Anda di halaman 1dari 6

MASA PERKARA CATATAN

…..Mohon perhatian, bagi memastikan majlis berjalan Sebelum


dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau
Majlis
memastikan telefon berada dalam mod senyap..
bermula
Untuk makluman para hadirin, majlis akan bermula
sebentar lagi. Para hadirin dijemput untuk mengambil
tempat duduk masing-masing.

Para hadirin diharapkan dapat berdiri semasa ketibaan


para tetamu VIP kita pada malam ini.

Mengumumkan ketibaan

Yang berusaha, Dr. Faisal bin Zulhumadi, Penasihat


Persatuan Pengurusan Teknologi, barisan Majlis Tertinggi
Persatuan Pengurusan Teknologi dan barisan Alumni
Persatuan bagi sesei 21/22.

Melati kuntum tumbuh melata, Pembuka


Sayang merbah di pohon cemara;
Bicara
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati


nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna.

….…..NYANYIAN LAGU NEGARAKU & BIRU WARNA………

Bagi menambah keberkatan dinner kita pada malam ini,


dijemput Saudara Asyraf bin Ahmad Azizi untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

….…..BACAAN DOA………

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Saudara Asyraf atas bacaan
doa itu tadi.

…………………………………………………………………………………….

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, Salam


Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Yang berusaha, Dr. Faisal bin Zulhumadi, Penasihat


Persatuan Pengurusan Teknologi.

Yang dihormati, Saudara Mohammad Zikry Harith Bin


Mohammad Zahid, Presiden Persatuan Pengurusan
Teknologi, Saudari Siti Nur Aziah binti Abdul Wahab ,
wakil Alumni bagi sesi 21/22 dan Saudara Ahmad Amzar
Syahmie bin Azwa pengarah program

Barisan ahli jawatankuasa, serta ahli MOTIC yang dikasihi


sekalian.

Hadirin sekalian, program ini dianjurkan oleh Exco CSR,


yang bertujuan untuk mengekalkan hubungan antara ahli
dan alumni persatuan
Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr. Faisal


bin Zulhumadi, Penasihat Persatuan Pengurusan
Teknologi untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus
merasmikan program pada malam ini. Majlis dengan
segala hormatnya, mempersilakan.

….………. UCAPAN PENASIHAT………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Faisal


bin Zulhumadi atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput Saudara Ahmad Amzar


Syahmie bin Azwa selaku pengarah program untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

….……….UCAPAN PENGARAH………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Saudara


Ahmad Amzar Syahmie bin Azwa atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput Saudara Mohammad Zikry


Harith, Presiden Persatuan Pengurusan Teknologi untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

….……UCAPAN PRESIDEN……..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Saudara


Mohammad Zikry Harith atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Saudari Siti Nur Aziah,


wakil Alumni bagi sesi 21/22 untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan.

….…….….………… UCAPAN ALUMNI……………………

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudari Siti Nur


Aziah, atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan.


Buat pengetahuan hadirin sekalian, hidangan makan
malam pada malam ini disediakan
oleh……………………………………………….. Tanpa
melengahkan masa, majlis sekali lagi menjemput saudara
Ayraf ke hadapan untuk memimpin bacaan doa makan.

Terima kasih saudara Asyraf. Hadirin sekalian dijemput


memenuhi ruangan dewan di dalam untuk makan malam.

Selamat menjamu selera.

….…….….………… SESI MENJAMU SELERA……………………

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan para hadirin, artis jemputan kita pada


malam ini jauh kita import dari Kachi Highland untuk
menghiburkan para hadirin semua.

Dengan segala hormatnya menjemput saudari Emira


Natasha dengan lagu beliau yang bertajuk
……………………………………. .
Terima kasih diucapkan kepada saudari Emira atas
persembahan itu tadi.

Merdu sungguh suara hingga terbuai-buai para tetamu.

Majlis diteruskan lagi dengan Slot Penyampaian


cenderahati kepada para ALUMNI. Majlis menjemput
Dr.Faisal bin Zulhumadi diiringi saudara Mohammad
Zikry Harith untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan.

Makan sudah, menyanyi pun sudah.

Dengan ini, majlis kita pada malam ini telah sampai ke


penghujungnya.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat


dalam menjayakan program dinner pada malam ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CSR dan
Alumni atas penganjuran “DINNER WITH ALUMNI
MOTIC” yang penuh memori ini.

Disini kami ingin memohon maaf atas segala salah dan


silap sepanjang mengendalikan majlis pada malam ini.
Bagi pihak jawatankuasa majlis, kami juga ingin
memohon maaf jika ada yang terkurang sepanjang majlis
ini berlangsung.

Sebagai penutup majlis pada malam ini, terimalah pantun


terakhir daripada kami,

Dari Rokan ke Indragiri,

Membawa tinta ke Kuala Linggi;

Baliklah tuan rehatkan diri,


Esok kita bersua lagi.

DIMINTA PARA TETAMU UNTUK MEMENUHI RUANG


HADAPAN BAGI SESI BERGAMBAR.

Anda mungkin juga menyukai