Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

“ Dam Ular Dasar “

1.1 Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh saya bertajuk “Dam Ular Dasar”. Projek ini merupakan

inovasi daripada permainan dam ular. Dam Ular Dasar ini adalah hasil inovasi dalam cara

permainannya untuk memperkukuhkan lagi kemahiran kata dasar.

1.2 Pengenalan

Permainan dam adalah nama sejenis permainan papan. Permainan dam datangnya daripada

sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat beberapa jenis permainan

dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular

Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India

sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang

diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan

kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.

Dam Ular Moksha Patamu


Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di

mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu,

Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di

tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau

yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan".

Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik

Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan

kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan,

pembunuhan, dan kecurian. Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh,

seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan

melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang

rendah. Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatan bahawa jalan ke arah

kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka

"100" diwakili Moksha (keselamatan). Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama

Vaikuntapali.

Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan dam ular ini dapat membantu proses

pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang lebih menarik.

1.3 Objektif

Salah satu cara untuk mengingati kata dasar

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran

Dapat memupuk serta tahap kerjasa di antara pelajar


1.4 Rasional projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran yang memerlukan murid-murid memberikan kata dasar perkataan berimbuhan.

Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid-murid terhadap permainan dan

seterusnya memberi pengetahuan tentang kata dasar. Murid-murid mendapat ilmu

pengetahuan sambil bermain dam ular yang diminati oleh murid-murid. Projek ini juga dapat

mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru

di dalam kelas.

1.5 Skop dan limitasi projek

Skop projek “Dam Ular Dasar” ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam kelas

berkaitan kemahiran kata dasar, mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi

kegiatan kokurikulum sekolah dan boleh dijadikan set permainan di rumah.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek “Dam Ular Pintar” ini

ialah semasa penyediaan kad pintar, dam ular dan nombor ajaib kerana memerlukan set yang

banyak kerana permainan ini dijalankan dalam berkumpulan.

1.6 Kepentingan dan impak projek

Permainan dam ular tradisional hanyalah satu permainan yang mendatangkan keseronokan

semata-mata dan membuang masa sedangkan “Dam Ular Dasar” pula mampu memberikan

ilmu pengetahuan berkaitan dengan kata dasar, keseronokan serta boleh menghilangkan

ketegangan dan stres dalam kalangan murid-murid serta guru. Murid-murid dapat bermain

sambil mengingati fakta kata dasar.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang tradisional seperti sistem “kuliah” dan “chalk

and talk” membosankan pelajar dalam kelas. Manakala proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar dengan penggunaan “Dam Ular Dasar” ini

dalam kelas. Murid-murid akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan pengajaran

kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu penglihatan, pendengaran

dan perbuatan.

1.7 Anggaran kos projek

BARANG HARGA

Dakwat Printer RM 2.00

Kad Keras RM 3.00

Kertas Warna RM 10.00

Gam RM 1.00

Jumlah RM 16.00

1.8 Cara bermain

Konsep untuk alat ini, diadaptasi daripada reka bentuk dam ular yang tradisional. Konsep

permainan “Dam Ular Dasar” ialah ;

1. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai

seorang ketua yang dipanggil ‘Tedung’.

2. Pemain pertama akan membaling dadu. ‘Tedung’ akan memberikan satu

perkataan dan meminta pemain menyatakan kata dasarnya.

3. Masa untuk menjawab soalan ialah lima mimit.

4. Jika pemain pertama dapat menjawab, dia akan menjalankan kad nombor

mengikut bilangan angka pada dadu.


5. Jika pemain tidak dapat menjawab kata dasar dengan betul, pemain kedua pula

akan melontar dadu.

6. Jika pemain terkena petak tangga, dia diberi ganjaran untuk menaiki tangga

dan jika pemain terkena petak ular dia dikehendaki turun petak.

7. Sesiapa yang sampai paling awal di petak tamat diisytiharkan pemenang.

8. Pemenang ini pula akan menjadi ‘Tedung’.

1.9 Bahan dan alatan

Dam Ular
Kad Soalan Kata Dasar dan Kad Nombor

Dadu

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek inovasi “Dam Ular Dasar” ini memerlukan kerjasama

berpasukan dalam kalangan murid-murid. Murid-murid juga dapat memperkukuhkan lagi

fakta tentang kata dasar.

Anda mungkin juga menyukai