Anda di halaman 1dari 23

Unit 6

 
Penyedian bahan dan props
untuk aktiviti “Main”
Objektif Unit
 
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
 Menghuraikan cara pemilihan bahan dan props
dijalankan
 Menjelaskan bagaimana bahan dan props penting dalam
permainan
 Mengenal pasti bahan dan props untuk aktiviti main
 Menghuraikan jenis-jenis permainan dan barang
permainan Tradisional dan kontemporari
 Menjelaskan kepentingan permainan tradisional dan
kontemporari dalam pendidikan
 Mengenal pasti jenis-jenis permainan tradisional yang
bersesuaian dengan umur dan kebolehan kanak-kanak
Hasil Pembelajaran:
 
Pada akhir unit ini pelajar dapat:

 Memilih bahan dan props yang bersesuaian dengan aktiviti dan


perkembangan kanak-kanak
 Menyediakan manual pemilihan dan penyediaan bahan dan
props
 Menghasilkan bahan dan props dari bahan terbuang dan
berkos rendah
 Menerangkan cara permainan dijalankan
 Menyediakan manual permainan tradisional
 Merancang dan mengintegrasikan permainan dalam aktiviti
harian kanak-kanak
 Menerapkan nilai-nilai estetika dalam permainan kepada
kanak-kanak
 
 
Pengenalan
 
 Pemilihan barang permainan
untuk meningkatkan
perkembangan menyeluruh
kanak-kanak hendaklah dibuat
dengan teliti dan bersesuaian
dengan aktiviti yang akan
dijalankan.
Memilih dan
Mengklasifkasikan
barang permainan
Terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian
semasa memilih barang permainan dan props untuk
aktiviti kanak-kanak. Antaranya :
 
 Umur kanak-kanak
 Kebolehan kanak-kanak
 Jumlah kanak-kanak yang akan menggunakannya
 Saiz dan bentuk
 Ciri-ciri keselamatan dan kebersihan
 Objektif barang permainan itu digunakan
 Aktiviti yang bersesuaian dengan barang permainan
yang dipilih
 Tahap kefahaman guru terhadap penggunaan barang
permainan tersebut
 Jenis barang permainan yang dipilih
Hubungkait barang permainan
dan aktiviti
Barang Permainan Aktiviti yang dijalankan

Blok ini di gunakan untuk meningkatkan kemahiran


motor halus kanak-kanak.
Kanak-kanak berpeluang menyusun blok-blok ini
mengikut kreativiti mereka

Model kenderaan ini boleh digunakan semasa


guru/pengasuh menggunakan Tema “kenderaan” .
Kanak-kanak boleh digalakkan untuk meneroka
model kereta
Blok kayu. Kanak-kanak membina blok kayu menjadi
pelbagai bahan binaan yang menarik. Melalui aktiviti
ini kanak-kanak dapat meningkat kemahiran berfikir
mereka dan juga dapat meningkatkan kemahiran
motor halus

“Soft Toys”, amat sesuai untuk bayi. Saiznya yang


besar dan warna yang menarik. Bayi dapat
memegang dan melihat gambar yang dicetak di blok-
blok lembut ini.
Blok yang dibuat daripada kain dan lembut. Amat
sesuai untuk bayi. Bayi dapat belajar mengenal
pelbagai jenis haiwan.

Mainan masak-masak amat digemari oleh semua


kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan.
Melalui aktiviti ini kanak-kanak berpeluang
berkomunikasi dan berinteraksi antara rakan sebaya.
Boneka amat penting sebagai bahan untuk kanak-
kanak gunakan sebagai barang permainan. Boneka
biasanya menjadi rakan karib kanak-kanak. Boneka
yang dimiliki oleh kanak-kanak membantu kanak-
kanak untuk merasa yakin terhadap diri mereka

Permainan Literasi- kanak-kanak belajar membaca


melalui permainan kad bergambar dan huruf-huruf
Huruf-huruf magnetik- kanak-kanak menyusun huruf-
huruf menjadi perkataan dan ayat

Puzzle- kanak-kanak memahami konsep ruang dan


boleh mengenal serta menyebut nama gambar yang
dilihat
Permainan Tradisional
 
1) Tepuk Amai-amai

 Pengasuh meletakkan bayi di atas riba dan menyanyikan


lagu tepuk amai-amai sambil bertepuk tangan dengan
bayi

Lagu:

Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk adik pandai
emak upah susu…….
2) Tom-tom-bak

 Pengasuh mengenggam tangan dan


meletakkannya di atas tangan kanak-
kanak. Beberapa orang boleh terlibat di
dalam permainan ini
 
3) Congkak

 Merupakan jenis permainan Anjung.


 Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran
menapak akhir.
 Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.
 Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan
congkak dan cakak.
 Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang
mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9.
 Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi
cakak.
4) Batu seremban

 Merupakan jenis permainan Laman.


 Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan
terbanyak.
 Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang
sebelah / sepasukan.
 Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5)
uncang (3 cm persegi satu butir).
 Gelanggangnya adalah Permukaan rata
5) Galah panjang

 Merupakan jenis permainan Laman.


 Tujuan dan matlamat permainan adalah
untuk mengalahkan pihak lawan melalui
jumlah Bilon yang diperolehi.
 Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-
tiap regu mestilah mengandungi lima (5)
orang pemain ( empat (4) orang pemain
dan satu (1) simpanan ).
 Perlawanan di dalam permainan ini
adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh
satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu
yang lain.
 Gelanggang Galah panjang dibina di
permukaan yang rata dan mendatar.
6) Dam Aji
o Merupakan jenis permainan Anjung.
o Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan.
o Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu
(1) orang sepasukan.
o Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir
dan Papan Dam.
o Gelanggangnya adalah Permukaan rata.
7) Gasing
o Permainan gasing merupakan permainan untuk
orang lelaki muda dan dewasa.
o Bagaimanapun ada juga jenis gasing kecil tetapi
bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-
kanak.
o Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis
iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'.
o Pada masa dahulu permainan gasing merupakan
sejenis permainan yang mendapat perhatian
umum dan ramai peminatnya.
o Di samping bermain sebagai riadah dan
memenuhi masa lapang, permainan ini
dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan
di peringkat kampung, daerah dan negeri.
8) Layang-layang

 Permainan layang-layang atau wau mengandungi


unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada
bentuk layang-layang atau wau itu sendiri.
 Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang
dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa
nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan.
 Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk,
Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang
terkenal ialah Wau Bulan

Anda mungkin juga menyukai