Anda di halaman 1dari 3

Inovasi permainan bahasa

dalam bahasa melayu


PERSATUAN BAHASA MELAYU
WAJ 3131
( PERMAINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU)

PENSYARAH:
CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
AHLI KUMPULAN ( PISMP 6E ) :
AMALINA AN NUR BINTI ANAS
NURADILAH BINTI SAMI
NUR SYAHIDA ADILA BINTI ABU SALIM
Manual Permainan Bahasa : Permaidani Ayat

PENGENALAN

Permainan

ini

merupakan

satu

inovasi

daripada

permainan

dam

ular.

Walaubagaimanapun, permainan ini berbeza dengan permainan dam ular yang sebenar.
Permainan ini diberi nama Permaidani Ayat. Permainan dam ular ini diinovasikan untuk
membantu murid dalam kemahiran membina ayat dengan lebih baik. Justeru itu, kami
menggunakan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebagai panduan.
Standard Kandungan :
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran :
3.3.4 Membina dan menulis pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.
ii.

Membina dua daripada lima ayat tunggal.


Menulis dua daripada lima ayat

PERATURAN :

1.
2.
3.
4.

Permainan ini boleh dimainkan secara individu ataupun berpasangan.


Pemain perlu mengikut laluan jejak langkah yang telah diberikan.
Pemain tidak dibenarkan melangkau petak yang lain.
Jika pemain berhenti di dalam kotak yang ada ular, pemain perlu turun ke petak ekor

ular.
5. Jika pemain berhenti di dalam kotak yang ada tangga, pemain perlu menaiki tangga
sehingga ke tingkat tangga berakhir.
6. Pemain diminta membaling bola ke arah tin dan mengira bilangan tin yang jatuh.
7. Pemain akan bergerak ke petak seterusnya mengikut bilangan tin yang jatuh.
8. Pemain akan membina ayat berdasarkan gambar yang dipijak.

CARA BERMAIN :

1.
2.
3.
4.
5.

Pemain bermain secara individu atau berpasangan (dua orang)


Pasangan pemain akan membaling bola untuk menjatuhkan tin.
Bilangan tin yang jatuh merupakan jumlah langkah yang perlu pemain bergerak.
Pemain perlu mendengar arahan guru apabila tiba di petak yang ditujui.
Pemain diminta membina ayat menggunakan kad token yang dipegang dengan

6.
7.
8.
9.

gambar pada petak tersebut.


Pemain berbincang bersama-sama pasangan untuk membina ayat.
Giliran pasangan bermain ditentukan dengan cara lat ta li lat tam plom
Semua pasangan bermain sehingga tamat.
Pasangan yang berjaya menamatkan permainan terlebih dahulu dikira sebagai
pemenang.

Anda mungkin juga menyukai