Anda di halaman 1dari 2

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek


Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik
Safiah Karim et. al : 2004 : 246), kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan
makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.
Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata
bentuk ragam.

i) Kata Bantu Aspek


Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama
ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :
172). Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada
lampau,kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru,
pernah, sedang, masih, akan dan belum (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246).

ii) Kata Bantu Ragam.


Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246),
kata
bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu,
harus, mesti, boleh dan dapat.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan
perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini. (Nik Safiah Karim et.
al: 2004 : 172)

Kata Bantu Aspek Maksud Contoh Ayat


Menunjukkan
1. Kami sudah membaca buku itu.
Telah, sudah, pernah perbuatan yang telah
2. Dia pernah bekerja di kedai itu.
berlaku.
Menunjukkan 1. Khairi sedang menunggu kawannya 
Sedang, masih,
perbuatan yang sedang
tengah
berlaku.     di perhentian teksi.
Menunjukkan
1. Mereka akan bertolak ke Pahang
Akan, belum perbuatan yang akan
    pada esok pagi.
berlaku.

Kata Bantu Ragam Maksud Contoh Ayat


Menunjukkan sesuatu 1. Dia hendak membeli sebuah
Hendak, mahu, ingin.
keinginan atau tujuan.     motosikal.
1. Murid-murid harus mematuhi
Menunjukkan
Harus, mesti, perlu,     peraturan sekolah.
perbuatan yang mesti
wajib 2. Setiap warganegara mesti menjaga
dilakukan.
    kebersihan alam sekitar.
Menunjukkan
1. Kassim dapat mengangkat batu
Boleh, dapat keupayaan membuat
    yang berat itu.
sesuatu.
Menunjukkan
1. Pegawai itu mungkin bersinggah di
perbuatan
Mungkin
kebarangkalian atau
    gerai makanan Medan Selera.
kemungkinan.

Anda mungkin juga menyukai