Anda di halaman 1dari 17

HUBUNGAN ETNIK

BAB1. MALAYSIA:
KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
 Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi
oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh
unsur-unsur sosial yang lain

 Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat


masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki
keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam
masyarakat

 Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi, dan


asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah
menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian

Hasil Pembelajaran
 Perpaduan dalam kepelbagaian (Unity in
Diversity):
1. Psikologi sosial (kajian tentang pengaruh
sosial terhadap perilaku manusia): iaitu
‘rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan
fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga
konteks metafizikal
2. Antropologi-sosiologi (kajian tentang
masyarakat dan budaya): bagaimana
manusia mengurus dan menyusun, dari
segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial
yang sedia ada dalam kalangan mereka.
Perbezaan: agama, etnik, wilayah dan
sebagainya.
3. Ontologikal: mengurus dan menyusun
perbezaan atas keinginan untuk
mewujudkan keadaan aman dan stabil.

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal:


Antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’
 Perpaduan- Proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat&negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk 1
identiti dan nilai bersama serta memiliki
perasaan cinta dan bangga kepada tanah
air.
 ‘Perpaduan’ – unity is uniformity –
keSAMAAan atau keSATUan – satu bangsa,
satu bahasa, satu negara

 ‘Kesepaduan’ – satu fenomena sosial untuk


mencapai perpaduan. Anggota masyarakat
merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan
kegiatan sebagai prasyarat mencapai
perpaduan – akhirnya membawa
keamanan, keharmonian dan kestabilan
dalam masyarakat

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal:


Antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’
A. Era Konflik (1945-1960)

 Selepas Perang Dunia Kedua (16 Ogos 1945),


kehidupan rakyat sangat daif

 Konflik etnik Cina dan Melayu: tindakan


Bintang Tiga (14 hari) memburu etnik Melayu
yang bersuhabat dengan Jepun (anggota polis
Jepun/Jookidam). Kesan: ramai terkorban dan
timbul perasaan ‘distant’ dan ‘distrust’

 Malayan Union, 1946: UMNO dibentuk untuk


menentang Malayan Union akhirnya
dibubarkan dan digantikan dengan Perjanjian
Persekutuan 1948

Hubungan Etnik di Malaysia


 Rusuhan dan mogok pekerja-pekerja ladang:
penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang.
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang
(Eropah) di Sungai Siput, akhirnya Darurat
diisytiharkan (23 Julai 1948 – 31 Julai 1960)

 Communities Liaison Committee (CLC), 1949 –


badan perunding untuk meredakan ketegangan
etnik. Diketuai Malcom MacDonald (Pesuruhjaya
Agung British di Asia Tenggara). Anggota terdiri
daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India.
Kesan: Parti Perikatan ditubuhkan.

 Ethnic Bargaining – tolak ansur etnik –


Pilihanraya Umum pertama (27 Julai 1955),
Perlembagaan Persekutuan (Suruhanjaya Reid),
Rencana pembangunan Lima Tahun yang
pertama di Malaya (1950-55)

Hubungan Etnik di Malaysia


B. Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

 Pelbagai cabaran masih wujud menguji


kesepaduan sosial rakyat

 Pembentukan Malaysia – 16 September


1963 – perjanjian antara kerajaan
persekutuan dengan Sabah (autonomi 20
perkara) dan Sarawak (autonomi 18
perkara). Ganyang Malaysia oleh Indonesia
kerana tidak setuju dengan Pembentukan
Malaysia

 Rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura –


21 Julai & 3 September 1964 – 40 terkorban
dan ribuan ditangkap

Hubungan Etnik di Malaysia


 Rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur

 Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-


down untuk kesepaduan sosial: Majlis
Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan
Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi
Baru (DEB).

 Perpaduan Nasional – kempen yang


dimulakan oleh Tun Razak dalam
Rancangan Malaysia kedua

Hubungan Etnik di Malaysia


C. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

 Suasana aman, stabil dan harmoni kecuali rusuhan etnik


Melayu-India di Kampung Medan, Selangor disebabkan faktor
ekonomi, bukan sosial

 Rakyat menyuarakan tidak puas hati melalui internet, SMS dan


pelbagai saluran data siber

 “suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan


parang” atau “they talk conflict, they walk cohesion”.
Meluahkan apa yang terbuku dihati tapi tidak sampai tahap
rusuhan

 Pemantapan interaksi antara Masyarakat + Negara + Pasaran

 Paksi utama kesepaduan sosial – kemakmuran dan kestabilan


ekonomi membawa kepada keamanan dan kestabilan politik

Hubungan Etnik di Malaysia


 Penduduk Malaysia:
28.3 juta (2010)

 70 kumpulan etnik

 Lebih 200 kumpulan


subetnik, bahasa dan
dialek

Masyarakat Pelbagai Etnik di


Malaysia
Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa
dan Dialek di Semenanjung

Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Minangkabau,

Baba Nyonya, Foochow, Hainanese, Kwantung,


Teochew, Hokkien

Bengali, Chettiar, Gujarati, Malayalee, Telegu,


Punjabi, Tamil

Jahai, Jakun, Kensiu, Kintaq, Semai, Mah Meri

Serani

Masyarakat Pelbagai Etnik di


Malaysia
Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa
dan Dialek di Sabah dan Sarawak
Bajau, Cina, Kadazan, Keningau
Murut, Melayu, Sino-Kadazan,
Kagayan, Papar, India, Minokok

Bidayuh, Cina, Iban, Kajang,


Kelabit, Kedayan, Kentah,
Melayu Sarawak, Murut, Penan,
Sihan, Punan, Balau, Kenawit

Masyarakat Pelbagai Etnik di


Malaysia
Perspektif Konflik
 dikotomi, pertentangan dan persengketaan antara etnik dan agama

Perspektif Kesepaduan Sosial


 Kesepaduan sosial sudah wujud, hanya perlu diperkukuhkan

Saling Bergantungan
Contoh: Nasi yang dimakan melalui proses kerjasama pelbagai etnik (dari sawah,
kilang, pemasaran dll)

Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian


Autoriti: tetap seperti definisi Melayu
Harian: tolak ansur, akomodasi (jauh beza dengan autoriti). Petunjuk utama
mengenal pasti tahap hubungan etnik. Kesepaduan sosial melalui interaksi
masyarakat pelbagai etnik tanpa campurtangan negara

Pandangan Hubungan Etnik di


Malaysia
 Hubungan etnik tidak bersifat statik, bersifat dinamik yang
dipengaruhi sosial, ekonomi, politik dan budaya

 Proses rundingan sosial melalui toleransi etnik, penerimaan


terhadap perbezaan dan kesepaduan yang wujud pada hari ini

 Abad 21, tiada rusuhan etnik dan agama walaupun sering


diprovokasi dan dibangkitkan

 Proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi adalah


intipati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari
perspektif kesepaduan sosial

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi,


Asimilasi dan amalgamasi
Pluraliti
Budaya

Segregasi Amalgamasi

Akomodasi Asimilasi

Akulturasi
 Proses transformasi hubungan etnik melalui rundingan sosial yang
berterusan untuk memenuhi kepentingan masing-masing

 “Kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity), bukan


“perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity)

 Perpaduan di Malaysia: work in progress

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai