Anda di halaman 1dari 5

Ketibaan tetamu

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama Televisyen 2017.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, diminta mengambil tempat.

Saya akan bacakan aturcara bagi program kita pada hari ini. (TENTATIF)

8.45 am

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia


dan salam Muafakat Johor.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha Dr.Husin Bin Sharif


Pengerusi Persatuan Penulis Johor Daerah Batu Pahat

Yang Dimuliakan penceramah jemputan kita


En MOHD FAIRUZ BIN MHD PADOLI

Para pensyarah,
Peserta-peserta bengkel,
Serta hadirin hadirat sekalian.

Selamat datang ke :

Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama Televisyen 2017.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan
program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini .Ucapan terima kasih juga
kepada semua peserta bengkel yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi
pengalaman.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara
Mohammad Nazmi bin Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
Mohammad Nazmi atas bacaan doa sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Sebelum kita teruskan acara kita, izinkan saya membaca serba sedikit pengenalan
mengenai penceramah kita pada hari ini. (BIODATA) Dengan itu kita menjemput
………………………………………………… bagi menyampaikan slot ceramah. Dipersilakan.

************(bengkel).

Sesi Soal Jawab

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada tuan-tuan dan puan-puan
peserta bengkel boleh mengemukakan pertanyaan kepada tuan penceramah.

########(soal jawab)

12.00 tengahari
Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha ……………………………… ,


(jawatan) dengan diiringi oleh……………….., (jawatan) dan dif-dif jemputan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Lagu Negaraku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha………….,
Pengerusi Persatuan Penulis Johor Daerah Batu Pahat untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha …………………….. atas
ucapan tersebut.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha …………, (jawatan) untuk


menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Bengkel Asas
Penulisan Skrip Drama Televisyen 2017. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha ……….. atas ucapan dan perasmian penutupan majlis itu tadi.

Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha ……………… dengan diiringi oleh Yang
Berusaha ……………..naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,


Majlis menjemput Encik Mohd Fairuz bagi menerima cederahati. Dipersilakan.

Majlis menjemput ...................................

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha …………. atas kesudian
menyampaikan cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah bengkal asas penulisan skrip drama televisyen 2017 kita pada hari ini.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam bengkel
ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
saya.

Sekian, terima kasih.....


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

BIODATA
MOHD FAIRUZ BIN MHD PADOLI atau nama penanya MF Kencana. Beliau adalah
mantan peserta Minggu Penulis Remaja 2006. Di dalam usia yang muda , beliau telah
menulis lebih sepuluh skrip drama dan telefilem.

Antara karya beliau yang sudah dihasilkan adalah :


1.RENJIS
(Astro Ria-13 Episod)

2.CUCI SERIES
(RTM-26 Episod)

3.BISIKAN SUBUH
(TeleTV3-olah Skrip)

4.TOK KETUA KG BATANG BURUK


(Astro Warna-26 episod)

5. NAK BALIK RAYA'


(Tele Aidilfitri 2009-RTM 2)

6. Angguk2-Geleng2
(RTM 2,episod 26 saja)

7. RIAS MUTIARA
(RTM 2 -26Episod)

8. PSIKO PSIKIK
(RTM 2- tele)

9. AGI IDUP AGI NGABAN


(RTM 2- 13 episod)

10. DATIN WAN ABE HARI RAYA


(TV 3-tele)

11. SI RAMLI
(Astro Prima-Tele)

12. TUN FATIMAH


Astro Citra -8 episod)

SCRIPT WRITER (9 years) Awards


Skrip Komedi Terbaik dalam Anugerah Lawak Warna ( 2014)

Anda mungkin juga menyukai