Anda di halaman 1dari 15

Kerja Kursus 21/2 Sejarah 2008

ELEMEN 2 DAN ELEMEN3


NAMA CALON: NUR HAZIMAH BT ABU BAKAR

NOMBOR.KAD PENGENALAN : 930504-05-5402

NOMBOR PUSAT :

NOMBOR ANGKA GILIRAN :

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SEK. MEN. KEB. SUNGAI


NIBUNG , 11900 BAYAN
LEPAS, PULAU PINANG.

TAJUK KERJA KURSUS: Elemen 2

PERMAINAN TRADIONAL -CONGKAK-

Tugasan Elemen 3 -Esei

Bagaimanakah modal insan yang patriotik


dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan
permainan ?

GURU PENILAI : EN. ROHIZAN BIN AHMAD.

SKOR :

Elemen Markah
E1 Mengumpul Fakta Sejarah
E2 Merekod Fakta Sejarah
E3 Penerapan unsur Patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian

…………………………..
( Tandatangan Guru Penilai )
SENARAI KANDUNGAN

Permainan Tradisional
-Congkak-

Bil. Perkara Halaman

1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
4 Hasil Kajian
1. Nama permainan.
2. Latar belakang.
3. Tujuan dimainkan.
4. Alat-alat yang digunakan.
5. Cara dimainkan.

5 Rumusan
6 Lampiran
7 Rujukan
8 Elemen 3- Penerapan
Unsur Patriotisme.
“Bagaimanakah modal insan yang patriotik
dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan
permainan?”
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana

telah mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan

sempurnanya.

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Rohizan bin

Ahmad ,guru Sejarah Tingkatan 3 Bestari ,yang telah memberi panduan, nasihat serta

bimbigan kepada saya sepanjang masa kajian di jalan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya kerana

telah memberi semangat , galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja

kursus ini.

Akhir sekali , saya mengambil kesempat ini untuk mengucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan saya kerana telah memberi rujukan serta menolong saya

menyiapkan kerja kursus ini.


1
Objektif Kajian

Objektif kajian sejarah bertajuk permainan tradisional iaitu congkak ialah :

(a) Saya dapat mengetahui latar belakang permainan tradisional congkak dengan lebih

mendalam dan lebih jelas lagi.

(b) Saya juga dapat mengenali cara-cara bermain permainan tradisional congkak.

(c) Selain itu, saya dapat mengkaji bahan-bahan yang digunakan untuk bermain

permainan tradisional congkak.

(d) Saya cuba mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat permainan

tradisional congkak , contoh congkak diperbuat daripada batang pokok kayu

besar.

(e) Akhir sekali saya dapat mengenal pasti pelbagai -bagai jenis congkak yang ada.

2
KAEDAH KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian tentang permainan tradisional congkak ,

berikut adalah kaedah yang digunakan oleh saya :

(a) Melayari internet

Saya telah melayari internet dan dapatkan seberapa banyak maklumat tentang

permainan tradisional congkak .

(b) merujuk majalah

Saya juga telah merujuk kepada majalah yang terdapat gambar permainan

tradisional congkak.

(c) Perpustakaan sekolah

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat lagi ,saya meminjam buku

tentang permainan tradisional congkak daripada perpustakaan Sekolah

Menengah Kebangsaan Sungai Nibung.

5
Hasil Kajian
1. Nama permainan :

Nama permainan ialah Congkak dan nama lain bagi congkak ialah

congak ,dan di utara Semenanjung permainan ini di panggil

jongkok. Nama congkak diberikan oleh kerana mula-mula dimainkan

dengan menggunakan kulit kerang atau “congkak”.Dari situlah

bermulanya nama permainan itu.

2.Latar belakang:

- Asal- usul :

Kemungkinan besar congkak berasal dari Timur Tengah yang dibawa

bersama barangan dagangan oleh para pedagangdari rantau tersebut

beberapa abad yang lalu. Congkak dipercayai dibawa ke kepulawan

Melayu melalui India. Oleh kerana bentuk permainannya yang agak

mudah, maka mudah pula diterima oleh penduduk-penduduk

Negara ini.

- Negeri yang mempopularkan permainan ini :

Congkak juga di popularkan oleh negeri India , Brunei , Thailand,

Singapura, Filipina dan Indonesia.

- Kaum / etnik yang terlibat :

Kebiasaannya kaum etnik yang terlibat ialah Kaum wanita atau

kanak-kanak.

3.Tujuan dimainkan :

Tujuan permainan congkak dimainkan adalah untuk mengisi masa

lapang.
4.Alat yang digunakan :

Dalam permainan congkak, peralatan utama yang diperlukan ialah papan

congkak dan buah congkak Papan congkak biasanya diperbuat daripada

batang kayu yang tebal. Buah congkak pula terdiri daripada kulit

kerang, biji saga, biji getah, guli dan ketul-ketul batu kelikir.

5.Cara dimainkan :

Setiap permainan yang ada pastinya mempunyai cara ia dimainkan.

Jika ini tidak diketahui oleh seseorang pemain maka permainan itu

tidak dapat dimainkan dengan baik seterusnya keseronokan bermain

tidak dapat dinikmati.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang

mudah dan ia boleh dimain oleh sesiapa sahaja. Lazimnya permainan

ini hanya melibatkan dua orang pemain kerana papan congkak yang

digunakan untuk memainkan permainan ini mempunyai dua baris lubang

yang sama banyak serta mempunyai dua lubang yang dinamakan rumah

congkak. Pemain akan duduk berhadapan iaitu menghadap antara satu

sama lain ketika bermain.

Setiap permainan harus berusaha mengalahkan lawan masing-masing

dalam menentukan pemenang dalam permainan congkak ini. Sekiranya

seseorang itu bermain congkak dan salah seorangnya berjaya mendapat buah
congkak yang banyak, maka pemain itu dianggap sebagai pemenang.

Oleh itu kecekapan dan kemahiran adalah penting untuk memenangi

sesuatu permainan atau pertandingan dalam apa jua permainan. Setiap

permainan congkak akan dimainkan secara serentak oleh pemain. Pemain

akan mengambil buah dari mana-mana lubang miliknya dan kemudian akan

memasukkan sebiji buah congkak ke dalam setiap lubang yang yang ada

termasuk kedalam lubang yang dikenali sebagai rumah congkak di papan

congkak

Gerakan seterusnya hingga buah yang terakhir pada tangan

dimasukkan ke dalam kampung kosong dikawasan sendiri atau lawan dan

pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung

sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan

kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung

tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga

buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh kedalam rumah sendiri, pemain

boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di

mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung

kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak

lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula


kampung dengan buan congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup

buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain

pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan

mengaku kalah.

Rumusan
Setelah membuat kajian tentang permainan tradisional congkak, saya
telah mempelajari banyak pengetahuan tentang permainan tersebut. Saya

berasa sangat gembira kerana saya telah mencapai matlamat saya untuk

membuat satu projek yang lengkap. Saya juga dapat pegetahuan yang

mendalam melalui rujukan guru dan kawan-kawan.

Walaupun proses melengkapkan projek ini agak sukar dan

panjang, saya berasa memang puas selepas mencapai matlamat saya.

Saya juga mempelajari betapa pentingnya pembahagian masa dengan

sepenuhnya.

RUJUKAN

Laman web:

(a) http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

(b) http;//tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html

(c) http://www.ashtech.com.my
1
0

ELEMEN 3

Bagaimanakah modal insan


yang patriotik dapat
dibentuk melalui aktiviti
sukan dan permainan ?

Modal insan yang patiotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan

permainan.Sejarah bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai

murni dikalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang berbangga sebagai

rakyat Malaysia seperti menghormati raja dan pemimpin negara , menghargai jasa

dan perjuangan tokoh-tokoh negara ,menghormati lambang-lambang negara seperti

bendera, lagu kebangsaan, jata negara. Selain itu, kita juga mesti menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara. Kita mesti menghargai dan mengamalkan

tradisi dan budaya bangsa. Oleh itu, kita mestilah berbangga dengan sejarah negara.

Selain itu ,kita mesti bersemangat setia negara , cinta akan bangsa dan negara.

Kita juga wajiblah taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara. Tambahan pula,

kita mesti sedia berkorban , bertanggungjawab, berani dan sanggup

mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu, kita mestilah peka

kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Kita mesti bersyukur sebagai

warganegara Malaysia.

Kita mestilah mempunyai semangat kekitaan .Antaranya kita haruslah

bersatu-padu dan harmoni. Selain itu, kita mestilah mempunyai sikap bertolak-ansur,

bertoleransi, bekerjasama dan saling tolong -menolong antara satu sama lain. Kita

juga haruslah mempunyai sifat hormat –menghormati, bersefahaman, bermuafakat,

dan semangat bermasyarakat.

Semangat patriotik yang keempat ialah disiplin. Sebagai pelajar kita mestilah

berakhlak dan berbudi perketi untuk mempertahankan dan menjunjung

perlembagaan negara. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang.

Kita wajib berkelakuan sopan, bertatasusila, berhemah tinggi dan bertindak wajar.

Selain itu, kita mesti mempunyai sifat jujur, amanah, berlaku adil dan bertimbang

rasa.
Semangat patriotik dapat dibentuk jika kita rajin dan gigih berusaha. Kita

mestilah hidup berdikari dan tabah menghadapi cabaran.

ElEMEN 2

Permainan Tradisional
-Congkak-

Anda mungkin juga menyukai