Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENYERAHAN RAMADHAN BOX 2021


Atur cara Skrip Catatan
Sebelum tetamu ***Buat pengumuman
sampai Sewaktu ketibaan Yg. Berusaha Dr. Hj Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim masuk ke dalam dewan, Pihak majlis
memohon agar warga dewan untuk sama-sama berdiri.

Bagi proses penyerahan sumbangan, satu bakul hamper akan diletakkan


sebagai simbolik di atas pentas. Tuan-tuan hanya perlu naik ke pentas
dan menerima voucer daripada Tuan Pengarah dan bergambar bersama.
Selepas tamat majlis ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh mendapatkan
bungkusan Ramadhan Box masing-masing dengan menyerahkan
voucher di kaunter di bahagian hadapan dewan.
Ketibaan Pengarah, Mengumumkan Ketibaan Yang Berusaha Dr. Hj Ridzuan Bin Ahmad,
Timbalan Pengarah, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama Timbalan pengarah,
yang diraikan dan Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit, masuk ke dalam dewan.
semua KJKU
Protokol/ Hadirin dipersilakan duduk
Salutasi Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Bulan Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,

Team Masih Ada Yang Sayang membawakan kepada anda Majlis


Penyerahan Ramadhan Box 2021 IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Bismillahhirramhmannirrahim
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.

Yang Berusaha, Dr . Hj. Ridzuan bin Ahmad, Pengarah Institut

1
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Berusaha, Dr. Kartini binti Abdul Mutalib, Timbalan Pengarah


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Yang dihormati Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah,


ahli Team MAYS, penerima sumbangan yang diraikan, seterusnya hadirin
yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan
limpah rahmatnya dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul di
dewan yang indah ini bagi melaksakan program sumbangan sempena
bulan Ramadhan menerusi Program Ramadhan Box 2021. Untuk
makluman semua, program ini digerakkan oleh Team Masih Ada Yang
Sayang ataupun MAYS, manakala penyumbang pula terdiri daripada
warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan, Kami  bagi pihak


kampus mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas
kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penyerahan sumbangan
Ramadhan Box pada hari ini. Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini,
dan sedikit sumbangan yang diberikan tidak mampu rasanya untuk
membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh tuan puan 
terhadap kampus ini. Tuan-tuan dan puan-puan adalah antara frontliner
yang sentiasa berkhidmat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Buat semua penyumbang yang bermurah hati, dan buat semua penerima
yang dihargai,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Muliakan Dan Sayangilah Saudaraku Ini,


Bahagiakan Keluarganya Limpahkan Rezekinya, Kuatkan Imannya,
Berikanlah Kenikmatan dalam Ibadahnya, Jauhkan Dari Segala Fitnah,
Amin, “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...
Doa Para hadirin sekalian,

2
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dihormati sekalian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh rasa kesyukuran
dengan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh  Ustaz Mohd
Roshdi Bin Abdul Rashid, Penolong Pegawai Pengurusan, Jabatan
Pembangunan Latihan untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(BACAAN DOA)

Ucapan Penyelaras Amin, amin Ya Robbal Alamiin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepadaUstaz Mohd Roshdi Bin Abdul Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Untuk makluman, Team MAYS telah mula menjalankan aktiviti kebajikan
bermula pada tahun 2017 lagi. Bagi menjelaskan lagi pengenalan
mengenai Team MAYS dan aktiviti yang dilaksanakan, khasnya aktiviti
Ramadhan Box pada tahun ini, majlis dengan hormatnya menjemput En.
Mohd Hairul Nizam Bin Jamil, Penyelaras Program Ramadhan Box 2021
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Tayangan Video Majlis mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Program

3
Ramadhan Box atas ucapan sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan tayangan Video Montaj yang telah
disediakan bagi menceritakan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Team
MAYS sepanjang penubuhannya.

Dipersilakan.
(TAYANGAN VIDEO)
Ucapan Pengarah Sidang dewan yang dihormati, majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripada Yang Berusaha Dr. Hj Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah IPG
Kampus Sultan Abdul Halim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Penyerahan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Hj
Sumbangan Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Jauh Berakit Teruna Berlima,


Muatan Salak Bawa Ke Pertang;
Ada Sedikit Kongsi Bersama,
Rezeki Secupak Pasti Segantang

Tuan-tuan dan puan-puan, kini tibalah kita kepada acara kemuncak pada
hari ini. Untuk itu, majlis dengan dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Dr Hjh Kartini Bt Abdul Mutalib bagi
mengiringi Yang Berusaha Dr. Hj Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah IPG
Kampus Sultan Abdul Halim, untuk menyampaikan sumbangan kepada
semua penerima yang diraikan pada hari ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

*Senarai Penyumbang:*
Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Hj
Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, atas

4
penyerahan sumbangan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati tadi, maka majlis kita


telah sampai ke penghujungnya. Selepas majlis ini selesai, tuan-tuan dan
puan-puan boleh mendapatkan bakul sumbangan masing-masing dengan
menyerahkan voucher di kaunter di bahagian pintu masuk dewan.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada Tuan Pengarah, Timbalan pengarah dan semua Ketua Jabatan
atas kesudian bersama-sama kita pada hari ini. Majlis juga mengucapkan
terima kasih kepada semua penyumbang, dan terima kasih juga kepada
semua penerima atas segala bakti dan keringat anda selama ini.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Dengan ini majlis diakhiri dengan lafaz wabillah........Wassalam……….

Anda mungkin juga menyukai