Anda di halaman 1dari 4

Wong Jun Fatt, Chung Gee Kent, Leong Jiancheng, Loh Zi Zhao, Quah Weng Kai, Ooi Wei

Tong PISMP BC/PJ/PM Sem 5

Jengkek kapal terbang/Ketengteng Cara Permainan Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. Lompatan akan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan akan diteruskan sehingga pemain itu keluar dari gelanggang Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia akan dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Undian: Tiada had untuk jumlah pemain dalam satu permainan, tetapi biasanya dalam satu permainan hanya dimainkan oleh 2 hingga 5 orang. Permainan akan dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dahulu. Undian dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi yang panjangnya berbeza antara satu sama lain yang telah ditetapkan.

Wong Jun Fatt, Chung Gee Kent, Leong Jiancheng, Loh Zi Zhao, Quah Weng Kai, Ooi Wei Tong PISMP BC/PJ/PM Sem 5

Pemain dengan batang ranting atau lidi yang terpanjang akan bermain dahulu, dan diikuti dengan pendek dan yang terpendek terkemudian.

Rumah: Untuk mendapatkan rumah pemain dikehendaki menghabiskan satu pusingan pemainan dahulu. Selepas meghabiskan satu pusingan dari petak 1 sehingga petak 9 atau sebagainya, pemain akan diberi peluang untuk mendapat rumah. Pemain akan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan gundu atau buah ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah yang akan menjadi kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah masing-masing. Pemain yang lain tidak dibenarkan sama sekali berbuat demikian dalam rumah pemain yang lain. Sekiranya pemain lain tersilap langkah memijaknya atau tuan rumah terlupa memijak dengan kedua belah kakinya maka ia dikira mati. Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah yang dimiliki pemain dikehendaki ditandakan dengan corak atau garisan tertentu.

Pemenang: Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak dalam permainan dalam masa yang ditetapkan.

Wong Jun Fatt, Chung Gee Kent, Leong Jiancheng, Loh Zi Zhao, Quah Weng Kai, Ooi Wei Tong PISMP BC/PJ/PM Sem 5

Mati: Berikut merupakan beberapa kesalahan yang dibuat oleh pemain dalam permainan yang dikira mati: a) Pemain dikira mati (giliran) jika buah yang dilontar terkena garisan petak. b) Sekiranya kaki terpijak garisan petak, pemain juga akan dikira mati. c) Selain itu, buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya. d) Pemain menukar kaki sewaktu giliran. e) Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap, iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan. f) Di samping itu, pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D. g) Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya. h) Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Wong Jun Fatt, Chung Gee Kent, Leong Jiancheng, Loh Zi Zhao, Quah Weng Kai, Ooi Wei Tong PISMP BC/PJ/PM Sem 5

Peraturan-peraturan Permainan: 1. Pemenang dalam permainan ini adalah pemain dengan rumah terbanyak dalam permainan. 2. Permain akan dikira mati sekiranya buah yang dilontar terkena garisan petak. 3. Sekiranya kaki pemain terpijak garisan petak, maka pemain itu akan dikira mati. 4. Selain itu, buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya juga dikira mati dan akan disingkirkan. 5. Pemain tidak boleh menukar kaki sewaktu gilirannya semasa melompat. 6. Pemain hendaklah pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap, iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan. Sekiranya tidak maka pemain itu akan dikira mati dan disingkirkan 7. Pemain yang tidak mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D juga akan dikira melanggar peraturan dan dikira mati. 8. Pemain yang tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya juga dikira melanggar peraturan dan akan disingkirkan. 9. Pemain tidak boleh memijak kaki rumah pemain lawannya. 10. Pemain yang dapat menghabiskan lompatan ke atas semua petak akan diberi peluang untuk mendapatkan satu rumah dengan satu campakan buah. 11. Pemain yang berjaya mendapatkan rumah yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai