Anda di halaman 1dari 5

WATIKAH PENGAWAS 2022

Bil. Peristiwa Skrip


1 Ambil tempat Ambil tempat masing-masing
2 Kata aluan Sireh berlipat sireh pinang,
Pengacara Majlis Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berusaha Encik Md rais b Abdullah, Tuan Guru Besar SK Rinching Hilir
Yang Dihormati , Pn Noriani bt Mat Zin, PK Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati, Pn.SAlomah bt Amat, PK Pentadbiran
Yang Dihormati, En Megat Ismail b Megat Zakaria, Penolong Kanan Kokurikulum.
guru-guru, seterusnya yang dikasihi, para pengawas, pengawas pusat sumber, , pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT ,ketua
dan penolong ketua kelas yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
hadir bagi menjayakan Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir bagi tahun
2022 ini.

3 Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Majlis dimulakan dengan menjemput adik _________________ untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada adik _______________atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Ucapan 1 Anak Cina main gelombang,


Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha, En Md Rais bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir untuk menyampaikan ucapan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

5 Ucapan Perasmi Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan
____________________________________, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
______________________________________,   atas ucapan beliau sebentar tadi.

6 Penyampaian Hadirin sekalian,


Watikah Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah
Kebangsaan Rinching Hilir bagi tahun 2022.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput _____________________ untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berusaha, En Md Rais b Abdullah, Guru Besar SK Rinching Hilir untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas SPBT sekolah, dipersilakan ___________________________,


Bagi PRS sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi Penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


7 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.
kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka rasmilah sudah Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir bagi tahun 2022 ini. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik
_________________________________________, Ketua Murid untuk mengetuai lafaz ikrar Pemimpin Muda. Majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Md Rais b Abdullah, Tuan Guru
Besar SK Rinching Hilir atas penganugerahan watikah sebentar tadi.
6 Majlis Penutup Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati

Dengan ini berakhirlah Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir bagi tahun
2022 ini. Semoga dengan lantikan ini dapat membentuk sikap kebertanggungjawaban serta membantu membudayakan disiplin serta
sahsiah yang baik dalam kalangan murid SK Rinching Hilir seluruhnya.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, En Md Rais b Abdullah , Tuan Guru Besar, guru-guru serta para pemimpin muda untuk
sesi bergambar.
Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
7 Sesi Fotografi T A  M A T

Anda mungkin juga menyukai