Anda di halaman 1dari 2

1. Kalai Selvi a/p Ratnam & 2.

Malvina a/p Joseph


Nama Permainan:

Congkak

Pohon pauh pinggiran paya,


Istana dewi tidak bertangga;
Pancangkan teguh pilar budaya,
Permainan tradisi khazanah berharga.

Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Kami pelajar guru PISMP, Tahun 3
Semester 1 dari Kumpulan Akademik Pengajian Tamil telah mengelola

Karnival

Permainan Tradisional pada 23 Ogos 2015, Ahad bertempat di Gim, Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang di bawah kursus PJM3123 E, Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan . Sembilan jenis Permainan Tradisional telah dipilih
dan dipertandingkan dalam karnival ini. Permainan tradisional yang telah dipilih ialah
Batu Seremban, Serak Lidi , Dam Haji, Congkak, Lempar Getah, Tujuh Tin, Keting-Ting,
Lari dalam Guni dan Kabbadi.Saya Kalai Selvi a/p Ratnam bersama ahli kumpulan saya
Malvina a/p Joseph telah menjalankan pertandingan bagi permainan Congkak.

Kekuatan
1. Kami dapat menjalankan pertandingan ini sepertimana yang ditetapkan.
2. Peralatan seperti Congkak, guli , meja kecil, tikar dalam keadaan selamat dan
selesa serta mencukupi
3. Penyediaan tempat pertandingan dijalankan lebih awal seperti menyususn kon,
menghias tempat pertandingan, menampal peraturan dan sistem pemarkahan
pertandingan
4. Kerjasama antara saya dan rakan saya amat baik dan mengeratkan lagi
silaturahim.
5. Dapat memupuk sifat kepimpinan, tanggungjawab bersama, kerja dalam
pasukan, dan cara pengelolaan pertandingan Congkak
6. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam masyarakat.

1. Kalai Selvi a/p Ratnam & 2. Malvina a/p Joseph


7. Mengenalai lebih mendalam tentang permainan tradisional terutamanya
permainan Congkak
Kelemahan
1. Pengetahuan asas yang tidak mencukupi dikalangan

peserta terhadap

permainan Congkak menyebabakan setiap peserta mengambil masa yang lama


untuk mengakhiri pertandingan.
2. Peruntukan masa 10 minit kepada setiap perlawanan tidak mencukupi.
3. Penyedian tempat yang mencabar kerana tiada dinding untuk menampal
peraturan dan sistem pemarkahan
Peluang
1. Menambah ilmu pengetahuan dalam permainan Congkak
2. Memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi
3. Membantu dalam memupuk sifat kepimpinana semasa mengelola pertandingan
permainan Congkak
Ancaman
1. Cuaca yang tidak dapat dijangka menjadi cabaran walaupun permainan Congkak
ini dijalankan di dalam gim.

Anda mungkin juga menyukai