Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN TENG TENG

GELANGGANG DAN GUNDU


GELANGGANG DANGUNDU
Gelanggang Teng Teng
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak- petak di atas tanah
sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu
gelanggang.Permainan dijalankan mengikut urutan.

Gundu
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai
perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah
ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang
diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan,
kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai
tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan
mereka di petak-petak gelangang.

CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi
menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan
terlebih dahulu.

Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain


pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan


gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan
petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan
pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu
adalah sama.

Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau


terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.

Pemain lain mengambil giliran pula.


Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan
sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.

Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana


gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di
petak kedua.

Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,seandainya pemain


terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,


setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah
memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di
petak keempat.

Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula


dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah
dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan
terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu


berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak
lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain
seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH
1. Sebelum pemain membina rumah, acara kopi O hendaklah
dilakukan terlebih dahulu.

2. Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak


semua petak sambil menyebut kopi.
3. Jika pemain memijak di petak yang betul,pengadil
pertandingan akan menyebut perkataan kopi dan jika pemain
memijak petak yang salah atau terpijak garisan,pengadil
pertandingan akan menyebut O.

4. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri


membelakangkan kesemua petak digarisan permulaan dan
mencampakkan kedalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya.

5. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia


dikira mati.

6. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki


di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat
demikian.

7. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa


memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

Anda mungkin juga menyukai