Anda di halaman 1dari 20

PERATURAN & UNDANG-UNDANG

AM PING PONG

Pemain dikira memukul bola apabila pemain


itu menyentuh bola dengan bet yang
dipegangnya, atau terkena bahagian bawah
pergelangan tangan yang memegang bet.
Seseorang pemain dikira membuat voli bola
jika ia memukulnya sebelum bola itu
menyentuh gelanggangnya setelah dipukul
oleh pihak lawan.

Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri


atau sebarang bola yang dipakainya terkena
semasa dalam permainan dan sebelum bola
itu melintasi permukaan permainan atau garis
belakang, dan sebelum bola menyentuh
gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak
lawan.

SISTEM EKSPEDIT
Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satusatu permainan tidak dapat diselesaikan selepas
15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas
permintaan kedua-dua pemain atau pasangan.
i. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat,
permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan
semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang
membuat servis dalam rali ketika servis dihentikan.

ii. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah


tamat, permainan akan disambung semula
sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh
pemain yang menerima dalam rali sebelum
permainan itu dihentikan.

Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi


satu mata mengikut aturan hingga akhir
permainan. Jika pemain atau pasangan
penerima membuat 13 hantaranyang baik,
pembuat servis akan kehilangan satu mata.
Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal
bagi sepanjang baki perlawanan dalam
perlawanan tersebut.

MATA
Melainkan satu rali itu
adalah rali let, seseorang
pemain akan kehilangan
satu mata jika
Pemain gagal membuat satu
servis yang baik dan
sempurna.
Pemain gagal membuat satu
pukulan kembali yang baik
dan sempurna.

Pemain melakukan voli atau


menghalang bola,
melainkan telah dibenarkan
seperti dalam peruntukan.
Pemain memukul bola dua
kali berturut-turut.
Bola menyentuh gelanggang
dua kali berturut.
Pemain memukul bola
dengan sebelah bet yang
tidak mengikut
peraturannya.

Pemain atau sebarang


benda yang dipakainya
menyebabkan permukaan
permainan berubah atau
bergerak.
Tangan bebas telah
menyentuh permukaan
permainan.

Pemain atau sebarang


benda yang dipakainya
telah menyentuh jaring.
Di bawah sistem ekspedit,
pemain telah melakukan
dan menerima servis atau
pasangan penerima servis
telah melakukan 13 balasan
berturut-turut.

SISTEM PERTANDINGAN
Sistem kiraan mata yang digunakan bagi
menentukan pemenang kumpulan adalah
seperti berikut :
Menang - 2
Kalah - 0
Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan
mengikut keputusan 5 set yang mengandungi
11 mata setiap satu set.

Kesemua 7 perlawanan hendaklah ditandingi


walaupun sesuatu pasukan telah mendahului
dengan keputusan memenangi 4 perlawanan.
Sekiranya berlaku persamaan mata dalam
kumpulan, pemenang kumpulan akan
ditentukan seperti berikut :

i. Jika 2 pasukan memperolehi mata yang sama,


maka pasukan yang mengalahkan lawannya
dikira menang.
ii. Jika 3 atau lebih pasukan memperolehi mata
yang sama, maka pemenang akan ditentukan
seperti berikut :

a) Pasukan yang memenangi bilangan


perlawanan yang banyak dikira menang (Games
Difference)
b) Jika masih seri, pasukan yang memenangi
bilangan set terbanyak dikira menang. (Sets
Difference)
c) Jika masih seri pasukan yang mendapat
perbezaan mata terbanyak dikira menang.
(Points Difference)

d) Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan


yang mendapat jumlah mata permainan
terbanyak dikira menang.
e) Jika 2 pasukan masih seri lagi, pasukan yang
mengalahkan lawannya dikira menang.
Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan
akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya
mana-mana pasukan telah mendahului
dengan kemenangan empat (4) perlawanan.

PERMULAAN PERMAINAN &


PEMILIHAN TEMPAT
Hak untuk membuat pilihan pertama akan
ditentukan dengan undian.
Pemain atau pasangan yang memiliki hak ini
akan;
i. Memilih untuk melakukan atau menerima
servis dahulu, manakal pihak yang kalah memilih
tempat bermain.

ii. Memilih tempat bermain, manakala pihak


yang kalah dalam undian akan mempunyai
pilihan untuk melakukan atau menerima servis
dahulu.
iii. Meminta pihak yang kalah dalam undian
untuk membuat pilihan.

Bagi permainan beregu,


i. Dalam permainan pertama, satu perlawanan
pasangan yang membuat servis mesti
menentukan pemain mana yang akan menerima
servis dahulu.
ii. Dalam permainan berikutnya dalam
perlawanan itu, penerima pertama akan
ditentukan oleh pemain yang membuat servis.

PAKAIAN
Pakaian hendaklah kemas (tidak dibenarkan
memakai jeans, selipar atau berkaki ayam).
Pemain juga adalah dilarang memakai pakaian
berwarna putih/oren kerana menyamai warna
bola pertandingan)

Anda mungkin juga menyukai