Anda di halaman 1dari 5

Isu-Isu Kontemporari

1.5.1 Media

Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya
dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan
komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya
mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan
teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk
mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-
negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka.
Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat.
Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan
dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul
Muslimin.

1.5.2 Ekonomi

Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran
bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi
pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya
hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini
telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya
dilaksanakan di seluruh dunia.

Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk
mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau
renaissance). Sistem ekonomi feudal hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas.

1.5.3 Politik

Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil
dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai
sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru
untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam
pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun
begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk
membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan
ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya.
Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam
badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai
tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal
politik negara-negara Islam.

1.5.4 Sosial

Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai
satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu
perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi
penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan
masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat
kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris

Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang
yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut
dikatakan tidak baik.

1.5.5 Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan
sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat
daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan
gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat
Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia
yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari
sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan
hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan
yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk
membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan
2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan
dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain

3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta.
Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang
boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih
dahulu.

Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan
pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil
daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting
daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan
Eropah.

1.5.6 Krisis Alam Sekitar

Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua
pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( human’s
dominance over nature) dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua
pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia
dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada
keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke
atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya.

Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah pemikiran mereka
terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu
yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan
membentuk sebuah alam yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak
mampu menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu diselamatkan.

Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar merupakan sebahagiaan
daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk
menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi
masyarakat Barat.

1.5.7 Persepsi Jihad

Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam
mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad
kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan
pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Masyarakat
Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini
menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap
kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar menerima nilai agama Islam
terhadap kehidupan di dunia ini.

Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifatdogmatic (iaitu percaya
kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan
berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat
Barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara-perkara
yang boleh dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai
sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar.

Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat
menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized) bagi
mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses pendamaian
diplomasi.

1.5.8 Etika Dalam sains

Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya
untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada
satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini
menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak.

Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam penyelidikan sains tertumpu
kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan
yang terkawal. Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan
membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut

( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak.

Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa
gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains
bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan
kesahihan hasil penyelidikan itu.

1.6 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara.

Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana Negara lain di dunia ini akibat
proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung
memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham
bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian
daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.

Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu
manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut
peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada
penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang
seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan
kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.

Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai dalam
masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa
halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan
maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan.
Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan
kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita
menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia
ada.

Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia
sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua
anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang
dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.

KESIMPULAN

Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada
dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi
dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa
yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat
menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata
hanya retorika mereka sahaja.

Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan
antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain-lain. Inilah yang dialami oleh negara-
negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin
dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di
sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.

Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana
kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka
cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini

Anda mungkin juga menyukai