Anda di halaman 1dari 5

CONTOH KARANGAN CEMERLANG DIMENSI DIRI

1. Dalam menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam


pelbagai bidang penting dalam kehidupan seseorang.
Huraikan ‘.

** Karangan di atas merupakan karangan dimensi diri dan ada perlu menulis
karangan di atas mengunakan ganti nama diri pertama iaitu saya.

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu
Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa
ilmu sangat penting dalam kehidupan saya sebagai manusia yang ingin berjaya
dalam kehidupan. Marcapada, jika saya tidak mempunyai ilmu, saya akan
ketinggalan dan akan mengalami kesusahan dalam kehidupan ketika saya
dewasa nanti. Jika saya tidak berilmu, saya boleh diibaratkan seperti katak di
bawah tempurung akan sentiasa ketinggalan dalam pelbagai aspek dalam
kehidupan sama ada aspek sosioekonomi, mahupun sosiobudaya. . Untuk
mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang
sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan. Bak kata peribahasa
Melayu, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang
melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan tuntutlah ilmu
sehingga ke nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi
bersuluh, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan dan saya perlu
berusaha untuk menggapainya, bak kata peribahasa Melayu genggam api
biarlah jadi arang, menjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan,
begitulah konsep sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk
mengembangkan ilmu di dada. Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu
mengubah kehidupan keluarga saya terutama untuk memecah kepompong
kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga saya mayapada.
Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan keluarga
saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan keluarga
saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama. Persoalannya,
bagaimanakah saya mampu untuk menambah ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang demi menyediakan kehidupan saya dan keluarga cemerlang
pada masa akan datang.

Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama saya iaitu cara saya
memperoleh ilmu pengetahuan iaitu melalui pembacaan. Hal ini kerana ayat
pertama yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad ialah
surah Al-Alaq...Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibrail dengan
berkata, 'Bacalah wahai Muhammad! ' Beliau bersabda: "Aku tidak pandai
membaca." Sabda Rasulullah lagi, lalu malaikat memegang dan memelukku
erat-erat, ketika aku merasakan kepayahan ia pun melepasku. Sudah terang
lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep membaca amat diutamakan selaras

1
dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail meminta Rasululah membaca
walaupun beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa beliau tidak tahu
membaca. Oleh sebab itu, sebagai khalifah di muka bumi saya sebagai
generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharusnya
membudaya membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada
zaman moden pelbagai cara membolehkan saya memperoleh ilmu dengan
membaca kerana membaca gedung ilmu . Kita boleh membaca
secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan seperti
bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Seyogia, pada zaman moden
ini, maklumat di hujung jari, dan dunia tanpa sempadan kerana saya boleh
melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan pelbagai peranti sama ada
dengan komputer riba atau gadjet terkini telefon pintar, dan cara pembacaan
ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh diperoleh
dengan pelbagai pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman
sesawang Youtube, atau melalui bahan berbentuk bahan bertulis sam ada
berbentuk powerpoint, atau melalui teks. Sekiranya saya cakna dengan
maklumat berkenaan sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang
berilmu diperlukan dalam kalangan masyarakat kotemporori dan saya akan
dihormati. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan membolehkan saya
meningkatkan ilmu pengetahuan terutama melalui pembacaan sama ada
secara konvensional iatu yang boleh saya dapati daripada buku, mahupun
menggunakan teknologi terkini menggunakan telefon pintar arau komputer riba.

Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan


minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci isi kedua iaitu cara saya
menuntut ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin
membakar diri untuk menerangi kehidupan pelajar, justeru adalah sangat
malang jika saya tidak mengambil pusing dengan tidak menumpu perhatian
kepada proses pengajaran guru. Selain itu, amalkan bertanya sekiranya kita
tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan dan
malu biarlah bertempat. Oleh sebab itu, saya sebagai pelajar
yang proaktif memerlukan saya sentiasa melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana dengan langkah sedemikian rupa saya
akan menjadi pelajar yang berjaya dan disayangi guru. Selalunya pelajar
dalam kategori ini akan sentiasa mengungguli tempat pertama dalam
peperiksaan, sama dijalankan oleh pihak sekolah atau peperiksaan umum
yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia . Bahkan konsep
mencatat setiap penerangan guru juga merupakan amalan terpuji kerana
adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar secara
spontan semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria telinga
untuk mendengar, deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari
jemari mencatat akan memudahkan proses memantapkan ingatan saya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru semasa di dalam kelas.
Menurut seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh
peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka

2
memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Selain itu, saya juga perlu mengelakkan diri saya daripada
melakukan perbuatan yang menimbul kemarahan guru seperti bersembang,
dan mengganggu proses guru semasa beliau mengajar
kerana konsentrasi guru akan hilang semasa mengajar apabila situasi
berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar dalam kategori ini akan berada di
belakang pelajar yang berjaya. Kesimpulannya, Jika saya tidak mampu
menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat yang
membusukkan ikan.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita harus tidak
menimbulkan masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat
merugikan. Jika saya selalu fokus pengajaran guru di dalam kelas dan sentiasa
menjaga hubungan dengan guru sudah pasti saya akan berjaya dalam
pelajaran. Tegasnya, sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya, saya
perlu memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas dan menjaga hubungan baik saya dengan guru.

Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata


kunci membentuk kumpulan belajar mampu meningkatkan kefahaman saya
terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai.
Sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan saya perlu
memilih anggota kumpulan yang akan membatu saya menguasai mata
pelajaran yang sukar untuk saya kuasai kerana berkawan biarlah ramai,
musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan untuk menjadi ahli
kumpulan belajar saya ialah mereka perlu sealiran dengan jiwa saya, supaya
saya boleh berbincang dengan mereka dengan kondusif, maksudnya biarlah
rakan kumpulan studi saya ini terdiri daripada rakan yang boleh membantu
saya berbincang berkaitan pelajaran di luar waktu persekolahan. Seterusnya,
rakan yang saya pilih perlu bervariasi kemahiran kerana impaknya kami boleh
saling membantu untuk menguasai setiap mata pelajaran yang tidak kami
kuasai. Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti
proses pembelajaran berkumpulan kami akan memberi impak maksima.
Contohnya rakan pertama saya mahir dalam mata pelajaran bahasa Inggeris,
dan saya pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan kedua saya pula
mahir mata pelajaran matematik, sementara rakan ketiga saya mahir mata
pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran
Biologi. Tepuk dada tanya selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap
sudah pasti aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping
perkongsian ilmu akan berkonsep menang menang dan semua ahli
kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai mata
pelajaran. Peribahasa Melayu ada mengatakan "Kawan ketawa senang
dicari, kawan menangis sukar dicari." Sekiranya saya mampu membentuk
kumpulan belajar yang ideal seperti saya nyatakan di atas, saya akan mampu
berjaya dalam pelajaran. Konklusinya, saya akan cuba membentuk kumpulan
belajar sealiran dengan jiwa saya agar mampu meningkatkan kefahaman saya
terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai.

3
Seterusnya, saya akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk
pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih
pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama
kejayaan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Hali ini
kerana mereka telah menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan
minat dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan
untuk menerangi kehidupan serta kesejahteraan masyarakat serata alam.
Antara nama pengarang tersohor Islam yang perlu kita contohi seperti Ibnu
Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA
atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh
Muhammad Amarullah. Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu
perlu perlu saya jadikan budaya dalam kehidupan sayaa. Contohnya Ibnu Sina
seorang ulama tersohor Islam malah pakar dalam bidang perubatan sehingga
hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa latin, Hebrew dan bahasa
Inggeris. Oleh sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan
di situ ada jalan. Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah
beliau telah menemui pengaruh kuman dalam penyakit seperti penyakit
rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi
ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai penyembuhan pelbagai jenis
penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai
pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini.
Intihanya, pemilihan buku bacaan terutama hasil karya ilmuan Islam tersohor
mampu meningkat usaha saya untuk menghasilkan penemuan baru dalam apa
juga bidang ilmu terutama untuk kejahteraan masyarakat negara malah untuk
masyarakat dunia amnya.

Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi


kelima iaitu untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu mengikuti kelas
tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sebagaimana kita sedia
maklum, pusat tuisyen boleh menjadi medan untuk saya meningkatkan
pengetahuan ke arah menjadikan seorang pelajar berjaya dalam pelajaran.
Setiap tahun, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan di
situ saya boleh menimba pelbagai ilmu tambahan terutama untuk
meningkatkan kemahiran saya terhadap mata pelajaran tertentu yang sukar
saya fahami. Kenapa situasi ini berlaku? Antaranya, ibu bapa dan pelajar sedia
maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat tuisyen adalah dalam
kalangan guru-guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka
menjadi penyemak kertas peperiksaan berdasarkan bidang ilmu mereka,
justeru ibu bapa berusaha untuk melaburkan duit mereka untuk kecemerlangan
anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen.
Tindakan ibu bapa ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut.
Kebiasaannya guru-guru berpengalaman di pusat tuisyen akan mempermudah
dan mendedahkan cara-cara untuk saya menjawab soalan, terutama item-item
soalan sukar untuk saya fahami. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang
berjaya mencapai keputusan cemerlang adalah dalam kalangan pelajar yang

4
mengikuti kelas tuisyen. Selain itu, budaya sekolah cemerlang, sentiasa
mengadakan program kecemerlangan dengan menjemput guru-guru
cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput guru-guru
cemerlang dari luar daerah dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk
menjadi tenaga penceramah berkenaan adalah kalangan guru berpengalaman
terutama menjadi penyemak kertas mata pelajaran berkenaan. Dalam
kalangan ibu bapa pula, mereka sentiasa menyokong sebarang usaha pihak
pentadbir sekolah untuk mengadakan program kecemerlangan untuk anak-
anak mereka. Sokongan ibarat aur dengan tebing, antara pihak sekolah
dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan Ibu Bapa Guru, apatah lagi jika ada
usaha secara kolaborasi dengan Ahli Dewan Undangan Negeri setempat
sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak yang maksimun.
Kesimpulannya, untuk menambah ilmu pengetahuan saya akan sedaya upaya
akan mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah
untuk kecemerlangan saya dalam pelajaran.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah, pendekatan boleh saya lakukan


untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai mana perbicaraan di atas,
ilmu pengetahuan boleh diperkembangkan antaranya saya perlu
membudayakan membaca dalam kehidupan seharian saya, di samping itu,
saya perlumemberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam kelas, membentuk kumpulan belajar yang mampu meningkatkan
kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang
saya tidak kuasai, pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat
penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan
dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan
ilmu pengetahuan, dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan
pelajar, saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan
anjuran sekolah. Sudah terang lagi bersuluh, yang pipih tidak akan datang
melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek, menjolok pekasam
biarlah sampai ke pangkal lengan untuk menggapai kecemerlangan ilmu
pengetahuan, justeru untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu berusaha
bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai