Anda di halaman 1dari 12

Sekalung Penghargaan

Syukur ke hadrat Allah s.b.t Kerana dengan limpah kurnia & keizinannya Yang memudahkan kami serta memberi ilham Kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Pn. Zakiah Bt Hassan yang banyak memberi idea, panduan & bimbingan kepada kami sehingga lahirnya buku panduan ini. Semoga segala isi & maklumat yang terkandung di dalam Buku panduan ini dapat memberi faedah & manfaat Khususnya kepada guru-guru untuk menarik minat Para pelajar dalam mempelbagaikan Lagi aktiviti permainan di sekolah.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

DAFTAR ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1.1 2. Sejarah / Asal-Usul HALAMAN 2 2 3 3 4 4 5 5-6 7 7 7 8 8 8 10 11 11

PEMAIN 2.1 2.2 Nenek Cucu

3. 4. 5. 6.

ALAT PERMAINAN KAWASAN PERMAINAN CARA PERMAINAN ANALISIS 6.1 6.2 Kelebihan Kekurangan

7.

INOVASI 7.1 7.2 Perubahan Cara Permainan

8. 9.

PENUTUP RUJUKAN

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

1.

PENGENALAN

"Permainan Mencari Cucu" merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh golongan kanak-kanak khususnya diluar rumah dalam masyarakat Melayu satu ketika dahulu. Permainan ini dapat memupuk semangat bermasyarakat (setiakawan) dalam kalangan kanak-kanak di kampung dan mampu memberi peluang kepada mereka untuk bersukan sambil beriadhah mengeluarkan peluh. Selain mampu memupuk dan mengaktifkan psikomotor kanak-kanak, permainan ini turut memberikan kanak-kanak idea dan kreativiti yang kadangkala sukar untuk menilai dan memberikan bukti empirikal terhadap emosi dan kemahiran berfikir mereka. 1.1 Sejarah / Asal-Usul

Telah diketahui kebanyakkan permainan rakyat diwarisi secara turuntemurun dari generasi terdahulu, amatlah sukar untuk menentukan sejarah asal usul yang sebenar sesuatu permainan itu secara tepatnya. Hasil pencarian di internet menemukan sebuah artikel/blog yang mengaitkan permainan ini berkemungkinan diperkenalkan oleh rakyat British kerana mempunyai persamaan dalam nilai dan fungsi dengan permaian "Say Duray" yang dimainkan turun temurun dalam kalangan kanak-kanak Kampung Tian (diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen). Meskipun terdapat beberapa perbezaan, tapi bila dikaitkan dengan nilai dan fungsi kedua-dua permainan ini jelas menunjukkan bagaimana kedua-dua permainan menjadi nadi dalam membentuk nilai dan jati diri dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat juga pendapat yang mendakwa permainan ini asalnya dimainkan oleh anak-anak raja dan pembesar dan mula tersebar ke kampung-kampung setelah dimainkan bersama dayangdayang istana. Sebuah filem melayu yang bertajuk Musang Berjanggut lakonan Tan Sri P.Ramlee (diterbitkan pada 1959) terdapat adegan yang memaparkan keseluruhan permainan ini secara lengkap.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

2.

PEMAIN Memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang pemain untuk bermain. Sebaik-baiknya 5 hingga 7 orang dalam sesuatu masa. Tiada jumlah maksimum yang diterhadkan, tetapi sebaik-baiknya tidak melebihi 9 orang pemain. Sekiranya terdapat 10 orang pemain atau lebih, boleh dibahagi kepada 2 kumpulan dan seterusnya.

2.1

Nenek

Seorang dari pemain dipilih menjadi nenek. Undian secara lai lai li tam plong akan dijalankan. Siapa dikalangan pemain yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

2.2

Cucu

Pemain yang menang dalam undian akan menjadi cucu. Berperanan melakonkan watak cucu. 3. ALAT PERMAINAN

Sapu tangan / kain penutup mata. Sebatang tongkat / kayu.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

4.

KAWASAN PERMAINAN Permainan perlu dimainkan di kawasan lapang. Halaman rumah / padang.

5.

CARA PERMAINAN Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu dimana berada. Nenekku kahwin dengan anak raja. Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

Nyanyian Cucu, cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

6. 6.1

ANALISIS Kebaikan / kelebihan

Membina dan mengukuhkan rasa kasih sayang diantara pemain. Perhubungan fizikal dengan cara berpegangan tangan dapat memupuk perhubungan yang lebih erat. Boleh dimainkan hampir di setiap tempat dan masa. Tidak memerlukan latihan yang terperinci. Tidak memerlukan aktiviti fizikal yang memenatkan. Menimbulkan keterujaan. Cucu tidak dapat menjangka siapa yang akan dipilih oleh nenek. Tidak memerlukan pengadil. Tidak wujud keputusan berat sebelah. Tiada had masa yang ditentukan ketika permainan dimainkan. Tiada yang menang atau kalah. Tidak memerlukan kawasan permainan yang khusus. Tidak memerlukan wang atau perlu mengluarkan perbelanjaan. Alat yang digunakan mudah didapati. Melatih deria sentuhan menjadi lebih peka dan sensitif. Menajamkan akal / otak. Melibatkan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Tiada had / batasan usia. 6.2 kelemahan / kekurangan

Tidak boleh dimainkan bersama jantina yang berbeza kerana melibatkan aktiviti sentuhan dan meraba. Tiada tujuan / matlamat jangka panjang untuk melahirkan pemain yang hebat dan mahir.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

7. 7.1

INOVASI Perubahan

Permainan berasaskan ketajaman akal yang lebih mencabar. Boleh dimainkan bersama lelaki dan perempuan. Mencampurkan berbagai peringkat umur, bangsa dan agama dari setiap lapisan masyarakat. Seorang pengadil diperlukan. Akan terdapat seorang pemenang di akhir permainan. 7.2 Cara Permainan

Bermula dengan 4 orang cucu menyanyi mengelilingi nenek dalam bulatan. Pengadil akan memilih seorang nenek secara rawak. Setiap pemain hanya menyanyikan satu baris rangkap lagu sahaja kemudian pemain di sebelah kirinya menyambung satu baris lagu tersebut dikuti oleh pemain seterusnya. Contoh nyanyian : Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga. Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga. Pemain 3- Mencari cucu dimana berada. Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja. Setelah selesai pemain terakhir nenek akan meneka nama setiap pemain mengikut turutan yang betul. Nama gelaran atau samaran boleh digunakan. Sekiranya salah, pengadil akan memilih secara rawak seorang pemain yang belum pernah manjadi nenek untuk menggantikannya. Pada peringkat ini tiada markah akan dikira. Permainan akan dimulakan semula dengan cara yang sama. Sekiranya nenek dapat meneka dengan tepat mengikut turutan yang betul maka seorang pemain baru akan dibawa masuk.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

Permainan masih dimainkan dengan cara yang sama. Cara menyanyikan lagu seperti berikut : Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga. Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga. Pemain 3- Mencari cucu dimana berada. Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja. Pemain 5- Cucu, cucu tak dapat lari. Semua - Nenek tua banyak sakti. Semua - Sekarang nenek nak cari ganti. Semua - Siapa yang kena, dia menjadi. Setelah selesai semua pemain menyanyi, nenek akan meneka nama setiap pemain mengikut turutan yang betul. Sekiranya salah, pengadil akan memilih secara rawak seorang pemain yang belum pernah manjadi nenek untuk menggantikannya. Dipilih dari kalangan pemain yang sedang bermain sahaja. Pada peringkat ini nama nenek tadi akan dimasukkan dalam senarai pemenang peringkat / tahap 1. Permainan yang baru akan dimulakan mengikut kaedah dan cara sebelumnya. Setiap kali nenek dapat meneka dengan tepat mengikut turutan nama yang betul,seorang lagi pemain baru akan dibawa masuk.

Cara menyanyikan lagu 6 orang pemain: Pemain 1- Nenek, nenek, si bongkok tiga. Pemain 2- Siang mengantuk, malam berjaga. Pemain 3- Mencari cucu dimana berada. Pemain 4- Nenekku kahwin dengan anak raja.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

Pemain 5- Cucu, cucu tak dapat lari. Pemain 6- Nenek tua banyak sakti. Semua - Sekarang nenek nak cari ganti. Semua - Siapa yang kena, dia menjadi. Pada peringkat ini nama nenek tersebut akan dimasukkan dalam senarai pemenang peringkat / tahap 2. Setiap kali pemain baru dibawa masuk akan menyanyikan satu baris lagu yang berikutnya dan selebih lirik lagu tersebut akan dinyanyikan beramai-ramai. Pengadil akan memasukkan nama nenek yang berjaya di setiap peringkat mengikut tahap pencapaiannya. Pengadil perlu mencatit setiap keputusan supaya tidak timbul kekeliruan semasa atau di akhir permainan. Pengadil boleh menghadkan jumlah masa yang diambil untuk meneka nama-nama pemain mengikut budi bicaranya. Pemain / nenek yang berjaya mencapai tahap tertinggi dikira sebagai pemenang. Sekiranya terdapat lebih dari seorang pemain yang tersenarai dalam peringkat / tahap tertinggi, mereka akan diberi peluang menjadi nenek sekali lagi dalam pusingan Penentuan Permainan akan dimulakan mengikut jumlah pemain/cucu terakhir mereka. Dalam pusingan penentuan pengadil boleh memilih mana-mana pemain untuk menjadi cucu. Nenek yang berjaya melepasi tahap tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya Masih tiada pemenang, penentuan akan dibuat melalui kiraan tekaan nama yang betul mengikut susunan di dalam pusingan terakhir. Pengadil boleh mengulang pusingan tersebut atau membuat keputusan melalui kiraan mata mengikut budi bicaranya.
*Pemain dicadangkan berkongsi membeli hadiah untuk pemenang sebelum permainan dimainkan.

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

10

8.

PENUTUP

Permainan rakyat / tradisional secara umumnya memiliki kaedah dan corak permainan mudah, ringkas dan mempunyai unsur semula jadi. Paling penting, ia boleh dimainkan oleh semua kanak-kanak tanpa mengira status dan kedudukan kerana tiada kos perlu dikeluarkan berbanding permainan zaman sekarang yang memerlukan belanja tinggi untuk membeli sesuatu mainan. Ia juga membabitkan banyak pergerakan fizikal yang membantu membentuk kecerdasan minda dan tubuh yang cergas. Sebahagian permainan tradisional ini memerlukan ketelitian strategi dan pemikiran kreatif serta ketepatan bertindak untuk muncul sebagai pemenang walaupun pada akhirnya ia sekadar satu keseronokan mengisi masa lapang. Justeru, permainan tradisional ini wajar dipertahankan dan diteruskan kerana ia terserlah mempunyai 1,001 macam kelebihan berbanding pelbagai jenis permainan canggih zaman sekarang yang akhirnya membentuk kanak-kanak bersikap antisosial. Ia tidak berlaku dalam permainan tradisi yang terbukti sudah berjaya memupuk konsep perpaduan dan setiakawan di kalangan pemain, khususnya kanak-kanak kerana falsafah permainan itu sendiri yang memerlukan jalinan kerjasama erat tanpa mengira kaum dan kedudukan jika ingin menjulang kejayaan. 9. RUJUKAN

1. http://malaysiana.pnm.my/03/0304cari_cucu.htm 2. http://mindasasterabahasa.com/2009/04/permainan-tradisional.html 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan_tradisional_di_Malaysia 4. http://kampungtian.blogspot.com/2012/05/permainan-tradisional-say-durayyang.html

- Designed by: ustaz.is@gmail.com

11

Anda mungkin juga menyukai