Anda di halaman 1dari 5

PERMAINAN GULI

Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli, yang
juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-
kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh
hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada
musim panas atau kemarau. Guli yang digunakan juga diperbuat dari batu yang padat (solid stone)
berwarna putih bersaiz besar.

Cara Bermain :

 Buat lubang ditengah dan memangkah guli lawan supaya masuk dalam lubang. Jika masuk maka guli
itu milik sipemangkah.
 Kedua main guli biasa (guli yang bersaiz kecil dan dibuat dari kaca). Antara permainan guli ini ialah
main lesen. Garisan bulatan dibuat diatas permukaan tanah atau pasir.
 Untuk mendapat lesen maka guli yang dipangkah dengan guli yang memangkah mesti keluar dari
bulatan. Jika keluar maka dapatlah lesen. Dan menjadi orang pertama memangkah guli dalam
bulatan keluar dan menjadi miliknya.
 Kalau guli yang dipangkah keluar tapi guli yang memangkah “stuck” maka terpaksa kita tinggalkan
guli tadi dalam garisan untuk dipangkah orang lain.
 Main guli ini memerlukan kordinasi tangan dan mata yang baik untuk membuat tuju atau pangkah
yang tepat. Guli yang menjadi pemangkah digelar gundu. Biasa gundu ni ditiup (ntah tak tahu pasal
apa) sebelum memangkah sasaran.
PERMAINAN BATU SEREMBAN

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh
kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan–dua orang atau lebih. Objek-objek
seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang
berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban
selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka
mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia
lebih senang dimainkan.

Cara Bermain :

Buah Satu:

 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain.
 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
 Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:

 Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.


 Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
 Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

 Buah tiga ada sedikit perbezaan.


 Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
 Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

 Buah ibu akan dilambungkan ke udara.


 Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.

Buah Lima:

 Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.


 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas
lantai dengan serentak.
 Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah
yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja
yang akan disambut.
Buah Enam:

 Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.


 Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah
yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

 Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.


 Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
 Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
 Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
 Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:

 Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.


 Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
 Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
 Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:

 Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.
 Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
 Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
 Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
 Tangkap batu seremban yang ada di tangan
 Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
 Batu yang dijatuhkan = 0 mata
 Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:

 Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini
haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
 Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada
peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.
PERMAINAN CUNGKIL LIDI

 Permainan ini dikenali serak lidi kerana bahan asas permainan ini adalah lidi. Permainan cungkil
lidi sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
 Kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok apabila bermain permainan ini. Alat yang
digunakan mudah didapati. Ia tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. Inilah salah satu
kelebihan permainan kanak-kanak zaman dahulu.
 Permainan ini dimainkan dengan tujuan untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan
seberapa banyak keratan bilah lidi yang ditanam mengikut masa yang ditentukan.
 Permainan ini dimainkan sekurang-kurangnya oleh dua orang pemain. Giliran pemain ditentukan
dengan kaedah “wan to som” atau “o som”.

Cara Bermain:

 Pemain mengenggam kesemua lidi dan melepaskannya di atas lantai.


 Pemain perlu mengangkat satu demi satu lidi yang berselerak di atas lantai tanpa menggerakkan
lidi yang lain.
 Jika sebaliknya berlaku, giliran pemain tersebut tamat.
 Pemenang dikira berdasarkan bilangan lidi yang paling banyak.
PERMAINAN GALAH PANJANG

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang (boleh
berubah-ubah).

Cara Bermain:

 Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan
awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
 Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali
semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang
dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan
dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan

 Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh
pemain pasukan bertahan.
 Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
 Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
 Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua
garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan
permainan akan dijalankan semula.

Anda mungkin juga menyukai