Anda di halaman 1dari 5

PERMAINAN TRADISIONAL : DAM AJI PERATURAN PERMAINAN & CARA BERMAIN : FORMAT PERTANDINGAN  Kalah mati.

 Undian akan dilakukan untuk menentukan perlawanan.  Berpasangan y PERATURAN PERMAINAN  Hanya seorang pemain sahaja dibenarkan memegang buah dam.  Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah tangan sahaja semasa bermain.  Buah yang disentuh hendaklah digerakkan (touch move)  Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan pihak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan.  Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya.  Pemain tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat semasa pertandingan.  Pemain tidak dibenarkan makan, minum dan merokok semasa pertandingan. y PERATURAN PERTANDINGAN  Pertandingan format kalah mati  Penganjur akan menentukan pihak mana yang akan memulakan giliran berdasarkan lambungan syiling.  Masa pertandingan 40 minit sahaja  Setiap perlawanan akan bermain pada 1 papan sahaja.  Kiraan buah dam akan dikira berdasarkan buah anak-1 mata, buah haji-2 mata.  Pemain yang dapat memakan kesemua buah dam pihak lawan akan dikira sebagai pemenang.

 Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat menggerakkan buah dam setelah masa pertandingan tamat, pemain yang mempunyai buah dam yang lebih akan dikira sebagai pemenang.  Jika kedua-dua pihak mempunyai bilangan buah dam yang sama banyak, maka pemain yang mempunyai mata yang tinggi dikira sebagai pemenang.  Sekiranya pemain tidak dapat menghadirkan diri dalam tempoh 5 minit setelah namanya dipanggil, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan diri dan harta benda peserta semasa pertandingan ini dijalankan.  Pihak penganjur berhak menukarkan mana-mana peraturan jika difikirkan perlu dan semua keputusan penganjur adalah muktamad.

PERMAINAN TRADISIONAL : KETINTING PERATURAN PERMAINAN & CARA BERMAIN : CARA BERMAIN  Pemain perlu membuang kor ke dalam petak RUMAH mengikut giliran. Kor pemain yang jatuh paling dekat dengan garisan RUMAH akan memulakan permainan.  Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain.  Pemain mesti membuang kor ke dalam petak 1 dahulu.  Kemudian, pemain akan meneruskan lompatan sehingga dia pulang ke tempat permulaan (lompatan sebelah kaki untuk nombor tunggal dan dua belah kaki untuk petak bernombor genap).  Pemain DILARANG untuk memijak/melompat di dalam petak yang mengandungi kor nya.  Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga kor nya dibuang di petak 7.  Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih rumah.  Pemain akan membaling kor ke dalam mana-mana dari tempat permulaan. Di mana jatuhnya kor, akan menjadi rumah pemain.  Rumah pemain boleh dihias dengan corak mengikut citarasa pemain. PERATURAN PERMAINAN Peraturan dan syarat di dalam permainan ketingting melancarkan proses

permainan dan juga mendisiplinkan para pemain. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda ataupun hilang satu pusingan. Bagi kesalahankesalahan yang lebih besar, pemain akan dibuang dari permainan. Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting; i. Kor pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain untuk membezakannya. ii. Semasa bermain, kor tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan manamana petak dan di petak rumah pemain lain.

iii. iv.

Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan melompat ataupun ketika mengambil semula kor mereka.

petak semasa

Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah. Semasa pemilihan rumah sekiranya kor jatuh di atas garisan

ataupun rumah pemain lain, pemain dianggap mati dan akan memulakan semula permainan dari awal. v. Pemain boleh melompat di rumahnya tetapi tidak di rumah pemain-

pemain lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali rumah pemain lain. Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain. Pemain yang memiliki rumah yang paling banyak akan dianggap pemenang

Anda mungkin juga menyukai