Anda di halaman 1dari 11

Konda Kondi

Konda Kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama meletakkan kayu panjang digunakan supaya melambung memulakan permainan dengan pendek melintang lubang, kayu untuk menguis kayu pendek itu ke udara, setelah itu kayu panjang

diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat

dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

TUDUNG BOTOL ATAU CEPER


Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat. Ianya menggunakan 5 tudung botol.Kaedah permainan hampir sama dengan batu seremban . Tujuan utama permainan ialah mendapatkan point melalui menimbang dan tuju tudung botol itu. Permainan ini dimonopolikan oleh kaum lelaki. RAJAH 1

RAJAH 2

Permainan ini tak memerlukan kita mencari peralatan yang rumit. Hanya cari 5 penutup botol setiap seorang dan bolehlah kita semua mula bermain ! Caranya sangat mudah !

CARA BERMAIN :

1. mulakan seperti RAJAH 1 bagi menentukan nombor giliran peserta dulu.

2. Lepas itu peserta yang pertama akan menyusun 5 biji tutup botol seperti di gambar pada RAJAH 2 . Peserta perlu tuju tutup botol di hujung tangan kiri (atas) dengan memetik tutup botol di lengan seperti dalam rajah tersebut.

3. Jika kena, peserta perlu mengulangi langkah seperti pada RAJAH 1 bagi mengutip mata untuk dikumpul. Letak 5 tutup botol di tapak tangan dan baling ke atas dan cuba menyambut sebanyak mungkin apabila ia jatuh ke belakang tapak tangan. Mata dikumpul mengikut jumlah tutup botol yang dapat disambut dibelakang tapak tangan.

4. Peserta yang kedua dan seterusnya perlu melakukan perkara yang sama.

5. Perlu diingati bahawa , jika tutup yang dituju tak kena peserta tidak boleh mengumpul point untuk langkah pada RAJAH 1. Peserta yang seterusnya akan jalan pula.

6. Peserta yang dapat mengumpul mata paling banyak dikira juara.

Permainan Bulu Ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Pemain dikehendaki menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah. Pemain mesti menimbang bola seberapa banyak yang boleh untuk mendapatkan mata. Pemain yang mendapat timbangan terendah dikira kalah dan ia akan dikenakan

denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi di setiap pusingan atau jumlah kemenangan yang banyak dan melebihi daripada yang lainnya dikira juara.

TUJU KASUT
Permainan ini merupakan ala-ala sikit permainan digantikan kampung...dan yang modern nya dengan permainan tuju tin...

Alatan yang diperlukan - selipar...siapa yang nak main


sila lah pinjamkan selipar..alah, 4 biji selipar sahaja...

Cara permainan

1. mula-mula, bahagikan kanak-kanak( ade ke orang dewasa main..?? he..he..) kepada 2 kumpulan. 2. kemudian ambil 3 biji ( biji ke...?) selipar susun seperti ini....

Contoh susunan kasut

3.pilih pasukan A atau permainan.. mulakan penjaga pemain bermakna, permainan, untuk

B yang akan memulakan kalau kumpulan B akan kumpulan memilih, melambung A A yang dari boleh duit menjadi

kumpulan

menghalang A.

menyusun semula selipar dan mematikan kesemua kumpulan Untuk seperti menggunakan alternatif

syiling ataupun "osom". 4. 1 biji selipar lagi digunakan sebagai pembaling untuk menjatuhkan selipar yang disusun tadi. Sekiranya selipar jatuh, ahli pasukan A hendaklah lari untuk mengelak dari dibaling oleh pasukan B dan mencari peluang untuk menyusun semula selipar ke

kedudukan asal . Pasukan B hendaklah menggunakan selipar yang digunakan untuk menjatuhkan susunan selipar tadi untuk membaling pasukan A.

susun..jangan tak susun...

5. Sesiapa dari pasukan A tadi terkena balingan selipar, maka dikira mati. Sekiranya semua ahli kumpulan A mati, dan tidak sempat menyusun selipar, maka semua ahli kumpulan A dikira mati dan bertukar giliran pemain kepada kumpulan B pula.

pemain mengelakkan dari terkene selipar supaya tidak "mati"

Peraturan permainan

1. setiap peserta hanya boleh membuat 3 balingan sahaja untuk menjatuhkan selipar yang disusun.

Membuat balingan untuk menjatuhkan selipar.

2. jika semua pemain dalam pasukan yang membaling tidak dapat menjatuhkan menjaga selipar, untuk maka giliran pasukan yang pula meneruskan

permainan. 3. balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja. ini untuk mengelakkan kecederaan

Anda mungkin juga menyukai