Anda di halaman 1dari 3

Laporan Ahli Jawatankuasa Permainan Sepak Manggis

Karnival permainan tradisional telah dijalankan pada 12.03.2014 dengan jayanya setelah membuat persiapan selama beberapa minggu. Beberapa permainan tradisional telah dipertandingkan seperti Batang Lampung, Kabadi, Ketinting, Tarik Upih, Lari dalam Guni, Galah Panjang, Sepak Raga dan Sepak Manggis. Unit-unit yang mengendalikan karnival permainan ini ialah pengajian Bahasa Melayu, bahasa Cina 1&2, bahasa Tamil 1&2, Matematik dan Sains. Karnival ini dilaksanakan bukan sahaja untuk memenuhi tugasan projek kursus ini Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3112), namun sebagai persediaan untuk bakal pendidik mengelolakan petandingan sukan di sekolah kelak. Permainan sepak manggis yang dikelolakan oleh saya Syakir Maarif b. Mastor (ketua) dan dibantu kuat bersama Santhy A/p Rengasamy dari unit bahasa tamil 1 dan Wong Zhe Zhun dari bahasa cina 1. Bajet yang diperlukan untuk melaksanakan permainan ini sedikit namun dalam situasi yang sebenar kemungkinan besar. Hal ini kerana permainan ini memerlukan satu tiang yang tinggi kebiasaanya tiang yang digunakan ialah batang buluh atau kayu. Persediaan tempat pertandingan juga memerlukan tenaga yang ramai serta kawasan permainan yang luas sesuai dengan gaya permainan yang memrlukan pemain mengejar dan menimbang bola takraw. Dari segi pembahagian tugas, saya selaku ketua telah mengubah sedikit peraturan & cara permainan ini supaya lebih mudah dimainkan dan menyeronokkan. Sebagai satu kumpulan berbincang dan berjumpa pensyarah bagi pengesahan permainan telah mendapat kata sepakat. Pepatah melayu berbunyi hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih walaupun pada mulanya terasa susah hendak dijalankan namun setelah penambahbaikan dan tanggungjawab dijalankan akhirnya berjaya dilaksanakan. Santhy melaksanakan tugas menghasilkan kad carta permainan dan borang pemarkahan, Wong bertanggungjawab terhadap batang kayu yang menjadi sasaran permainan kerana kesukaranya hendak memacak kayu tersebut dan persiapan padang bersama. Bahkan kesemua kerja dibantu secara bersama, walaupun masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing namun di antara kami cuba membantu mana yang kurang. Contohnya, persiapan padang yang memerlukan masa dan ketelitian menabur tepung bagi membina tempat permainan dilakukan bersama-sama sehingga siap walaupun terdapat beberapa kesukaran ketika melaksanakan kawasan permainan ini.

Setelah pertandingan dijalankan selama 16 minit, keputusannya ialah kumpulan C menjuarai bagi kategori lelaki dengan pungutan 12 mata. Manakala, bagi kategori wanita juara disandang oleh kumpulan A sebanyak 4 mata. Mata dicatat oleh juri-juri yang dilantik daripada unit pengajian bahasa Cina & bahasa Tamil. Keputusan permainan diambil berdasarkan mata tertinggi daripada setiap kategori lelaki dan perempuan. Sebenarnya mengikut perancangan permainan ini mengikut sistem liga. Namun disebabkan kesukaran permain memainkan permainan ini pada saringan pertama, saya membuat keputusan supaya diambil kira markah tertinggi terus daripada setiap kumpulan untuk memilih juara bagi setiap kategori. Kekuatan yang terdapat dalam pengajuran permainan ini ialah permainan ini berjaya dijalankan walaupun secara keseluruhan persiapannya agak rumit berbanding permainan yang lain. Hal ini bukan sekadar kenyataan kosong tetapi berdasarkan pemerhatian saya sebagai ketua dalam melihat perjalanan keseluruhan permainan ini dari permulaan sehingga permainan ini habis dijalankan bukan mudah. Pertamanya, Permainan ini pada asalnya memerlukan pemain yang bebas tanpa kumpulan dan berdasarkan cabaran daripada individu yang lebih hebat bermain sepak raga. Namun, saya dan ahli kumpulan mencari alternatif untuk

menyesuaikan permainan berkumpulan ini dengan peraturan yang baru. Kedua, persediaan kawasan. Bagi kesemua permainan mempunyai kawasan yang telah ditetapkan seperti ketinting, batang lampung dan galah panjang. Namun, permainan ini pada asalnya tiada batasan garisan dan pemain bebas menimbang selagi bola tidak jatuh ke tanah bagi

meneruskan permainan. Jadi, saya dan rakan terpaksa membuat garisan permainan berupa segi empat sebagai prasyarat permainan. Ketiga, sasaran permainan bagi mengutip mata. Sasaran permainan ialah kotak yang digantung pada hujung kayu. Permasaalahanya dua iaitu kayu yang hendak dipacak,hujung kayu (bucu) bukan yang jenis tajam. Jadi, kami terpaksa mencari & meminjam parang untuk menajamkan hujung kayu tersebut. Kedua kotak sebagai sasaran permainan yang hendak digantung pada hujung kayu. Alternatifnya, kami gunakan dawai untuk mengikat kotak sasaran bersama kayu yang ditajamkan. Kekuatan yang keempat ialah peraturan dan cara permainan sepak manggis ini diubah menjadi ia lebih mudah untuk dimainkan. Semasa permainan ini dijalankan kebanyakan peserta wanita terutamanya tidak pandai menimbang bola takraw kerana permainan ini lebih sinonim dengan kaum lelaki. Bahkan bukan mudah untuk menimbang bola bagi sesiapa pertama kali pengalaman menimbangnya. Jadi, saya membuat keputusan wanita sekadar mengenakan bola takraw pada kayu sahaja untuk mendapatkan mata.

Kelemahan permainan ini, ialah kayu yang dijadikan sasaran tidak boleh dilaraskan ketinggianya. Mengikut peraturan sebenar permainan ini di sabah, kayu sasaran ini boleh dilaraskan ketinggianya supaya mudah pemain mendapatkan ganjaran berupa wang atau manisan yang berisi di dalam kotak. Jadi berdasarkan faktor bucu kayu yang tidak tajam dan keadaan tanah menjadi kesukaran bagi kami melarasakan ketinggian. Kedua, tidak semua pemain tahu bermain takraw. Kebanyakan yang reti bermain takraw ialah lelaki. Jadi kami terpaksa menukarkan syarat mendapatkan mata bagi kategori wanita. Oleh kerana itu, permainan ini menjadi terlalu banyak syarat dan mengelirukan pemain dengan perubahan syarat-syarat tertentu. Ketiga, aktiviti satu kumpulan melawan satu kumpulan yang lain tidak sesuai kerana pemain berkumpul dalam satu gelanggang mengejar satu bola dalam satu kawasan yang kecil. Ia lebih sesuai dimainkan oleh satu kumpulan mengumpulkan mata yang tertinggi. Keempat, ialah luas kawasan permainan dan jarak antara kawasan permainan. Realitinya, permainan sepak manggis ini menggunakan bola sepak takraw yang jika ditimbang akan melantun samada jauh. Jadi jarak satu kawasan dengan kawasan yang lain perlulah jauh agar tidak menganggu pemain lain ketika menimbang bola melebihi kawasan.

Anda mungkin juga menyukai