Anda di halaman 1dari 21

KATA KERJA TRANSITIF

• Kata kerja yang diikuti oleh objek/penyambut


untuk melengkapi maksudnya.

• Objek – dalam kata kerja transitif terdiri daripada


frasa nama.
Kata kerja transitif wujud dalam pelbagai bentuk:

• Tanpa imbuhan --- hanya makan dan minum.


• Berimbuhan meN --- menulis, membaca.
• Berimbuhan meN……kan --- memulangkan, memadamkan.
• Berimbuhan men……i --- menghadiahi, menganugerahi.
• Berimbuhan memper --- memperkukuh, memperbodoh.
• Berimbuhan memper…….kan --- mempertemukan, mempersatukan.
i) Kata Kerja Transitif Asal

• Perkataan yang asal mulanya memang susah menyatakan perbuatan yang


melibatkan sesuatu yang lain untuk menyempurnakan maksudnya.

• Kata nama yang menyertai perbuatan disebut OBJEK:


menendang bola, mengambil surat khabar, memotong buah,
membeli baju dan mengurus syarikat
ii) Kata kerja transitif terbitan

• kata kerja yang diterbitkan daripada kata nama, kata adjektif atau kata
kerja tak transitif – sama ada asal mahupun terbitan – melalui imbuhan –
kan atau –i:
• menghadiahkan, menghadiahi, menyekolahkan, mengetuai,
memutihkan, memutihi, mengeluarkan, mengalirkan,
memusingkan, membantutkan dsb.
A) Mesti berawalan meN-, kecuali perkataan makan dan minum

BETUL SALAH
menendang bola tendang bola
membuka almari buka almari
membaca buku baca buku
memaklumkan perkara ini maklumkan perkara ini
mengirinkn surat kirimkan surat
meN- tidak boleh digunakan dalam ayat perintah (suruhan, ajakan,
larangan, pelawaan dsb)

BETUL SALAH
Jangan pukul anak. Jangan memukul anak.
Tolong angkat bakul ini. Tolong mengangkat bakul itu.
Tulislah cepat-cepat sedikit. Menulislah cepat-cepat sedikit.
Sila baca notis ini. Sila membaca notis ini.
Harap pulangkan buku itu. Harap memulangkan buku itu.
B) Kata kerja transitif asal TIDAK BOLEH diimbuhi –kan
kalau diikuti objek yang menyebut sesuatu betul-betul kena
oleh perbuatan itu:

BETUL SALAH
menendang bola menendangkan bola
membuka almari membukakan almari
memandang keadaan ekonomi memandangkan keadaan ekonomi
menulis surat menuliskan surat
mengambil pen mengambilkan pen
C) Kata kerja transitif asal MESTI diimbuhi –kan kalau:
i)diikuti objek yang merupakan pihak yang mendapat manfaat daripada perbuatan
yang disebutkan.

BETUL SALAH
memukulkan saya ular memukulkan ular untuk saya
membukakan tetamu pintu membukakan pintu untuk tetamu
menuliskan datuk surat menuliskan surat untuk datuk
mengambilkan ayah air mengambilkan air untuk ayah
membelikan tunang baju membelikan baju untuk tunang

atau
BETUL
Memukul ular untuk saya
Membuka pintu untuk tetamu
Menulis surat untuk datuk
Mengambil air untuk ayah
Membeli baju untuk tunang
ii) Diikuti oleh objek yang merupakan “alat” yang digunakan
untuk melakukan perbuatan yang disebutkan:
BETUL SALAH
mencontengkan pen ke dinding mencontengkan dinding dengan pen
mengikatkan tali ke buku mengikatkan buku dengan tali
menoreh alat bedah ke perut pesakit menorehkan perut pesakit dengan alat bedah
memukulkan meja dengan rotan
memukulkan rotan ke meja menikamkan dada lawan dengan keris
menikamkan keris ke dada lawan

BETUL
menconteng dinding dengan pen
mengikat buku dengan tali
menoreh perut pesakit dengan alat bedah
memukul meja dengan rotan
menikam dada lawan dengan keris
iii) Diikuti oleh objek yang merupakan benda yang betul-betul kena oleh perbuatan yang
disebutnya dan kemudian diikuti dengan frasa sendi nama yang berkepalakan “kepada”

AKTIF PASIF
Dia memberikan wang kepada anaknya. Wang diberikan ……
Guru mengajarkan sejarah kepada kami.  
Mereka memberitahukan masalah mereka Sejarah diajarkan guru ……
kepada saya.  
Tuan rumah menghidangkan jamuan Masalah mereka diberitahukan ……
kepada kami. Jamuan dihidangkan oleh tuan rumah ……

Dia memberi anaknya wang.


Bandingkan: Guru mengajar kami sejarah.
Mereka memberitahu saya masalah mereka.
Tuan rumah menghidangi kami jamuan.
D) Kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata nama, kata adjektif atau kata kerja tak
transitif MESTI diimbuhi –kan atau –i (menurut maksud yang hendak dinyatakan kecuali
kata nama yang menyatakan “alat”)
 

Contoh:

• menggunting kain
• menyikat rambut
• menyabit rumput
• menanduk tuannya
• menelefon kakaknya.
E) Maksud imbuhan –kan dan –i

IMBUHAN –kan

1) Pada kata nama

a) Memasukkan sesuatu yang disebut oleh objek ke dalam sesuatu yang disebutkan oleh kata
dasar (iaitu yang diimbuhi):

Memenjarakan pejenayah (penjara)


Mengandangkan ternakan (kandang)
Mengkomputerkan maklumat (komputer)
Membakulsampahkan surat lama (bakul sampah)
Menyekolahkan anak (sekolah)
b) Menjadikan sesuatu yang disebut oleh objek sesuatu yang disebut oleh kata dasar.

Menghadiahkan buku Menjadikan buku sebagai hadiah


 
Menganugerahkan pingat Menjadikan pingat sebagai anugerah
 
Mendermakan darah Menjadikan darah sebagai derma
 
Membekalkan makanan Menjadikan makanan sebagai bekal
 
Mengurniakan gelaran Menjadikan gelaran sebagai kurnia
2) Pada kata adjektif dan kata kerja tak transitif.
i) Menjadikan sifat atau perbuatan yang disebut oleh kata adjektif dan kata kerja yang
menjadikan dasar itu kena atau berlaku pada kata nama yang mengikutinya:

Meninggikan pelajaran Menjadikan pelajaran tinggi


Mengemaskinikan maklumat Menjadikan maklumat kemas kini
 Membebaskan tahanan Menjadikan tahanan bebas
Memindahkan orang pelarian Menjadikan orang pelarian berpindah
  Menjadikan pandangan beralih.
Mengalihkan pandangan
ii) Mentransitifkan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata sendi “tentang”

Berfikir tentang sesuatu Memikirkan sesuatu


Berbahas tentang sesuatu Membahaskan sesuatu
Berunding tentang sesuatu Merundingkan sesuatu
Berbincang tentang sesuatu Membincangkan sesuatu

Perhatian: beR- menjadi meN-, “tentang” menjadi -kan


IMBUHAN -I
1) Pada kata nama
a. memberikan sesuatu yang disebut oleh kata dasar kepada sesuatu yang disebut oleh objek:

menghadiahi isterinya cincin memberikan hadiah kepada


isterinya
menganugerahi olahragawan memberikan anugerah pingat
pingat kepada olahragawan
mendermai fakir miskin memberikan derma
mengurniai beliau gelaran memberikan kurnia gelaran
membekali pelajar miskin buku memberikan bekal buku
b. sesuatu yang disebut oleh subjek menjadi yang disebut oleh kata dasar:

Dia mewakili negara Dia menjadi wakil negara


Zulkifli mengetuai rombongan Zulkifli menjadi ketua rombongan

China menjuarai pertandingan China menjadi juara pertandingan

Dato Onn mempelopori gerakan …..menjadi pelopor …..


nasionalisme
Toleransi kaum mendasari …..menjadi dasar kehidupan
kehidupan masyarakat majmuk di masyarakat majmuk di malaysia
Malaysia
ii) Pada kata adjektif dan kata kerja tak transitif
 
• mengenakan sifat yang disebut oleh kata adjektif atau perbuatan yang disebut oleh
kerja yang diimbuhinya kepada sesuatu yang disebut oleh objek:

Salji memenuhi gunung Mengenakan sifat putih ke puncak gunung

Penyanyi itu memerahi bibir (menggincu Mengenakaan sifat merah pada bibir
bibir)
Asap dapur menghitami bumbung Mengenakan sifat hitam pada bumbung

Pelanggan memasuki bank Mengenakan perbuatan masuk ke bank

Pengemis itu meniduri kaki lima Mengenakan perbuatan tidur ke kaki lima

Hakim menjatuhi penjenayah hukuman Mengenakan perbuatan jatuh hukuman kepada


penjenayah
iii) pada kata kerja transitif asal

• melakukan perbuatan yang disebut oleh kata dasar berulang-ulang:

membacai soalan peperiksaan


mengangkuti tanah
menikami musuh
menyepaki lawan
menguruti badan
F) Pelengkap kata kerja tak transitif (ber + kata nama + kan) dan objek
kata kerja transitif (asal dan terbitan) ialah frasa nama, bukan frasa
sendi nama:

BETUL SALAH

berdasarkan pemerhatian berdasarkan kepada pemerhatian

bertuhankan duit ringgit bertuhankan kepada duit ringgit

berasaskan kenyataan berasaskan kepada kenyataan

memandang saya memandang kepada saya

menyentuh soal ini menyentuh tentang soal ini

Anda mungkin juga menyukai