Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN RESPONS TERHAD - Usaha-usaha menjalani kehidupan yang

sihat.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bangunanbangunan pencakar langit yang megah berdiri di Malaysia telah berjaya
mengangkat nama Malaysia, iaitu sebuah negara membangun di persada
antarabangsa. Tempias arus deras globalisasi yang melanda dunia pada hari
ini turut dirasai oleh masyarakat pascamoden di Malaysia, sehingga rata-rata
daripada komuniti kita bersifat lebih mementingkan kejayaan dan
kecemerlangan berbanding kesihatan diri kita sendiri. Harus diingat bahawa
kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, malahan
pepatah
Inggeris
ada
mengungkapkan
bahawa kesihatan
adalah
kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat
dunia. Menyedari hakikat ini, kita haruslah mengambil langkah-langkah
pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat.
Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah kita
seharusnyamengamalkan pemakanan secara seimbang berlandaskan piramid
makanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan . Hal ini demikian
kerana kuantiti atau kadar makanan yang kita ambil sehari-hari akan
mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa hadapan. Setiap makanan
mengandungi gizi atau khasiat yang berbeza-beza, penting untuk tubuh badan
dan harus diambil secara seimbang. Biar saya mengemukakan contoh,
karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana nutrien ini
membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Sementelahan itu, sayursayuran dan buah-buahan wajar diambil dalam kuantiti yang agak banyak
kerana makanan tersebut merupakan sumber fiber atau serat dan vitamin
yang merupakan elemen-elemen penting dalam mengekalkan kesihatan badan.
Sehubungan dengan itu, kita juga disarankan agar minum air sekurangkurangnya 8 gelas sehari kerana proses biokimia dalam tubuh kita
memerlukan air bagi melancarkannya. Protein dan lemak sepatutnya dikawal
atau dihadkan pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang
kronik seperti obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Tegasnya,
amalan pemakanan secara seimbang dapat menyihatkan tubuh badan kita.
Selain itu, kita harus menjalani kehidupan yang sihat
dengan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya selama 30 minit dan
dilakukan tiga kali seminggu. Aktiviti riadah seperti bermain badminton,

bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat


meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang. Sejajar dengan isu
ini, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda, ajarlah anakmu
berenang,
memanah
dan
menunggang
kuda,
yang
secara izharnya menunjukkansignifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah
ini. Setelah bersukan, kita akan mendapati bahawa kita mengalami
perpeluhan serta berasa lebih sihat dan cergas. Badan kita semestinya akan
menjadi lebih aktif setelah mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui
proses perkumuhan tersebut. Pada waktu malam, kita akan berasa letih
serta ingin mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur. Impaknya, kita
tentunya akan dapat tidur dengan nyenyak dan tidaklah mengalami penyakit
insomnia, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan pesakitnya sukar tidur
malam. Justifikasinya, melalui gaya hidup sihat seperti bersenam dan
berehat dengan secukupnya, kita dapat menghindarkan diri daripada
menghidapi pelbagai jenis penyakit.
Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat tidak sekadar berhenti
di situ.
Bagi memastikan tubuh badan kita sihat, kita perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali. Pendekatan ini adalah sangat penting bagi mengesan dan
mengenal pasti sebarang penyakit yang kita hadapi sama ada kita sedar
ataupun tidak. Langkah ini merupakan langkah awal yang sinonim dengan
memoir peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.
Sebelum penyakit berbahaya bersarang dan bermaharajalela dalam tubuh
badan kita, doktor dapat mencegah penyakit itu daripada terus membelenggu
diri kita. Sesungguhnya, bijak pandai ada mengungkapkan bahawa mencegah
adalah lebih baik daripada mengubati. Deduksinya, pemeriksaan kesihatan
secara berkala mampu menjamin kesihatan tubuh badan kita.
Sebagai intihanya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah
mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka.
Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa kesihatan tidak dapat dibeli oleh
emas dan permata. Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar
kemewahan dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira bagi
menjamin kebahagiaan hidup kita di bumi yang fana ini. Peribahasa Melayu
ada menyebut bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya, yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih mengutamakan
kesihatan diri sebelum penyakit datang menyinggah agar tidak menyesal pada

hari kemudian. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru amalan gaya
hidup sihat mahu dipraktikkan. Harus kita sedar bahawa penjagaan kesihatan
merupakan pelaburan yang menguntungkan bagi menjamin kehidupan hari esok
yang lebih sejahtera.
[617 patah kata]

Karangan SPM 2013...Punca Jenayah Terhadap Wanita Semakin Meningkat?


Jenayah terhadap kaum wanita semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Sesetengah pihak menyatakan bahawa kejadian ini berpunca daripada sikap
wanita sendiri.
Ulas pernyataan di atas.
Masalah jenayah terhadap kaum wanita memang semakin bertambah saban
tahun jika laporan statistik pihak polis digunakan sebagai garis panduan.
Berita media massa juga turut membuktikan berlakunya peningkatan jenayah
sebegini. Ada pihak yang menganggap masalah jenayah ini banyak disebabkan
oleh sikap wanita itu sendiri yang seolah-olah memberikan gambaran wanita
negara ini sengaja sahaja mencari masalah. Jadi, sebelum kita menuding jari
ke arah wanita sahaja, eloklah kita menyelidik pelbagai faktor yang turut
menyebabkan peningkatan kadar jenayah ini.
Memang ramai yang beranggapan sikap wanita yang mudah percaya, tidak
berhati-hati ketika di luar rumah dan sebagainya yang menyebabkan
berlakunya peningkatan jenayah terhadap mereka itu. Pihak polis ada
memberitahu bahawa penjenayah menggunakan taktik meminta pertolongan
sebelum melakukan jenayah terhadap orang yang membantu mereka itu dan
biasanya wanitalah yang menjadi mangsa. Namun, persepsi sebegini agak
berat sebelah kerana semua manusia baik lelaki atau wanita pasti akan
melakukan kesilapan juga.
Peningkatan jenayah terhadap wanita berlaku kerana kesempitan hidup yang
dialami oleh masyarakat di negara ini. Ada sesetengah pihak yang suka
berbelanja besar dan impian tinggi tetapi tidak mempunyai pendapatan yang
tinggi menggunakan jenayah sebagai cara untuk mengaut keuntungan yang
berlipat kali ganda itu. Jenayah yang mereka lakukan itu tidak mengira

mangsa tetapi wanita menjadi sasaran utama kerana jantina itu dianggap
lemah pula. Maka, jenayah wanita berlaku bukan kerana diri mereka sahaja
tetapi kerana keadaan kehidupan yang begitu sukar buat sesetengah pihak.
Selain itu, faktor media massa yang sering menyiarkan drama, filem dan
program yang mengandungi banyak adegan ganas telah mempengaruhi
penonton. Semua adegan yang ditonton oleh mereka ini akan dipelajari lalu
ditiru ketika mereka melakukan jenayah kerana sudah nampak keberkesanan
strategi itu dalam media massa tadi. Jenayah menculik, ragut, bunuh dan
rompak semuanya boleh dipelajari menerusi media massa dengan mudah.
Sesungguhnya, jenayah berlaku bukan kerana wanita tetapi kerana media
massa telah terlalu banyak menyiarkan program jenayah yang sebegini.
Beberapa ahli psikologi turut bersetuju bahawa banyak kes jenayah berlaku
kerana faktor psikologi seseorang itu. Kebanyakan penjenayah mengalami
trauma dalam kehidupan mereka seperti pernah didera, masalah keluarga,
bebanan hutang dan rasa rendah diri yang keterlaluan serta semua ini
memberikan impak dalam penilaian mereka ketika membuat sesuatu
keputusan tersebut. Biasanya tindakan yang mereka ambil itu terlalu ganas
atau di luar kawalan diri mereka sehingga mereka hanya berasa menyesa
setelah melakukan kesalahan jenayah itu tetapi sudah terlambat. Dalam
kebanyakan kejadian, wanitalah yang menjadi mangsa mereka melepaskan
perasaan tekanan psikologi mereka itu.
Kesimpulannya, memang banyak jenayah berlaku terhadap kaum wanita tetapi
perkara buruk itu berlaku bukan disebabkan sikap wanita semata-mata
sahaja. Semua pihak perlulah lebih sensitif dan tidak melihat wanita sengaja
mencari masalah sahaja kerana pandangan berat sebelah sebegini tidak
mampu menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku. Sebaliknya, pandangan
negatif sebeginilah juga yang menjadikan penjenayah semakin berani untuk
melakukan jenayah terhadap wanita kerana sedar masyarakat sering
menyalahkan wanita apabila berlakunya jenayah. Kita hendaklah melihat
penjenayah sebagai satu golongan yang harus menerima hukuman yang
setimpal kerana merekalah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku
itu. Janganlah kita marahkan nyamuk habis kelambu dibakar kerana tindakan
itu pasti akan memberikan impak yang bertentangan dengan kehendak
masyarakat semua.

KARANGAN CONTOH TERBAIK 24 - CARA-CARA MENGHARGAI JASA


DAN PENGORBANAN GURU
Contoh soalan:
Guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam mendidik pelajar menjadi
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai pelajar, jelaskan
cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.

Analisis soalan
Tema : jasa dan pengorbanan Guru
Arahan : menjelaskan cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru
Format : tiada (Huraian)

Model karangan contoh terbaik

Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Demikianlah indahnya bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk


Usman Awang mantan Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk
Guru Oh Guru. Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru
sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi mendidik anak

bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelektual dan sosial seterusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang. Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa
kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan
sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya.
Justeru, memang

tidak dapat disangkal lagi golongan guru merupakan

barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan rakyat yang
berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk kepimpinan
negara ke arah kemajuan. Seterusnya generasi inilah yang bakal memacu
pembangunan negara agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju.
Begitulah besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar
guru. Oleh itu, apakah cara dan wadah yang paling bermakna dapat dilakukan
oleh seseorang pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan gurunya?

Memang tidak dapat dinafikan, golongan pelajar merupakan individu yang


paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan
menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika
sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putusputusbagai air sungai yang mengalir. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru
umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar
sejurus

selepas

sesi

persekolahan

bermula

sehinggalah

usai

sesi

persekolahan. Juseru pelajar mesti bergaul dengan guru persis seperti


mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Sebagai pelajar, mereka perlu
berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka berada.
Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi
pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh,
perbuatan memberi salam, mengucapkan salam sejahtera, serta ucapan

terima kasih perlulah sentiasa bermain di bibir seorang pelajar. Bahasa yang
sopan dengan nada suara yang lemah lembut semasa berkomunikasi adalah
amat dituntut daripada pelajar kerana adalah tidak wajar seseorang pelajar
meninggikan suara di hadapan gurunya. Hormatilah guru sebagaimana kita
menghormati ibu bapa. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati
guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru yang
menjalankan tugasnya. Segala arahan dan suruhan guru dipatuhi. Tegasnya,
berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi
menghargai

guru

yang

mengajar

serta

mendidik

kita.

Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai


bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai
jasa seorang guru. Guru mana yang tidak gembira apabila anak didiknya
mengukir

kejayaan

dalam

peperiksaan.

Hati guru

yang

mana

yang

tidakberbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam peperiksaan.


Justeru,

Belajar

bersungguh-sungguh

bukan

sahaja

penting

untuk

kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu menggembirakan


hati seorang guru serta turut dapat mengharumkan nama sekolah.
Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat menyejukkan hati guru
yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu bertungkuslumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia(STPM).

Kejayaan yang tercipta

diumpamakan sebagai hadiah berharga serta memastikan jerih payah guru


tidak sia-sia dan berlalu begitu sahajaibarat mencurahkan air ke daun
keladi ataupun mencurahkan garam ke laut.Dalam hal ini, pelajar seharusnya

sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan
yang

tercipta

tetapi

cukup

sekadar

ucapan

terima

kasih.

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para


pelajar seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan
kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah.
Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar kerana pelbagai
perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di luar
kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para
pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal
ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme,
vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap
terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua guru di seluruh
negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinismasyarakat terhadap tugas dan
peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan
perbuatan yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala
negatif selepas tamat masa persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi
disiplin umpama memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak
berjasa.

Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang


terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan
mulia. para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun
mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita boleh menghargai jasa

guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun.
Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan
tidak sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semasa sambutan Hari
Guru, para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit
hadiah atau cenderamata kepada guru-guru yang mengajar mereka sebagai
menyatakan terima kasih kepada insan yang diibaratkan lebah yang
menghimpunkan

madu

kepada

mereka.

Hadiah

yang

diberikan

tidak

semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah


disertai dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah,
ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.
Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua balasan daripada anak
didiknya walaupun telah banyak ilmu dicurahkan kepada bakal pemimpin
negara pada masa depan ini.

Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga


cara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia
tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya
guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan
sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka
menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan perasaan simpati
ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka
sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati
terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita
perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung.
Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang, budimu disanjung' bukanlah
sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh
para pelajar. Dengan berbuat demikian kita dapat mengurangkan beban dan
masalah yang dihadapi guru. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan
ganjaran atas kebaikan yang kita berikan.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan
kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan
kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali
ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita
perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan
daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka
akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan
sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan
agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh.
Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang
sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk
kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak
berjasa kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang
terus mewangi mengiringi kejayaan seseorang anak didikmu'.
Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai
oleh setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan
seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka
segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita
mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang berkaliber
dan tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar
untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya bagi mencapai wawasan
negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama
menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat
keberkatan daripada Tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di
bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

Anda mungkin juga menyukai