Anda di halaman 1dari 28

MPU 2163

PENGAJIAN MALAYSIAN 2
UNIT 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
PERPADUAN & INTEGRASI
PERPADUAN
PERPADUAN

 Satuproses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui


ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
 Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan social.
 Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
 ras etnik, agama, budaya dan pegangan

 Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian social


 Wujud kestabilan politik
 Tingkatkan pertumbuhan ekonomi
INTEGRASI

 Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional di kalangan kumpulan-


kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social, ekonomi dan petempatan
dalam sesebuah unit politik.
 Identitinational = hubungan kaum yang lebih erat; wujud perasaan hidup
bersama.
 Integrasijuga = proses penyatuan semua aspek fizikal, ekonomi, politik, social
termasuk biologikal (kahwin campur)
 Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup bersama
 Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi
 Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran.
Tahap Integrasi di Malaysia

Amalgamas
Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi
i
Segregasi

 Hubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah.
 Tempat tinggal, sistem pendidikan, pekerjaan, dan pergaulan.
 Pendudukan British di Tanah Melayu:

Orang Melayu
o Bekerja sebagai nelayan dan petani.
o Tinggal di kampung-kampung, pedalaman, dan pesisir pantai.
o Belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa ibunda.
Orang Cina
o Bekerja sebagai peniaga, pedagang dan pelombong.
o Tinggal di pinggir bandar dan kawasan bandar.
o Belajar di sekolah Cina dan menggunakan sukatan pembelajaran dari China.
Orang India
o Bekerja sebagai buruh dan penoreh getah.
o Tinggal di kawasan estet dan ladang
o Belajar di sekolah Tamil dan menggunakan sukatan pembelajaran dari India.
 Contoh negara luar: Dasar Apartheid (1948-1994), Afrika Selatan.
 Memperlihatkan adanya tembok pemisahan antara etnik-etnik.

A/B/C
Akomodasi

 Setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki
oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan
budaya dan nilai hidup masing-masing.

A+B+C=A+B+C
Akulturasi

 Menerima unsur dari budaya lain.


 Contoh: Makanan, pakaian dan lain-lain lagi.
 Pemberian duit raya oleh masyarakat Melayu semasa perayaan
Aidilfitri asalnya adalah budaya masyarakat Cina (ang pau).

Abc + Bac + Cab


Asimilasi

• Proses percantuman dan penyatuan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok budaya dan identiti yang sama.
• Kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang
dominan.
a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
b) Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
c) Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
• Contoh: Masyarakat Melayu di Thailand, Masyarakat Cina di Kelantan, Masyarakat Baba dan
Nyonya di Melaka.
• Masyarakat Indonesia mempunyai nama yang sama walaupun berlainan etnik.

A + B + C = A (Dominan)
Amalgamasi

• Satu proses yang berlaku apabila budaya atau kaum bercampur


dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.
• Perkahwinan campur antara etnik atau kaum.

Cina + India Cina + Melayu Melayu + India

Melayu + Eropah

A + B + C = D (Kelompok Baharu)
PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

 Wujud implikasi pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem


pendidikan, kepercayaan atau agama, fahaman politik, masalah ekonomi
dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh penjajah.
 Pelbagai langkah yang telah diambil seperti penyeragaman sistem
pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik, dan aspek-
aspek sosial lain.
 DasarEkonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun
Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum.
ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

 Perpaduan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional


dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial
dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
 Semenanjung Malaysia, kelompok etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan
India. Manakala Sabah, etnik terbesar ialah Kadazan-Dusun, Cina, dan
Melayu. Di Sarawak, etnik terbesar ialah Dayak (Dayak Iban, Dayak
Bidayuh, Dayak Ulu), Melayu-Melanau dan Cina.
 Perpaduan dan integrasi didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi
mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
PERANAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
 
 Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  Mewujudkan keharmonian negara
 Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
 Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan
negara dan integrasi nasional 
 Menyumbang saran pendapat dan idea bagi membantu kerajaan dalam menyatakan pendirian
negara di peringkat antarabangsa khususnya di bawah UNHRC (United Nations Human Rights
Council) Racism and Racial Discrimination.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

 Perpaduan kaum menjadi matlamat utama. Apabila tiada perpaduan


kaum, pertelingkahan dan kemusnahan akan berlaku.
 Peristiwa berdarah, 13 Mei 1969.
MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT
MALAYSIA

 Pemisahan tempat tinggal atau petempatan.


 Perbezaan tumpuan sektor ekonomi. (Dasar pecah & perintah British)
 Pengasingan sistem pendidikan.
 Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.
 Masalah ekonomi.
 Perbezaan kepercayaan atau agama.
 Penggunaan akhbar yang berbeza-beza.
 Pemerintahan Jepun.
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969

 Berkaitandengan Pilihan Raya Umum 1969 di mana parti pembangkang


(DAP dan Gerakan) mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
 DAPdan Gerakan telah mengadakan perarakan besar-besran pada 11 dan
12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis.
 Perbalahan antara kaum Cina dan kaum Melayu terutamanya.
AKTIVITI

Tonton video atau dokumentari tentang peristiwa 13 Mei 1969

https://www.youtube.com/watch?v=BbnWd1IXXIk

Kongsikan refleksi anda mengenai peristiwa bersejarah tersebut.


FAKTOR-FAKTOR PENCETUSAN

 Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.


 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
 Pertelingkahan parti politik.
 Layanan berat sebelah tentera Jepun.
 Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British.
 Latar belakang pendidikan yang berbeza.
 Pembangkang telah meraikan kemenangan PRU 1969.
 Perarakan kematian Cina.
 UMNO mengadakan perarakan balas dan berkumpul di rumah MB Selangor
(Dato’ Harun Idris).
Korban Jumlah

Kematian 196

Cedera 439

Hilang 39

Ditahan 9,143

Kenderaan musnah 211

Jadual 4.1: Anggaran Angka Korban 13 Mei 1969.

 Anggaran angka korban oleh Berkeley


menganggarkan seramai 2,000 orang hilang
nyawa dalam peristiwa 13 Mei 1969.
PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PEMBINAAN
NEGARA BANGSA

 Langkah-langkah menangani:
 Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain.
 Penyeragaman sistem pendidikan Malaysia melalui dasar-dasar pelajaran.
 Peranan media massa menyebarkan maklumat yang sahih.
 Integrasi ekonomi seperti dasar-dasar pembangunan bagi memastikan pengasingan ekonomi
dapat dimansuhkan.
 Penyatuan fahaman politik (parti komponen Barisan Nasional).
 Aspek-aspek sosial lain seperti Rukun Negara dan sebagainya bagi mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional.
Parti-parti Komponen Barisan Nasional
(Semasa Ditubuhkan)
Kawasan Singkatan Parti-parti Komponen
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

MCA Persatuan Cina Malaysia


Semenanjung
MIC Persatuan India Malaysia
PPP Parti Kemajuan Rakyat
Gerakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia
AKAR Angakatan Keadilan Rakyat
PBDS Parti Bangsa Dayak Sarawak
SNAP Parti Kebangsaan Malaysia
Sarawak
PBB Parti Pusaka Bumiputera Bersatu
SUPP Parti Bersatu Rakyat Sarawak
PBRS Parti Bersatu Rakyat Sabah
Sabah PDS Parti Demokratik Sabah
SAPP Parti Kemajuan Sabah
RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN
PERPADUAN
LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

 Digubal semasa dibawah pimpinan MAGERAN dan badan yang


bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan
Negara (MPN).
 Mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970.
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Prinsip Penerangan
Kepercayaan kepada Tuhan Mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk
fikiran, pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta
orang lain memandangkan semua agama mengajar kebaikan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara Menanamkan sikap bertanggungjawab, sanggup berkorban demi
negara dan memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

Keluhuran Perlembagaan Membolehkan masyarakat menyedari kepentingan


perlembagaan. Perlembagaan sebagai sumber perundangan
tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara.
Kedaulatan Undang-undang Mewujudkan masyarakat yang menghormati dan mematuhi
undang-undang negara memandangkan undang-undang memberi
perlindungan kepada semua masyarakat.
Kesopanan dan Kesusilaan Mewujudkan sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar
tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan
keharmonian negara.
Tutorial

 SOALAN: Kesetiaan pada Raja dan negara merupakan salah satu prinsip


dalam Rukun Negara yang menjadi falsafah kepada kehidupan yang harmoni
di negara ini. Namun demikian, pada hari ini kita seringkali dikejutkan
dengan berita berkaitan dengan penghinaan ke atas Yang Di-Pertuan Agong.
Sebagai seorang warganegara dan mahasiswa/mahasiswi, apakah faktor yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku dan apakah kesannya ke atas
hubungan etnik di Malaysia?
KESIMPULAN

 Perpaduan dan integrasi national adalah cabaran yang besar yang


akan menentukan keharmonian social, kestabilan politik dan
pertumbuhan ekonomi.
 Kaedah penyatuan antara kaum melalui pelbagai kaedah seharusnya
ditangani oleh semua rakyat akan dapat memelihara keharonian
dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai