Anda di halaman 1dari 14

PJM 3112

Sejarah dan asal usul batu seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan
tradisional ini digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara
berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah,
ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk
bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang di serambi
rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai
yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang
dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat
pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan,
sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah
lapan.

CARA BERMAIN BATU SEREMBAN :


Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti
permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai
buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui
oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Buah Satu:
*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak
menyentuh antara satu sama lain.
*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:
*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

PJM 3112
Buah Tiga:
*Buah tiga ada sedikit perbezaan.
*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:
*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji
buah diatas lantai dengan serentak.
*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:
*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.
*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:
*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
2

PJM 3112
Buah Lapan:
*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain

dengan sekali gus


Timbang:
*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah
timbang untuk mendapat mata.
*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
*Tangkap batu seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
Batu yang dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:
Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini,
pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali
kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.
Disediakan oleh :
ROHAIZA BINTI ABDUL RAHIM
KUMPULAN BM3 JUN/11

PJM 3112
GETAH ATAS PARA

o
o

o
o
o
o
o

Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak


lelaki.

Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana


luas.
Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang
dibenamkan ke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki
getah induk masing-masing.
Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li
tam plong'. Seterusnya menggunakan kaedah 'wan tu som'
bagi penentuan pemain terakhir.
Setiap pemain meletakkan getah taruhan masing-masing di
atas para.
Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan
getah induk.
Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.
Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan
begitu saja.
Setiap pemain berusaha mengambil getah taruhan bagi
menambahkan koleksi masing-masing.

2. KETINTING KAPAL TERBANG

o
o
o
o
o
o
o
o

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu


ini.
Membuat gelanggang permainan dengan cara
menggoreskan di atas permukaan tanah.
Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu'
masing-masing.
Melakukan penentuan giliran.
Pemain pertama memulakan ting-ting.
Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak
gundunya di petak kedua.
Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama
berstatus 'mati'.
Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak
dianggap sebagai pemenang.

PJM 3112
3. KETINTING BUKU

o
o
o
o
o
o
o
o

Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak


perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga
berbeza daripada ketinting kapal terbang.
Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li
tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di
petak pertama.
Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip
ketika berada selari dengan kedudukannya.
Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan
imbangan gundu terlebih dahulu.
Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain
mestilah membelakangi gelanggang permainan.
Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak
mungkin

4. BATU SEREMBAN

o
o
o
o
o
o
o
o

Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini.


Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundipundi kecil dijadikan sebagai buah.
Pemain utama memulakan permainan dengan cara
menaburkan buah seremban.
Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini
dianggap mati.
Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan
aturan yang telah ditetapkan.
Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir
yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan
mata.
Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira
sebagai pemenang.

PJM 3112

5. ACI SOROK

o
o

o
o
o
o

Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan


individu ini dan mereka bermain bersama-sama.
Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang
berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali
sebagai awak-awak.
Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari
membuat kiraan.
Pencari memulakan permainan dengan cara menutup
matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan
pencariannya.
Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan
'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.

6. CARI CUCU

o
o
o

o
o
o
o

Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi


kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain
atau sapu tangan digunakan di dalam permainan ini.
Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang
berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali
sebagai cucu.
Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain
untuk membentuk satu bulatan.
Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak
mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.
Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran
nenek pula menyanyikannya.
Nenek mula mencari individu cucu yang berada di
sekelilingnya

PJM 3112

7. GALAH PANJANG

o
o
o
o
o
o

Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanakkanak lelaki.


Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas
permukaan tanah.
Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1
pemain sebagai ketua kumpulan.
Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh,
maka kumpulan ini dikira 'mati'.
Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan
mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.
Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan
berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi
pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.
Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak
dianggap sebagai pemenang.

8. GULI

o
o
o
o

o
o

Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak


lelaki.
Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan
sebiji guli induk.
Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli
taruhan diletakkan di dalam bulatan.
Pemain pertama memulakan permainan dengan cara
melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan
yang berada di dalam bulatan.
Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi
miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau
diambil.
Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka
status pemain ini dikira mati.
Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing
dianggap sebagai pemenang.

PJM 3112

9. JALA ITEK

o
o
o
o

o
o

Permainan ini menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan


perempuan. Malah mereka bermain bersama-sama.
Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka
dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing.
Setiap ketua memilih nama samaran masing-masing. Hanya
mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
Kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil
memegang tangan masing-masing dan diangkat sedikit ke
atas.
Sambil mendendangkan nyanyian, awak-awak berjalan di
bawah tangan kedua ketua tersebut.
Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama
samaran. Jika pemain memilih nama samaran ketua
pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing-masing,
kemudian melakukan adu kekuatan. Kumpulan yang berjaya
menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dianggap
sebagai pemenang.

10. KONDA KONDI

o
o
o

o
o

o
o

Kanak-kanak perempuan kurang menggemari permainan


berkumpulan ini.
Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai
pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua.
Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama
meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu
anak menggunakan kayu ibu.
Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak
yang melambung di udara.
Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama
dikira mati. Giliran permainan bertukar. Kumpulan kedua
akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.
Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama
memukul kayu anak.
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang
dibaling oleh pemain kedua.

PJM 3112
o

Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak


menghala ke arah lubang.

11. SEPAK RAGA

o
o
o
o

o
o

Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari


permainan ini.
Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang
diperbuat daripada rotan diperlukan.
Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung
ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau
beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang
lain.
Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola
agar ianya tidak jatuh ke tanah.
Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain
mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.

12. BALING TIN

o
o
o
o
o
o

Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh


kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran
sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih
dahulu.
Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan
dengan cara membaling bola ke arah tin.
Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk
menjatuhkan kesemua tin.
Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas
pemain kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah
pemain kumpulan utama untuk mematikannya.
Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun
semula tin, maka kumpulan ini dianggap memenangi
permainan pada pusingan ini.

PJM 3112

13. SUSUN SELIPAR

o
o
o

o
o

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan


perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji
bola tenis.
Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan
permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar
yang telah disusun.
Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk
menjatuhkan kesemua selipar.
Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung
permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki
selipar yang ada.
Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain
kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan
membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota
badan kumpulan utama.
Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya
menyusun semula kesemua selipar tersebut

14. MAIN TIKAM

o
o
o

o
o
o

Permainan individu ini amat popular di kalangan kanakkanak lelaki.


Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa
melakukan permainan ini.
Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah
mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di
atas permukaan tanah yang gembur.
Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini
dianggap mati.
Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap
yang telah ditetapkan.
Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap

10

PJM 3112
permainan dianggap memenangi permainan ini.

15. DAM HAJI

o
o

o
o

Permainan strategi ini dimainkan secara individu. Selain


kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari
permainan ini.
Permainan ini dimainkan di kawasan anjung rumah.
Manakala lelaki dewasa lebih gemar bermain di kedai kopi
sambil berbual kosong.
Setiap pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing
dengan cara memakan buah dam lawannya.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama kerana
setiap pemain perlu berfikir dan berupaya memerangkap
pihak lawan bagi mengalahkannya.
Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik
lawannya dianggap memenangi permainan ini.
Status seri juga boleh berlaku jika kedua-dua pemain gagal
mengalahkan lawan masing-masing.

16. AJI TERBANG

o
o
o

Sama seperti dam aji, permainan ini juga digemari oleh


kanak-kanak lelaki. Tetapi lelaki dewasa tidak
menggemarinya.
Cara susunan buah dam adalah sama seperti permainan
dam aji. Cuma cara dan peraturannya ada sedikit perbezaan.
Pemain dimestikan makan buah dam pihak lawan jika ada
peluang.
Sekiranya pemain tidak makan buah dam milik lawannya
sama ada dengan sengaja atau pun tidak, maka buahnya
akan dirampas.
Menariknya, apabila buah dam berstatus aji, maka buah aji
ini boleh terbang dan berhenti di kesemua arah.

11

PJM 3112
o

Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik


lawannya dianggap memenangi permainan ini.

17. CONGKAK

o
o
o
o

o
o

Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak


perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa
termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari
permainan ini.
Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah
congkak.
Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang
permainan.
Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam
setiap lubang congkak.
Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha
menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah
masing-masing.
Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak
berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain
yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak
dianggap memenangi permainan ini.

18. LOMPAT GALAH

o
o

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini.


Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan
mereka lebih gemar membuat onar.
Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.
Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi
menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan

12

PJM 3112

o
o

seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan


mengambil giliran di tempat yang terakhir.
Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah
hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama
memulakan permainan dengan cara melompat melepasi
rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan
yang telah ditetapkan.
Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan
tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya
diberikan kepada pemain yang berikutnya.

19. LAWAN BOLA

o
o

o
o
o
o
o

Permainan individu ini dimainkan di kawasan anjung


rumah ataupun di dalam rumah.
Pemain perlu menyediakan peralatan permainan
termasuklah bola kertas, pemain, gol serta padang
permainan.
Kedua-dua pemain menyusun kedudukan pemain masingmasing.
Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain
ataupun menepuk pemain.
Jika tepukannya baik, bola meluncur laju ke arah gol.
Kedua-dua pemain berusaha mengalahkan lawan masingmasing dengan cara menyumbat gol.
Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak
dianggap memenangi permainan ini.

20. GASING

o
o
o

Permainan individu ini dimainkan di kawasan halaman


rumah.
Membuat satu bulatan dengan cara menggoreskan di atas
permukaan tanah.
Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain
melontar gasing masing-masing ke arah garisan penentuan.
Gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda
serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.

13

PJM 3112
o

o
o

Manakala gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan


penanda atau gasingnya tidak berpusing dijadikan sebagai
gasing penahan.
Pemain pertama memulakan permainan dengan cara
memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing,
menjatuh dan memusingkan gasing.

14

Anda mungkin juga menyukai