Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Perubatan Mosby dalam Rifa Hidayah (2014), terapi membawa maksud
rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit dengan tujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal. Manakala dalam konteks pendidikan pula,
terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-
balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Terapi dalam konteks
pendidikan kebiasaannya akan diaplikasikan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Guru
bimbingan dan kaunseling (GBK) akan menggunakan kaedah terapi sebagai intervensi dalam
sesi kaunseling khususnya dalam fasa penerokaan dan fasa rawatan untuk membantu pelajar
mengetahui tentang emosi, perasaan dan tingkah laku mereka serta memberi celik akal kepada
mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi khasnya pelajar yang mempunyai
konsep kendiri yang rendah, mereka memerlukan khidmat terapi untuk meningkatkan konsep
kendiri mereka ke arah yang positif (Rifa Hidayah, 2014).

2.0 TERAPI SENI SEBAGAI SALAH SATU TERAPI DALAM INTERVENSI SESI
KAUNSELING DAN ARTIKEL YANG DIKAJI

Terapi seni merupakan suatu bentuk terapi yang melibatkan integrasi media warna,
pensil dan sebagainya dalam lukisan sebagai satu proses untuk seseorang individu meluahkan
segala perasaan, konflik yang dialami serta keperluan dalaman dan seterusnya boleh
membantu individu itu sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi (The American Art
Therapy Association dalam Rifa Hidayah, 2014). Terapi seni sering kali diaplikasikan oleh guru
bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid di sekolah yang menghadapi masalah tetapi tidak
dapat diluahkan masalah tersebut secara verbal semasa sesi kaunseling. Hal ini demikian
kerana, kanak-kanak sememangnya sangat berminat terhadap lukisan dan apabila mereka
melukiskan sesuatu pada kertas lukisan, mereka tidak menyedari bahawa hasil lukisan mereka
tersebut merupakan sesuatu yang terpendam dalam hati mereka dan diluahkan secara spontan
melalui lukisan. Walapun terapi seni tersebut mempunyai banyak kebaikan kepada pelajar-
pelajar sekolah, namun ianya turut mempunyai limitasi ketika pelaksanaannya kepada pelajar
sekolah. Artikel yang dikaji ialah hasil karya Rafidah dan Noriah yang berjudul Terapi Seni
Dalam Kaunseling Pelajar Pintar Dan Berbakat.

1
3.0 KELEBIHAN TERAPI SENI

3.1 MEMBANTU KLIEN DALAM MELUAHKAN PERASAAN

Terapi seni sememangnya merupakan suatu terapi yang sangat berguna kepada
klien yang pasif untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam diri mereka. Melalui
artikel yang dikaji, penulis menjelaskan bahawa penggunaan terapi seni dalam proses
kaunseling membantu klien meluahkan perasaan dan emosi dengan mudah melalui
lukisan disamping membantu meningkatkan keupayaan klien ke arah penyelesaian
masalah yang dihadapinya. Sebaliknya, sekiranya seseorang individu tidak mampu
meluahkan perasaan yang terpendam dalam diri mereka, maka lama-kelamaan individu
tersebut akan berkembang secara negatif dan akan menyebabkan individu tersebut
mempunyai konsep kendiri yang rendah semasa berhadapan dengan apa-apa jua
masalah.

Penyataan ini turut boleh disokong oleh Margaret Naumberg dalam Rozman
Shafie (2008), yang menyatakan bahawa terapi seni menawarkan keistimewaan imej
simbolik bukan lisan yang dilahirkan tanpa sedar dan secara tidak langsung proses
tersebut menawarkan cara melahirkan perasaan yang lebih meyakinkan dalam diri
kanak- kanak dan mereka lebih bebas untuk meluahkan apa sahaja yang dialami dalam diri
mereka selama ini. Apabila kanak-kanak berjaya meluahkan perasaan mereka melalui
terapi seni, maka secara tidak langsung mereka boleh mengetahui masalah yang
mereka hadapi selama ini dengan mudah dan seterusnya boleh mengubah tingkah laku
mereka ke arah yang lebih positif.

3.2 KLIEN MUDAH MENDAPAT CELIK AKAL TERHADAP MASALAH YANG


DIHADAPI

Menurut Rafidah dan Noriah (n.d), penggunaan terapi seni membolehkan klien
lebih memahami emosi dan perasaan yang dialami sendiri, sekaligus berupaya
membantu klien mendapatkan celik akal terhadap masalah tersebut. Hal ini demikian
kerana, semasa klien melukis di atas kertas lukisan ia sebenarnya merupakan suatu cara
untuk klien mengekspresikan perasaan, emosi, mahupun segala pemikiran yang dialami
oleh klien sendiri. Klien mengekspresikan segala yang dialami olehnya secara tidak sedar

2
dan ini secara tidak langsung memberi celik akal kepada klien tentang masalah yang dialami
oleh dirinya sendiri kerana pada peringkat sedar klien merasakan seolah-olah tiada
sebarang masalah yang dialami dalam dirinya namun hakikatnya masalah tersebut
hanya mampu dicungkil melalui terapi seni.

Hal ini turut dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dibuat oleh Baharuddin
Ismail et.al (2015), yang mendapati bahawa melalui terapi seni, klien dapat
mencari kekuatan yang ada pada diri mereka dan mengetahui perasaan sebenar yang
dialami dalam diri mereka. Melalui kajian tersebut, klien menyatakan pentingnya terapi
seni kepada diri mreka dalam kehidupan. Buktinya:

“ya..saya pun rasa gembira kerana dapat cari kekuatan.. kalau kita fikir tak akan jumpa,
tapi bila kita lukis dan cerita baru kita sedar tentang perasaan kita.. apa yang kita cakap
terkeluar dengan sendiri.. boleh tengok lukisan… saya rasa amat berfaedah kerana
secara tak langsung kita boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk
mengatasi masalah yang kita hadapi…”

3.3 MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENDAPAT


GAMBARAN SEBENAR PERASAAN KLIEN

Berdasarkan artikel yang dikaji, penulis iaitu Rafidah dan Noriah menyatakan
bahawa penggunaan terapi seni dalam proses kaunseling juga membantu GBK
mendapat gambaran sebenar perasaan klien menerusi hasil seni klien. Hal ini demikian
kerana, semasa dalam proses terapi seni, pelbagai bentuk objek dan imej akan
dihasilkan oleh klien dalam lukisan mereka dan pelbagai jenis warna akan digunakan
oleh mereka untuk melengkapkan lukisan yang telah dihasilkan. Setiap objek mahupun imej
yang dilukis oleh klien menggambarkan mesej-mesej tertentu dan begitu juga dengan
warna yang digunakan.

Buktinya, menurut American Art Therapy Association dalam Khoo (2013),


kebiasaannya lukisan warna cerah dan berwarna warni menggambarkan perasaan
positif dan periang personaliti klien sebaliknya warna yang gelap atau gambar yang dilukis
tanpa lengkap mewakili kanak-kanak kemungkinan sedang menghadapi masalah, muram,
murung, tidak puas hati atau kehilangan sesuatu yang disayanginya. Disamping itu,
menurut Lysyak-Stelzer et.al dalam Rafidah dan Noriah (n.d), menyatakan bahawa imej-

3
imej atau simbol yang dihasilkan oleh seseorang dalam hasil seninya boleh
digunakan untuk menjelaskan pengalaman yang berkaitan dengan diri individu
tersebut terutama dalam konteks sokongan sosial. Oleh itu, tugas GBK bukanlah
mentafsir setiap objek dan warna yang dihasilkan oleh klien dalam lukisan mereka,
sebaliknya mereka perlulah meneroka diri klien dengan menanyakan sebab musabab
klien melukis objek tersebut serta sebab klien menggunakan warna-warna tertentu agar
GBK boleh memahami masalah klien dengan lebih mendalam.

4.0 LIMITASI TERAPI SENI

4.1 KLIEN ENGGAN MEMBERI KERJASAMA KERANA MERASAKAN DIRI


TIDAK BERBAKAT

Melalui artikel yang dikaji, penulis tidak menyatakan limitasi terapi seni terhadap
klien. Namun, sebenarnya wujud beberapa limitasi dalam terapi seni. Oleh itu, hujah-
hujah daripada artikel lain telah dikaji untuk menilai sejauh manakah keberkesanan terapi seni
boleh dijadikan sebagai intervensi dalam khidmat kaunseling di sekolah. Menurut
Cathy A. Malchiodi (2005), kanak-kanak ataupun klien yang merasakan diri mereka
tidak berbakat dalam melukis akan menghalang perjalanan proses terapi seni.
Apabila klien merasakan diri mereka tidak mempunyai bakat dalam melukis, maka
mereka tidak akan berminat untuk menghasilkan sebarang lukisan kerana mempunyai
konsep kendiri yang rendah dalam diri iaitu malu sekiranya lukisan mereka hodoh maka
akan ditertawakan oleh kawan-kawan yang lain.

4.2 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING CENDERUNG UNTUK


MENGINTERPRETASI LUKISAN KLIEN

Menurut Cathy A. Malchiodi (2005), antara limitasi lain terapi seni ialah GBK
pada kebiasaannya akan cenderung untuk menginterpretasikan lukisan yang dihasilkan
oleh klien dengan pendapat sendiri. Tindakan sebegini secara tidak langsung
menyebabkan klien berasa tidak percaya terhadap GBK dan berasa ragu-ragu
terhadap kewibawaan GBK kerana segala yang dinterpretasikan oleh GBK adalah
salah. Selain itu, sekiranya seseorang GBK selalu menginterpretasikan hasil lukisan klien,

4
ianya akan menyebabkan rasa tidak selesa dalam diri klien kerana GBK langsung
tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan perasaan yang mereka alami.

Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan penerokaan dari segi afektif
dalam diri klien tidak akan tercapai. Oleh itu, GBK adalah dilarang sama sekali
menginterpretasi hasil lukisan yang dilukis oleh klien dan tugas GBK perlulah memberi
peluang kepada klien sendiri untuk menjelaskan tentang apa yang dilukis olehnya. Hal ini
turut disokong oleh Furth dalam Rafidah dan Noriah (n.d), yang menjelaskan bahawa
kaunselor tidak boleh melakukan interpretasi terhadap hasil seni klien tetapi hanya
memberikan tumpuan kepada perasaan yang dijelmakan oleh klien menerusi hasil seni
tersebut

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terapi seni yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling
semasa sesi kaunseling sememangnya mempunyai kelebihan dan limitasi sama ada terhadap
pelajar mahupun guru itu sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa terapi seni merupakan
satu terapi yang sangat membantu kepada klien khususnya klien sekolah rendah kerana
majoriti pelajar sekolah rendah sangat berminat untuk melukis dan ianya boleh dijadikan
sebagai medium yang utama untuk meneroka masalah klien. Oleh itu, guru bimbingan dan
kaunseling perlulah melaksanakan terapi seni semasa proses rawatan dalam kaunseling
dengan berkesan agar ianya boleh memberi impak yang positif kepada klien.

(1245 patah
perkataan)

Anda mungkin juga menyukai