Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.

t, salam sejahtera
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia tetamu kita


Dr Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Nizam
Pen pegawai perubatan Hazuan Nadiron
Pen Pegawai perubatan Mohd Jabbar bin Shamsuddin
Ketua Jururawat Kesihatan Arlina Amat
Jururawat kesihatan Haslina Ajis

Yang Berusaha En Baharim bin Hj Md Yasin


Pengetua SMK Dato Abdul Rahman Yakub

Yang Dihormati Pn. Noriah Binti Sahari


Guru Pen Kanan Sains dan Matematik,

Guru-guru seterusnya pelajar-pelajar sekalian.

*********kata aluan
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk menjayakan program CPR dan HM Sesungguhnya menuntut ilmu itu
tiada had dan batas sempadannya. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

****bacaan al-fatihah

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
mulakan majlis kita dengan Ummul furqan Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Majlis kita diteruskan dengan ceramah CPR yang akan disampaikan oleh penceramah kita
pada hari ini.
****ceramah bermula

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr Mohd Khairul Ikhwan bin
Mohd Nizam, untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Mohd Khairul Ikhwan bin
Mohd Nizam di atas ceramah yang telah disampaikan. Semoga segala yang disampaikan
akan menjadi panduan dan pedoman buat kita semua..

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Noriah binti Sahari GKMP Sains dan
Matematik SMK Dato Abdul Rahman Yakub untuk menyampaikan cenderahati kepada Dr
Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Nizam. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Noriah atas penyempurnaan
penyampaian cenderamata sebentar tadi

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Ceramah CPR,


Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam ceramah ini

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur
bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian, wabillah hi Taufik wa hidayah Assalamualaikum wbth

Anda mungkin juga menyukai