Anda di halaman 1dari 22

Punca Dan Implikasi Berlakunya Peristiwa 13 Mei

Ahli Kumpulan: Ea Hui Chi Ooi Jia Sin Ong Shi Yung Tang Hoay Sean Wong Pak Kiong

Punca
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.

Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandarbandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orangorang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .

Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.

Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandarbandar sahaja.

Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu . Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedagkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.

Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.

Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

IMPLIKASI PERISTIWA 13 MEI 1969 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Rukun Negara diperkenalkan

Implikasi Peristiwa 13 Mei 1969


Pembentukan Majlis Muhibah Penyusunan semula masyarakat

Penubuhan MAGERAN

DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
Memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya pengenalan kaum mengikut fungsi dapat dihapuskan

Menambah peluag pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Rancangan pembukaan tanah baru. Contoh: FELDA, FELCRA

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Menyusun semula pemilikan ekuiti

Melatih dan membentuk usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera
Menambahkan kuota pendidikan di IPT di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta

RUKUN NEGARA DIPERKENALKAN


Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan negara
Rukun Negara

Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

Tujuan: Mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna, kulit, bangsa dan agama

MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)


Tun Abdul Razak sebaggai Pengarah MAGERAN
Meneliti dan membincangkan masalah berhubung perpaduan

Penyatuan dari sudut ekonomi dan sosial dilakukan

Mencari penyelesaian masalah masyarakat berbilang kaum

PEMBENTUKAN MAJLIS MUHIBAH


Menggalakkan perkembangan perasaan muhibbah di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Berusaha memulihkan, memupuk dan mengekalkan perasaan saling mempercayai di kalangan kaum

Mengkaji masalah sosial dan kebajikan awam dan bekerjasama dengan pihak berkuasa/ Jabatan Kerajaan yang berkenaan untuk menghapuskan kesulitan dan salah faham

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia

Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan

Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia

THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai