Jaya, Rakyat Bahagia menggamit dunia, Pendidikan berkualiti,
insan terdidik negara sejahtera.

Yang Berusaha,
Tuan Mohd Yusri bin Seman
Pengetua SMK Munshi Abdullah

Yang Berusaha
Encik Omar bin Minhad
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Munshi Abdullah

Yang Berusaha,
Encik Kamarudin Bin Kassim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
Pn. Sanisah binti Ahmad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

1
SMKMA/SFJ/EMCEE/libaturusting1 2022

Yang Berusaha,
Pn. Alifah binti Sharudin
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang dihormati,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Barisan guru Cemerlang,
Barisan guru SMK Munshi Abdullah
Para ibu bapa, murid-murid tingkatan 1 seterusnya hadirin yang
dikasihi sekalian.

Kami, bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan:


Selamat datang ke “Sesi Libat urus Bersama ibu bapa murid tingkatan
1 tahun 2022”. Saya selaku moderator pada pagi ini ingin mengambil
kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih khasnya kepada
para ibu bapa kerana telah memilih SMK Munshi Abdullah untuk
meneruskan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula tahun 2022
ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Begitulah jika hendak
digambarkan kesediaan kami menerima kehadiran anak-anak tingkatan
1 tahun ini.

3 Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipertik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Sebelum dilanjutkan ke acara seterusnya, bagi menambah keberkatan


majlis, marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dilafazkan oleh Al-fadhil Ustaz Syed Nor Hafiz bin Tengku Syed
Nasarudin. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

=========BACAAN DOA==========

4 Ucapan Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Pengetua Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa
sebentar tadi.

Tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan yang


Berusaha, tuan Mohd Yusri bin Seman, Pengetua SMK Munshi
Abdullah untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

=========UCAPAN PENGETUA==========
5 Taklimat Demikian tadi ucapan penuh pengharapan oleh Tuan Pengetua, Tuan

2
SMKMA/SFJ/EMCEE/libaturusting1 2022

Guru Mohd Yusri bin Seman. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
Koperasi ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati,,

Bagi meneruskan acara hari ini, majlis diteruskan dengan taklimat yang
akan disampaikan oleh wakil guru koperasi. Oleh itu, dipersilakan
Puan Atiqah Liyana binti Saleh untuk menyampaikan taklimat beliau.
Dipersilakan.

=========TAKLIMAT GURU KOPERASI==========

6 Taklimat Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Atiqah Liyana atas
Guru taklimat yang penuh informasi sebentar tadi.
Kaunseling
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan dengan taklimat daripada Unit Bimbingan dan
Kaunseling SMK Munshi Abdullah. Oleh itu, majlis menjemput Puan
Salinah binti Ahmad yang telah bersedia dalam talian untuk
menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan.

=========TAKLIMAT UNIT KAUNSELING==========

7 Taklimat Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salinah atas
GPK Hal taklimat yang yang telah disampaikan.
Eehwal
Murid Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis seterusnya mempersilakan Encik Kamarudin bin Kassim, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan taklimat
beliau. Dipersilakan.

=========TAKLIMAT HEM==========

8 Sesi soal Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Kamarudin atas
jawab penerangan berkaitan Hal Ehwal murid sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

3
SMKMA/SFJ/EMCEE/libaturusting1 2022

Kesempatan bertemu ibu bapa hari ini tidak dibiarkan begitu sahaja.
Majlis dengan ini membuka ruang untuk sesi soal jawab. Oleh itu,
majlis membuka peluang kepada mana-mana ibu bapa yang ingin
bertanyakan soalan, bolehlah suarakan atau taip pada ruangan
mesej/chat di sebelah kanan, supaya kita dapat penjelasan yang jelas
daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Dipersilakan.

=========SOAL JAWAB==========

8 Penutup dan Hadirin yang dikasihi,


ambil Kita hampir ke penghujung acara hari ini. Majlis merakamkan setinggi-
gambar tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan hadirin yang sudi
meluangkan masa Bersama-sama menjayakan Sesi Libat Urus Bersama
ibu bapa murid tingkatan 1 tahun 2022 walau hanya atas talian.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja daripada kami, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Majlis mohon bersurai.

Anda mungkin juga menyukai