Anda di halaman 1dari 6

HPT30203

L2

VOLUNTEERISM

NAME LECTURER YM. PN. RAJA NORLIANA BINTI


RAJA OMAR
NAME STUDENT NUR HIDAYAH BINTI ZAHARI

NO MATRIC H20A1530

PROGRAMME FHPK (SAH)

DIARY
Alhamdulillah selesai pembahagian tugas, kami telah dibahagikan tugas masing-

masing dan saya telah bersetuju untuk menggalas tugas sebagai ajk modul dan pembangunan.

Saya dan rakan saya menjalankan tugas dengan mencadangkan permainan yang menarik

kepada anak yatim di Yayasan Kebajikan Anak Yatim. Saya sangat teruja untuk menjalankan

setiap permainan ini dengan mereka nanti. Saya belum pernah lagi melibatkan diri dalam

program bersama-sama dengan anak yatim. Jadi, saya berharap program ini dapat berjalan

dengan lancar.

Saya dan rakan saya mencari permainan yang menarik, cara bermain dan bahan yang

digunakan dalam permainan pada hari program dijalankan. Permainan harus diatur mengikut

masa yang telah ditetapkan. Anggaran masa aktiviti permainan ini 25 minit untuk satu

permainan. Kesemua permainan ini menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Permainan ini

bertujuan untuk memberi mereka lebih memahami perkataan Bahasa Inggeris. Perkataan

Bahasa Inggeris sangat penting terutamanya kepada pelajar kerana mereka akan

menggunakan untuk belajar dan digunakan untuk masa yang akan dating. Bahan yang

digunakan dalam permainan ini adalah kertas warna dan ‘marker pen’. Permainan ini tidak

menggunakan banyak bahan, ini dapat menjimatkan kos.

Terdapat banyak permainan Bahasa Inggeris, saya dan rakan saya memilih permainan

yang dapat memberi kesan yang positif selepas permainan itu dilakukan. Kami memilih lima

permainan, permainan ini juga turut dicadangkan oleh ahli kumpulan kami. Permainannya

ialah ‘Guest the Act’, ‘Perfect Words’, ‘Game Treasure Hunt’, Simon Says’ and ‘Pictionary’.

Permainan ini telah banyak digunakan oleh orang lain dan berkesan kepada pelajar. Kami

berharap permainan ini dapat mengembirakan mereka.

Sebelum hari program ini berlansung, kami semua berkumpul untuk berbincang

mengenai program ini. Saya telah menyiapkan segala tugasan saya. Saya amat berpuas hati
dan saya percaya mereka akan teruja untuk bermain permainan ini. Kami berkumpul untuk

membahagikan tugas untuk setiap permainan. Selepas pembahagian tugas, kami diarahkan

oleh ketua kumpulan kami untuk melakukan permainan tersebut dahulu sebelum hari

kejadian. Setiap permainan ini akan ditugaskan oleh beberapa orang fasi dari kumpulan kami.

Saya dan rakan saya akan mengurusakan permainan ‘Perfect Words’. Saya dan rakan saya

menyiapkan perkataan Bahasa Inggeris yang akan digunakan dalam permainan nanti.

Alhamdulillah semua memberi kerjasama yang baik sebelum program ini berlansung.

Selesai tugasan kami, saya membantu rakan saya untuk penyediaan hadiah kepada

anak-anak yatim. Kami mengisi makanan di dalam setiap plastik dan kami berharap mereka

akan gembira menerima hadiah daripada kami. Mereka akan turut mendapat hadiah bagi

setiap pemenang dalam permainan tersebut. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh

kami untuk mereka. Saya berharap mereka dapat bermain permainan ini dengan seronok

bersama-sama dengan kawan mereka. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.

Setiap permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli setiap kumpulan. Kami yakin mereka

akan memperoleh kebaikan dari permainan ini.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu pada 12 Januari 2023, kami

dikehendaki tiba di sana pada pukul 3 petang. Saya sangat teruja untuk melihat suasana di

Yayasan Kebajikan Anak Yatim itu. Setelah tiba di sana kami mengangkat segala hadiah dan

diletakkan di dalam dewan. Tempat program ini diadakan di dewan Yayasan Kebajikan Anak

Yatim itu. Kami menunggu mereka menyiapkan diri kerana mereka baru pulang dari sekolah.

Program ini dinamakan ‘Fun Learning’. Pelajar yang akan menyertai dalam program ini

adalah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Semua pelajar telah pun tiba, setiap fasi bersedia untuk permainan ini bermula. Pelajar

tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan terdiri dari enam hingga
tujuh orang pelajar. Setiap kumpulan tersebut mempunyai pelajar dari semua tingkatan.

Pelajar diarahkan untuk duduk secara berkumpulan. Permainan ini akan bermula dengan

permainan ‘Guest the Act’ dan ‘Game Treasure Hunt’. Setiap kumpulan akan bergerak di

dalam dewan di bahagian belakang untuk bermain permainan ini. Permainan ini bermula,

saya pergi menyertai fasi di bahagian permainan ‘Guest the Act’. Setiap kumpulan akan

melakukan permainan tersebut dengan meneka gaya yang dilakukan oleh satu orang ahli

kumpulan dalam perkataan Bahasa Inggeris.

Semua ahli kumpulan dari pelajar tersebut saling bekerjasama untuk meneka gaya

yang dibuat oleh salah seorang ahli mereka. Permainan ini berlangsung dengan meriah sekali

apabila pelajar tersebut turut seronok bermain dalam permainan tersebut. Sambil menunggu

giliran setiap kumpulan untuk bermain, bagi kumpulan pelajar di bahagian depan dewan,

mereka bermain meneka ejaan dalam bahasa Inggeris. Pelajar yang dapat meneka ejaan

disebut oleh fasi akan mendapat hadiah. Pelajar berebut menggangkat tangan untuk meneka

perkataan yang disebut oleh fasi. Melalui permainan ini pelajar akan lebih ingat setiap ejaan

perkataan dalam bahasa Inggeris.

Permainan ini mungkin mengambil masa lebih dari 25 minit, jadi kami terpaksa

membuang satu permainan iaitu ‘Pictionary’. Permainan ini berlansung dengan permainan

‘Perfect Words’. Pelajar akan menyusun perkataan bahasa Inggeris dalam 5 ayat dalam masa

1 minit. Saya sebagai wakil dalam permainan ini, jadi saya memberi tahu kepada mereka cara

bermain permainan ini. Mereka turut dibantu oleh fasi yang lain. Kami membahagikan tugas

ada yang menjaga masa, memberi arahan dan mencatat markah yang dikumpul oleh setiap

ahli kumpulan.

Saya dapat merasakan keseronokan semua pelajar bermain permainan ini, mereka

tidak menunjukkan keletihan selepas pulang sekolah malah mereka lebih bersemangat.
Selesai tiga permainan, kutipan markah diambil untuk setiap kumpulan. Kebanyakan

kumpulan mendapat markah yang tinggi dan kesemua pelajar aktif bermain dalam program

pada hari ini. Ada juga yang sudah memegang bekas hadiah yang dimenanginya dalam

permainan meneka ejaan perkataan bahasa Inggeris.

Permainan diteruskan dengan permainan ‘Simon Says’. Permainan ini merupakan

permainan semua kumpulan yang terlibat dan merupakan permainan yang terakhir. Kesemua

pelajar dikumpul mengikut kumpulan dan mereka akan mengikut salah seorang fasi di

hadapan. Fasi akan menyebut perkataan ‘Simon Says’ di hadapan ayat seperti ‘Simon Says sit

down’. Markah diambil apabila pelajar yang berjaya mengikut arahan fasi tersebut.

Permainan ini menunjukkan mereka lebih peka dengan perkataan bahasa Inggeris. Permainan

ini berlangsung dengan meriah sekali dan ada teriakan dari setiap ahli yang kalah yang

memberi kata-kata semangat kepada rakan mereka. Pada pendapat saya, permainan ini

merupakan permainan yang lebih meriah dan bersemangat kerana permainan ini bermain

mengikut kumpulan dan berkumpul di tempat yang sama. Seorang pelajar lelaki yang

memenangi permainan ini, tepukan semangat dari ahli kumpulannya.

Alhamdulillah, kesemua permainan berjalan dengan lancar dan kesemua pelajar

menunjukkan kegembiraan dan semangat untuk menang dalam permainan itu. Kesemua

pelajar menunggu saat akhir dengan acara penyampaian hadiah. Kami telah menyediakan

kepada semua pelajar akan mendapat hadiah. Kami juga menyediakan hadiah untuk setiap

permainan. Hadiah dimenangi oleh tiga kumpulan dalam permainan tersebut. Saya melihat

mereka sangat suka berpuas hati dalam permainan tersebut selepas menerima hadiah. Mereka

terus terseyum kegembiraan pada wajah masing-masing.

Pembahagian hadiah kepada semua pelajar berjalan dengan lancar. Ada kebanyakan

pelajar menunjukkan kesedihan dan ingin kami datang lagi ke tempat mereka. Kami semua
mengambil gambar kenangan bersama dengan mereka. Saya sempat memberi kata-kata

semangat dalam menuntut ilmu kepada beberapa orang pelajar. Saya sangat berterima kasih

kepada semua rakan kami yang banyak membantu menjayakan program ini. Saya juga

banyak belajar dari program ini. Antaranya ialah kita haruslah saling bekerjasama dalam

menjalankan segala tugasan dan kita haruslah berbuat baik kepada anak yatim untuk

mendapat kebahagian dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai