Anda di halaman 1dari 12

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan

Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna


tertentu.

Terdiri daripada beberapa bentuk:


1. Apitan meN......-kan dan meN............-i
Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan
Contoh Apitan meN....-kan dan meN... -i:

membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,

melayani, merawati, mengetuai


2.Apitan ke-..............-an
Boleh membawa beberapa maksud:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :

kesakitan, keletihan, kemuraman

kenakalan, kesempitan
3.Apitan peN-....-an
Merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :

pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan

4. Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan


Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :

dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat:

Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.

Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.

Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.

Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

5.2. IMBUHAN APITAN


PERKARA
IMBUHAN APITAN
4.2.1

KETERANGAN
Imbuhan apitan bermaksud imbuhan awalan dan akhiran yang mengapit sesuatu kata dasar.
Proses pembentukan apitan meN-...-kan dan meN-...-i mempunyai persamaan dengan proses

Apitan:

pengimbuhan awalan meN-, cuma diikuti dengan akhiran -kan atau akhiran -i. Secara umumnya, kata dasar

meN-.......-kan,

yang menerima apitan meN-...-kan atau meN-...- i akan membentuk kata kerja transitif yang biasanya

meN-.......-i
Contoh

diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama.


Kata Akar
( a ) naik

Imbuhan Apitan
= menaiki

Contoh Ayat
Kami menaiki bas untuk pergi ke sekolah. Pengawas

(b ) hadiah

= menaikkan

itu menaikkan bendera sekolah.

= menghadiahi

Ayah menghadiahi ibu sejambak bunga.

= menghadiahkan

Ayah menghadiahkansejambak
bunga kepada ibu.

( c ) cari

= mencari

Dia mencari kucingnya yang hilang itu.

= mencarikan

Dia mencarikan saya kunci kereta yang hilang


itu.

Daripada contoh di atas, didapati kata kerja yang berapitan meN-.........kan atau meN-...-i terdiri
daripada dua jenis iaitu:
i) yang menerima satu objek
ii) yang menerima dua objek

Situasi Pertama : Menerima Satu Objek:meN-...-kan atau meN-...-i dengan satu objek (kadang kala akhiran -i digugurkan
Kata dasar yang menerima apitan tersebut wujud dalam keadaan berikut:
Subjek

Kata Kerja

Objek

Contoh:i.

Kami menaiki bas ke sekolah setiap hari.

ii.

Pelajar itu menaikkan bendera sekolah ketika lagu sekolah dinyanyikan.

iii.
iv.
v.

Saya akan menghadiri majlis itu.


Saya akan menghadirkan diri ke majlis itu.
Ayah mencuci kereta pada hari minggu.

Situasi Kedua : Menerima Dua Objek


meN-...-kan atau meN-...-i dengan dua objek (kadang kala akhiran -i digugurkan) Kata dasar yang
menerima apitan tersebut wujud dalam bentuk berikut:
(a)

Subjek + Kata kerja

+ Objek 2
(Objek sipi)

(a)

Subjek +

Kata kerja

+ Objek 1
( Objek tepat)

+ Objek 1 + (kata sendi) + Objek 2


(Objek tepat)

(Objek sipi )

** Perbincangan tentang perkara di atas perlu diperhalusi supaya pelajar tidak


keliru. Oleh sebab itu, di bawah akan dibincangkan kedua-dua imbuhan apitan
berkenaan.

PERKARA
Apitan
meN-.......kan.

(a)
Subjek
Contoh ayat:a)
b)
c)
d)

Kata kerja

KETERANGAN
+ Objek 2
+ Objek 1

Hasnah membelikan Asri sebuah buku.


Ahmad mencarikan Pak Husin ubat sakit pinggang.
Kakak menjahitkan ibu sehelai baju.
Guru membacakan murid-muridnya karangan terbaik.

Apitan meN.......-kan di atas membawa maksud benefaktif atau manfaat atau manfaat.
Dalam ayat di atas membawa dua objek
Dari segi huraian, objek 1 ialah objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut

sebagai objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut sebagai objek
sipi.
Subjek

Prediket
Objek Tepat

Hasnah membelikan
Ahmad mencarikan
Kakak menjahitkan
Guru membacakan
Aminah membuatkan

Asri
Pak Husin
ibu
murid-muridnya
Ali

Objek Sipi
sebuah buku
ubat sakit pinggang
sehelai baju
karangan terbaik
secawan kopi

Sebagai petunjuk untuk mengesan sesuatu objek itu objek tepat atau objek sipi ialah
proses pasif kerana dalam bahasa Melayu hanya objek tepat yang boleh mengalami
proses pasif, iaitu proses mengedepankan objek asal menjadi subjek hasil terbitan ayat
pasif.
Buktinya melalui bentuk ayat pasif ayat seperti di bawah:Prediket
Subjek
Objek Tepat
Kata
Objek Sipi
Send
i
Asri dibelikan
sebuah buku
oleh
Hasnah
Pak Husin
ubat sakit
oleh
Ahmad
dicarikan
pinggang
Ibu dijahitkan
sehelai baju
oleh
ibu
Murid-murid
karangan yang
oleh
guru
dibacakan
terbaik
Ali dibuatkan
secawan kopi
oleh
Aminah
Sebaliknya, objek sipi tidak boleh mengalami proses pasif iaitu mengedepankan objek sipi
menjadi subjek seperti perbincangan di atas.
Prediket
Subjek
Objek Tepat
Kata
Objek Sipi
Send
i
Sebuah buku
Asri
oleh
Hasnah
dibelikan
Ubat sakit
Pak Husin
oleh
Ahmad
pinggang dicarikan
Sehelai baju
ibu
oleh
kakak
dijahitkan
Karangan yang
murid-muridnya
oleh
guru
terbaik dibacakan
Jelasnya, objek sipi tidak boleh mengalami proses pasif untuk menjadi subjek dalam ayat. Dengan
kata lain, binaan ayat di atas tidak gramatis dalam bahasa Melayu.
Peringatan:
Namun pelajar perlu memahami makna fungsi apitan meN......kan.
Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..........-kan menghasilkan kata kerja transitif
dengan:a) maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar:Contoh:-

i Yayasan itu merancang Projek Ikhtiar.


ii Mereka merundingkan hal itu dengan keluarga masing-masing.
iii Para peneroka mendirikan rumah secara gotong-royong.
v Dia menyakinkan saya tentang kebenaran cerita itu.
b) maksud kausatif atau menyebabkan,
Contoh:i Encik Ali membesarkan rumahnya.
ii Perbuatan pemuda itu memalukan keluarganya.
iii Berita itu mendukacitakan kami.
v Kami memanjangkan hubungan silaturahim dengan mereka.
vi Ahli pengakap itu menaikkan bendera pasukan yang menang.
c) maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat di bawah memerlukan dua objek.
Contoh:i Ayah membelikan adik buku.
ii Saya memasakkan tetamu gulai ikan.
iii Aminah menjahitkan adiknya seluar pendek.
v Kakak membuatkan Ali secawan kopi.
vi Anak itu membacakan bapanya telegram
PERKARA
Apitan
meN...............

(b) i Subjek +

Kata kerja

ii Subjek +

Kata kerja

KETERANGAN
Objek 1 + (kata sendi) +
(Objek tepat)
Objek 2 + (kata sendi) +
(Objek tepat)

Objek 2
(Objek sipi )
Objek 1
(Objek sipi )

Dalam perbincangan di atas, imbuhan apitan meN.....-kan akan berubah jika kata kerja akhiran
kan digugurkan dan pada ketika itu objek tepat akan berubah kedudukan ke bahagian belakang
ayat, sementara objek sipi akan berubah kedudukan menjadi objek tepat selepas kata kerja dan
menerima kata sendi untuk atau kepada.
Contohnya perubahan objek yang dapat dilihat contoh ayat-ayat di jadual ( a ) dan jadual
( b ).
JADUAL A
Subjek

Prediket
Objek Tepat

Objek Sipi

Hasnah membelikan

Asri

sebuah buku

Ahmad mencarikan

Pak Husin

ubat sakit pinggang

Kakak menjahitkan

ibu

sehelai baju

Guru membacakan

murid-muridnya

karangan terbaik

Aminah membuatkan

Ali

secawan kopi

JADUAL B
Prediket
Objek Tepat
Hasnah membelikan
Ahmad mencari
Kakak menjahit
Guru membaca

sebuah buku
ubat sakit
pinggang
sehelai baju
karangan terbaik

Subjek
Kata
Sendi
untuk
untuk

Asri.
Pak Husin

untuk
kepada

ibu
murid-muridnya

Objek Sipi

Perbezaan fungsi imbuhan apitan meN-.....-kan, dan meN-..........-i dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada tiga, iaiitu:i) Fungsi apitan meN......-kan menandakan kausatif iaitu mendukung maksud makna tatabahasa
yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat. Kaitan ini bagi tujuan menandakan perbuatan yang
menyebabkan sesuatu keadaan atau kejadian yang berlaku.
Sementara fungsi apitan meN-.........-i menandakan lokatif iaitu bermaksud makna tatabahasa yang
berkaitan dengan imbuhan dalam ayat yang menandakan tempat
Kesimpulannya:kata kerja meN-......-kan diikuti
objek tidak bernyawa.
kata kerja meN-......-i diikuti
objek bernyawa.
berlakunya sesuatu perbuatan, contoh:1 a) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.
b) Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
2

a) Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu.


b) Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih.

a) Baginda mengurniakan bintang kehormatan kepada Ali.


b) Baginda mengurniai Ali bintang kehormatan.

ii) Perbezaan kata kerja meN-.....-kan, dan meN-..........-i adalah dari segi objek tepat yang diterima
selepas
kata kerja berkenaan:a) meN-.....-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa.
b) meN-..........-i lazimnya menerima objek bernyawa.
Contoh:i) Ali memberi kucingnya makan.
ii) Ali memberikan makanan kepada kucingnya.
iii) Bagi sebilangan kata kerja apitan meN-.....-kan, dan meN-..........-i, penggunaannya adakala tidak
mempunyai perbezaan:1. a)
b)

Ali sedang membaiki keretanya yang rosak.


Ali sedang membaikkan keretanya yang rosak.

2. a)
b)

Mereka cuba melupai peristiwa itu.


Mereka cuba melupai peristiwa itu.

A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja berimbuhan meN......, meN-........-kan, atau
meN-.......-i
dengan betul berdasarkan perkataan di dalam kurungan.
1.

saya sepucuk Surat.

2. Dia

saya sebuah hadiah yang menarik

3. Emak

(tidur)

kejujuran gadis itu.

(ragu)

_ kesalahan yang telah dilakukannya.


tilam itu semalam?

7. Ayah

(beli)

adik di dalam buaian.

4. Saya
5. Dia
6. Siapakah

(kirim)

(aku)
(tidur)

buku itu ke dalam laci.

8. Saya

ibu buku itu dari almari.

9. Kakak
10. Adik

baju itu untuk ibu.


ibu sehelai baju kurung yang sangat cantik.

(masuk)
(ambil)
(gosok)
(jahit )

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan imbuhan meN-, meN-...-i, atau meN-...kan berdasarkan
perkataan yang disediakan.
1 kurnia
(a) Baginda____________________ pingat kebesaran kepada tokoh budaya itu.
(b)

Baginda____________________ sasterawan itu pingat kebesaraan.

2 jatuh
(a) Mahkamah________________ hukuman penjara seumur hidup terhadap pesalah itu.
( b ) M a h k a m a h ______________________ pesalah itu hukuman yang sungguh berat.

3 kotor
(a)

Siapakah yang telah__________________ kawasan peranginan itu?

(b)

Sampah sarap yang

kawasan itu menjejaskan imej negara ini.

4 merah
(a)

Gadis itu___________________ bibir nya agar kelihatan anggun di majlis itu?

(b)

Abang____________________ bajunya schingga kelihatan seperti terkena darah.

5 datang
(a)

Amalan merokok akin _______________ pelbagai kesan negatif terhadap kelihatan.

(b)

Penduduk kampung itu _________________ rumah penghulu untuk menziarahinya.

6 waris
(a)

Hartawan itu

semua kekayaannya kepada rumah anak-anak yatim.

(b)

Beliau____________________ bakat nyanyian itu daripada ibu bapanya.

7 jalan
(a)

Baginda akan____________________ pembedahan jantung di Institut jantung Negara.

(b)

Doktor pakar itu akan___________________ pembedahan terhadap pesakitnya.

8 kurang
(a)

Pembinaan lebuh raga itu bertujuan untuk ________ kesesakan jalan raya di situ.

(b)

Peniaga itu ___________ sayer sebanyak sepuluh peratus daripada harga asalnya.

9 masuk
(a) Para pelajar ___________ buku-buku ke dalam beg sebaik sahaja loceng berbunyi.
(b)

Ayah

biliknya untuk berehat setelah penat bekerja sepanjang hari.

10 jejak
(a)

Ramlan baru pertama kali ______________________ kaki di tempat itu.

(b)

Pemburu itu menyusuri denai untuk

tempat persembunyian rusa.

5.2.2

Apitan peR-...........-an dan peN-........-an

PERKARA
Apitan
peR-.....an
peN-.....-an
Contoh

KETERANGAN
Apitan ini mempunyai persamaan dengan bentuk awalan peR- dan peN- cuma
diser tai akhiran -an bagi membentuk apitan. Namun, kedua-dua apitan ini
mempunyai fungsi yang berbeza walaupun bertugas sebagai pembentuk kata
nama terbitan. Oleh itu, penggunaan peR- perlu dirujuk pada, beR- manakala peNperlu dirujuk pada meN-....

Kata dasar
gabung
satu
air

Apitan peR-...-an
pergabungan
persatuan

perairan

Apitan peN-...-an
penggabungan
penyatuan ( s= ny )
pengairan

A Tuliskan imbuhan peR-...........-an dan peN-........-an pada perkataan condong yang diberi
untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1.

Kerja-kerja dalam sungai itu dilakukan untuk mengatasi masalah banjir.

Kebanyakan penduduk di kawasan dalam masih miskin dan ketinggalan.

Laksana projek pembangunan itu membantu meningkatkan ekonomi di situ.

Lantik lembaga pengarah syarikat itu disokong oleh semua pihak.

Letak jawatan Perdana Menteri menyebabkan harga saham merudum.

Satu penduduk di situ bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong-royong.

Proses satu penduduk di negara ini berjaya dilakukan dengan berkesan.

Temu antara kedua-dua pemimpin yang bertelagah itu mencapai jalan buntu.

Temu telaga minyak memberi harapan baharu kepada penduduk di negeri itu.

10

Pusat kembang bahasa itu ditubuhkan bagi memantapkan bahasa rasmi kita-

11 Langkah kembang sayap syarikat itu dipersetujui oleh lembaga pengarahnya.


12

Kawasan air yang luas memudahkan pendatang asing masuk ke negara kita..

5.2.3

APITAN memper-...............-i

dan memper-..........-kan

PERKARA

KETERANGAN

Apitan
memper-..........-i,
memper-..........-kan
Contoh

Apitan ini akan berubah menjadi mempel- atau mempe- diikuti akhiran -i
atau akhiran -kan berdasarkan kata dasar yang digunakan dan biasanya
mempunyai perkaitan dengan awalan peR-. Kedua-dua apitan ini berfungsi
sebagai kata kerja aktif transitif.
mempersenjatai,
mempertuani,
memperbaiki, memperingati,
memperhambai,
memperdengarkan, mempertontonkan,
memperdagangkan, memperhatikan, memperlakukan, memperlarikan,
memperkenalkan, mempersembahkan, mempergayakan memperjuangkan,

Peringatan:
Kata dasar bagi apitan ini boleh terdiri daripada pelbagai kata, namun tidak boleh hadir bersama-sama dengan
kata adjektif dan kata tugas khususnya kata sendi.

Betul

Kata dasar
besar
cantik
lurus
maju
oleh

Salah

memperbesar
mempercantik
memperlurus
mempermaju
memperoleh

membesarkan
mencantikkan
meluruskan
memajukanmendapat

memperbesarkan
mempercantikkan
memperluruskan
mempermajukan
memperoleh

Perlu juga dibezakan perkataan yang menerima apitan memper-...-kan yang seolah-olah kata
adjektif tetapi sebenarnya hanya menerima apitan meN-... -kan.

Contoh:memperlahankan

meN-

+ perlahan + kan

Terdapat juga perkataan yang menerima memper-...-i


dasar bukan kata adjektif atau kata tugas.
mempersuamikan
memperisterikan

=
=

memper
memper

tetapi akhiran -i digugurkan walaupun kata

+ suami +
+ isteri +

i ( huruf i digugurkan)
i ( huruf i digugurkan)

LATIHAN
Tuliskan imbuhan memper-, memper-......-i, atau memper-.......kan pada perkataan yang
berhuruf condong dalam ayat-ayat di bawah.
I Kerja-kerja dalam sungai itu masih giat dilakukan.
2 Kerajaan bercadang untuk luas skim bantuan kepada penduduk ke seluruh negara.

3 Penyanyi terkenal itu bersedia untuk dengar suaranya yang merdu itu.
4 Penjenayah itu lari keretanya apabila dikejar polis.
5 Kakak bercadang untuk suami lelaki tampan itu.
6 Ayah mengadakan kenduri itu untuk isteri abang dengan gadis pilihannya.
7 Mesyuarat itu bertujuan untuk satu semua pihak yang bertelagah.
8 Dia kenal dirinya kepada kami pada hari pertama kami bersua dengannya.

5.2.4 APITAN beR-........-an dan beR-........-kan


PERKARA
Apitan
beR-.......-an,
beR-.......-kan
Contoh

KETERANGAN
Kedua-dua apitan ini berupaya membentuk kata kerja tak transitif dan proses
perubahan Yang berlaku bergantung pada huruf awal bagi kata dasar yang
digunakan. Perubahan tersebut adalah sama dengan awalan beR-, iaitu be-, bel-,
atau kekal sebagai her- dan diikuti dengan akhiran -an atau -kan.
beR- + kata dasar + -an
=
berterbangan,
berterusan,
berkejaran, berlarian, bersendirian,
berkaitan, berkibaran, berpautan.
(biasanya diikuti dengan kata sendi nama)
beR- + kata dasar + -kan
=
berdasarkan, berpandukan, berprinsipkan, berpaksikan, berlandaskan,
beratapkan, berselimutkan, bersuamikan, berkonsepkan (mesti diikuti
pelengkap)

Peringatan;
Perkataan berapitan beR-...-kan tidak boleh diikuti dengan kata sendi nama sebaliknya
mesti diikuti dengan pelengkap. ( Sila rujuk kata kerja intransitif beR-....--kan)
Contoh:
Betul
berpandukan peta
berpaksikan kebenaran

Salah
berpandukan pada peta
berpaksikan dengan kebenaran

berdasarkan penerangan

berdasarkan pada penerangan

Anda mungkin juga menyukai