Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis Persaraan Pengetua

Masa
umi

aktiviti
Ucapan
Pengumuman (cue: 5 minit sebelum ketibaan)
Hadirin-hadirat sekalian,
Sebagai tanda penghormatan dan mengalu-alukan ketibaan tetamu kehormat ,
Pengacara Majlis akan membuat pengumuman sebaik sahaja Ketibaan VIP di
hadapan dewan .Mohon kerjasama semua hadirin untuk berdiri. Hadirin
diingatkan agar terus berdiri sehingga VIP memasuki dewan dan menyanyikan
lagu Negaraku.Sekian, harap maklum
Pengumuman (cue: vip masuk ke dewan)
Pergerakan
masuk
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Hjh Tumijah binti Ponimin diiringi
dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Nyanyian
Lagu
Negaraku
Jemput
duduk

(Cue: vip berdiri di kerusi)


Warga dewan diminta bersedia untuk nyanyian lagu negaraku.
(cue: tamat lagu negaraku)
Terima kasih , Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

Nik

Kata aluan
Pengacara
Majlis

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Khany bin Mohd Yusof
Pengetua Sek. Men .Keb Putra Perdana
Yang diraikan Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin
Mantan pengetua SMK Putra Perdana
Yang Berbahagia Dato Mohd Nazifuddin b Dato Seri Mohd Najib
Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdul Jalil
ketua sektor pendidikan swasta dan pendidikan khas
Mantan-mantan Pengetua
En See kang hock,
Mantan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Putra Perdana
En Shaharudin bin Ajam
Yang dipertua PIBG SMK Putra Perdana
Yang dihormati
Puan Hajjah Rogiah bt Abd Moin
Penolong Kanan Akademik

Puan Hajjah Zarinah bt Md Hassan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Salina binti Kamsari
Penolong kanan Kokurikulum
En Azhar bin Ahmad
Penolong kanan PPKI
Puan Hajjah Wan Khirani bt Wan Muhammad
Penolong Kanan Petang
Guru-guru Kanan matapelajaran, rakan-rakan guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
umi

Seiring madah pantun bersambut,


Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia puan kini bertamu.
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Srikandi Berbudi, Tulus Berbakti sempena persaraan Yang Diraikan Pn.
Hjh Tumijah binti Ponimin, Pengetua SMK Putra Perdana.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan

nik

Bacaan Doa

limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan Pn. Hjh Tumijah bt Ponimin dalam Majlis Srikandi Berbudi,
Tulus Berbakti.
Tepi berangan rumpunan buluh,
Buluh merimbun subur teramat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Al Fadil Ustaz Zol Amri bin Mohd Sarkoni. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz Zol Amri bin Moh Sarkoni atas bacaan doa itu tadi.

umi

Persembahan
Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa
mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang indah ini. marilah
sama-sama kita saksikan persembahan multimedia tentang biografi dan memori
perjalanan insan yang sedang kita raikan ini. Marilah bersama-sama kita
menghayati persembahan tersebut.
(tayangan multimedia)
majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru yang terlibat dalam
menjayakan persembahan tersebut.

nik

Persembahan
PPKI, Tarian
& Guru

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan bahasa isyarat, yang bertajuk pelangi petang yang pernah
dipopularkan oleh Allahyarham sudirman hj Arsyad,
daripada barisan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid pendidkan khas integrasi
atas persembahan yang sungguh menarik sebentar tadi.

Majlis seterusnya di teruskan dengan mempersilakan, pasukan tarian


Rima Sakti Smk putra perdana dengan persembahan tarian mereka
yang bertajuk . Dipersilakan.
(tarian )
Begitulah sebentar tadi persembahan tarian yang dipersembahkan
oleh pasukan tarian
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu
Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan guru-guru SMK
Putra Perdana,di bawah pimpinan Pn Nor Masyitah AYU untuk
mendendangkan alunan suara mereka Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
begitulah lontaran suara daripada barisan pendidik SMK Putra Perdana
yang ternyata berbakat luar biasa.
Semoga yang diraikan Puan Hjh Tumijah binti Ponimin dan para
hadirin telah terhibur dengan persembahan-persembahan sebentar
tadi.

Umi

Ulas Pn.
Tumijah

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Hjh tumijah binti Ponimin sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengetua
di SMK Putra Perdana.
Majlis seterusnya mempersilakan, Wakil Warga SMK Putra Perdana untuk
menyampaikan luahan rasa,titipan rindu kepada yang diraikan Puan Hjh Tumijah
bt Ponimin. Dipersilakan.

Umum VVIP
mantan
Pengetua

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Masyitah Ayu, atas persembahan yang
menyentuh perasaan sebentar tadi. Begitulah tadi luahan rasa, belahan jiwa warga
SMK Putra Perdana yang ditujukan khas buat yang diraikan Pn Hjh Tumijah bt
Ponimin.

Seterusnya ,
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan yang diraikan
dan disayangi Pn Hjh TTumijah bt Ponimin , mantan pengetua SMK Putra
Perdana, untuk bersemayam di singgah sana diiringi oleh Mantan-mantan
Pengetua SMK Putra Perdana, dipersilakan.
nik

Ucapan Puan
Rogiah

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn. Hjh Rogiah bt
Abdul Moin, Penolong Kanan Akademik SMK Putra Perdana. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Rogiah bt Abdul Moin atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

umi

Ucapan Dato Dara rupawan tersenyum manis,


Tetamu
Petik kenanga kuntum delapan,
Jemputan
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat, Dato
Mohd Nazifuddin b. Dato Seri Mohd Najib, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Mohd Nazifuddin b. Dato
Seri Mohd Najib atas ucapan yang telah disampaikan.

Nik

Ucapan Pn.
Tumijah

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Puan Hjh Tumijah binti Ponimin.
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan
Puan Hjh Tumijah bt Ponimin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Umi

Penyampaian
Hadiah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Pn.
Hjh Tumijah binti Ponimin.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan Pn Rogiah binti Abd Moin, bagi mengiringi Yang Diraikan Pn.
Hjh Tumijah binti Ponimin untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan puan.


Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil pelajar sesi
pagi, dipersilakan Nurilya syafiqah binti Ferry Syafrizal
Seterusnya wakil pelajar sesi petang .................
Diikuti oleh wakil lembaga pengawas sesi pagi
Saudara Mohd Najib bin Khairulazman
Seterusnya wakil lembaga pengawas sesi petang

Kini dijemput pula ke pentas Puan Rosmaliza binti Harun, wakil staf dan
kakitangan
Dipersilakan pula , En Azhar bin Ahmad
wakil daripada Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI).
Dijemput Puan Syahaniza Binti Endut, wakil daripada pihak Koperasi SMK Putra
Perdana.
Kini dipersilakan pula, Pn. Noraini bt Mustafa, wakil daripada Unit Bimbingan &
Kaunseling.
Seterusnya dipersilakan En. Senggutuan a/l Veeran, Pengerusi Kelab Guru dan
kakitangan bagi menyampaikan cenderamat bagi pihak semua guru SMK Putra
Perdana.
Kini dipersilakan ke pentas Tn Hj Shaharuddin bin Ajam, Yang Dipertua PIBG
SMK Putra Perdana.
Seterusnya majlis mempersilakan Pn. Hjh Rogiah bt Abdul Moin, PK Akademik
bagi mewakili barisan pentadbir.
Akhir sekali, majlis mempersilakan Hj. Abdul Aziz b. Abdul Jalil, wakil daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menyampaikan cenderamata kepada
yang diraikan puan Hjh Tumijah bt Ponimin.
Nik

Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan Pn. Hjh Tumijah bt Ponimin.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh Tumijah
bt Ponimin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hjh Rogiah di atas
kesudian mengiringi Yang Diraikan Pn. Hjh Tumijah bt Ponimin sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang
cenderamata sebentar tadi.

Umi

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang memberi sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Pn. Hjh Tumijah bt Ponimin
Guru umpama bintang cemerlang,
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis Srikandi Berbudi, Tulus Berbakti sempena
persaraan Puan Hjh Tumijah binti Ponimin, Pengetua SMK Putra Perdana.

Nik

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh Tumijah
bt Ponimin kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Yang Pn. Hjh Tumijah binti Ponimin bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Srikandi
Berbudi, Tulus Berbakti sempena persaraan Puan Hjh Tumijah binti Ponimin,
Pengetua SMK Putra Perdana.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan Pn. Hjh Tumijah bt Ponimin serta semua
tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di dataran ilmu. Dipersilakan.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai