Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA BATU SEREMBAN

PENGENALAN
Batu seremban juga dikenali sebgai permainan selambut atau serembat. Kanakkanak perempuan gemar memainkankannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan
batu seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Peralatan yang digunakan ialah
guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak
lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Pada kebiasaannya permainan ini
dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja
yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para
pemain duduk di atas lantai kerana dengan cara ini permainan ini lebih mudah
dimainkan. Permainan ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan dan ia bermula dengan peringkat pertama yang mudah iaitu sebiji buah yang
dinamakan buah satu digunakan sehingga ke peringkat yang lebih sukar iaitu buah
tujuh.

MATLAMAT KHUSUS PERMAINAN


Matlamat pertandingan permainan tradisional ini adalah untuk memberi peserta
peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dipelajari. Permainan ini juga dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat
dan permainan tradisional nenek moyang. Pertandingan seperti ini dapat mengekalkan
permainan ini untuk dinikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman.

OBJEKTIF
1. Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan tangan
peserta.
2. Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain dengan
baik dan mendapatkan mata yang tertinggi.
3. Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.

JAWATANKUASA
Pengerusi

: Wan Rohaiza binti Wan Mohd Rahim

Setiausaha

: Rosnah binti Hussin

Bendahari

: Yusnita binti Wan Chek

AJK Pengurusan Permainan

: Suwarni binti Abdul Talib


Shalini binti Muhd Hashim

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Semasa batu seremban diselerakkan di lantai, pemain yang memungut batu


tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak di atas lantai.
Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap
mati.
2. Bagi pemain yang melambung batu seremban, pemain pertu menyambut batu
yang dilanbung sebelum batu jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat
disambut oleh pemain yang melambungkannya, maka pemain itu dianggap mati.
3. Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan
membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan
permainan.
4. Setiap pemain hanya diberi masa 2 minit untuk bermain dan memungut
sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3 pusingan atau 3 kali
peluang bermain untuk setiap perlawanan.
5. Jika seseorang pemain telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh
menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali iaitu setelah
semua pemain selepasnya mati atau telah membuat kesalahan.
6. Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh
kesemua pemain.
7. Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ialah pasukan
yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang akan dikira
sebagai pemenang.
8. Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta.
9. Pemain lain yang tidak bermain dilarang mengganggu tumpuan pemain yang
sedang bermain. Pemain yang mengganggu pihak lawan akan diberi amaran
dan jika kesalahan itu dilakukan sebanyak tiga kali maka pemain akan dibuang
gelanggang.
10. Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan
tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah
muktamad.
PROSEDUR PERMAINAN
1. Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara
menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan

dan dilambung ke udara, kemudian hendaklah disambut pula dengan belakang


tapak tangan. Jumpah buah yang dapat disambut akan dikira sebagai mata.
2. Pemain akan mengumpulkan ke tujuh-tujuh biji batu kecil dengan sebelah tapak
tangannya. Setelah dikumpulkan, batu tersebut akan diselerakkan di atas lantai.
3. Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu (buah
ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum
batu itu jatuh, pemain akan memungut sebiji lagi batu yang berada di atas lantai
sambil menyambut semula batu yang dilambung dengan tangan yang sama.
4. Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu
untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji
batu secara serentak.
5. Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan ke
tiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.
6. Selepas cukup tujuh biji batu dikumpulkan para pemain perlu menimbang seperti
yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.
7. Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing yang
akan ditentukan dalam undian. Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam
pusingan seterusnya iaitu sistem kalah mati.

PERALATAN
1. 14 biji batu

ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Peralatan

PLAN PERMAINAN

RM 12.00

KUMPULAN A

KUMPULAN B

BORANG PENGHAKIMAN PERTANDINGAN


BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN
KUMPULAN : .
NAMA

PUSINGAN

PUSINGAN

JUMLAH

PASUKAN

MATA

KEDUDUKAN

Anda mungkin juga menyukai