Anda di halaman 1dari 18

SMK PETALING

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI


2022

TAJUK:
PERMAINAN TRADISIONAL DI
MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN:


1) MUHAMMAD AMINURRASYID
2) ADHA
3) NAZRIN

KELAS:
3 BERLIAN
NAMA GURU:
CIKGU AZUANI BT MOHD HANAFI

1
ISI KANDUNGAN:

BIL PERKARA
HALAMAN

1) Penghargaan 3
2) Objektif kajian 4
3) Kaedah kajian 5
4) Pengenalan 6
5) Laporan 7
6) Penutup 17

2
PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Petaling, Puan Norlida Bt Semun kerana memberi sokongan dan galakan

kepada kami sepanjang melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua – dua ibu

bapa yang kami hormati selama – lamanya. Mereka sentiasa memberi

dorongan, sokongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang kami melakukan

kerja kursus ini sehingga selesai.

Akhir sekali,penghargaan juga diberikan kepada guru Geografi kami

iaitu Puan Azuani Bt Mohd Hanafi kerana dia memberi banyak tunjuk

ajar kepada kami semasa membuat kerja kursus ini.

3
OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenal pasti 7 permainan tradisional yang ada di Malaysia.

b) Menghuraikan 7 jenis permainan tradisional yang ada di

Malaysia.

c) Menghuraikan kepentingan mengekalkan tradisional dalam

kalangan masyarakat di Malaysia.

4
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu:

Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas beberapa lokasi di Taman Sri

Sentosa, dan sekitarnya. Melalui pemerhatian, saya dapat melihat beberapa

permainan tradisional ada dimainkan antaranya adalah speak raga,

congkak, guli dan juga batu Seremban.

Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa penduduk di kawasan kejiranan kami

ini. Tujuan temu bual adalah untuk mendapatkan keterangan dan

maklumat tentang permainan tradisional di Malaysia.

5
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita yang juga dikenali sebagai

permainan rakyat. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal

usul rumpun sesebuah kaum tersebut. Pada hakikatnya permainan

tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri.

Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik. Permainan tradisional ini

sememangnya dapat mengeratkan silaturahim antara permain kerana

permainan ini kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan dan berbeza

dengan permainan masa kini yang lebih bersifat individu.Contohnya

permainan video game, computer dan sebagainya.

6
LAPORAN
Jenis -jenis permainan tradisional di Malaysia

1) Congkak

Permainan congkak dipercayai berasal daripada negara Afrika atau

Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba

yang dibiayai oleh persatuan National Geographic menjumpai

kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh

semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.Dari Timur

Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia


7
melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak

mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini

merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di

kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai

sampai di sana melalui perdagangan hamba.Di sana,congkak

dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali

dengan nama congklak ,manakala di Filipina dikenali sebagai

sungka.

Papan Panjang,

papan berlubang,

Rumah diisi berbiji-biji,

Kalau termakan semuanya hilang,

Papan kosong tanpa isi.

8
2) Wau

Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani

terutamanya pesawah padi. Wau diperbuat daripada kertas yang

berangka (daripada buluh). Wau amat popular di negeri Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau juga dikenali sebagai

“layang- layang“ terutama di negeri Sembilan, Johor dan

Selangor. Permainan wau telah wujud sejak 3000 tahun lalu di

negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada

mereka yang terperangkap di bukit.

9
3) TENGTENG

Permainan tengteng ,atau juga dikenali sebagai kentinting ialah

permainan yang selalunya dimainkan oleh kanak – kanak

perempuan. Ini kerana, tengteng juga tidak memerlukan kawasan

yang besar untuk bermain.

Tengteng biasanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak

dimana ada dua hingga empat orang di dalam sebuah

gelanggang .Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah

orang di dalam satu gelanggang, ia akan mendatangkan kesukaran

untuk setiap pemain untuk bertengteng.

10
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak di atas tanah. Terdapat

Sembilan petak di dalam satu gelanggang.Selain

gelanggang,pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek

yang menandakan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Lompat-lompat atas kotak,

Tulis nombor pakai kapur,

Beli rumah berlambak – lambak

Rumah kotak akhirnya hancur.

11
4) GASING

Gasing merupakan sejenis permainan tradisioanl sejak dahulu

lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan

gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira

berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing

berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik.

Gasing juga merupakan permainan bagi golongan atasan seperti

raja-raja dengan pembesar istana. Kini, permainan gasing amat

popular di negeri Kelantan dan Terengganu.

12
5) GULI

Permainan guli yang juga dinamakan sebagai kelereng,

merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh

kanak – kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimainkan

oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua

belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli

juga biasanya dimainkan pada musim panas atau kemarau. Ini

kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang

akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli menjadi tidak

seronok kerana buah guli akan menjadi lenget atau susah untuk

bergolek.

Merah , biru , kuning didalamnya,

Biji-biji dikelilingi bulatan,

Tik!Tik!Tik! kedengaran bunyinya,

13
Bergolek-golek pula gerak badannya.

6) SEPAK RAGA

Sepak Raga dipercayai berasal dari permainan Cina iaitu Culu

bermaksud menendang bola.Ia terkenal di Malaysia dan Thailand

pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘raga’ dalam Thai. Dahulu ia

dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan

menimbang bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu

tamat. Pada tahun 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.

Kemudiannya ia dimainkan dengan jaring memisahkan dua

pasukan itu. pada tahun 1933, permainan itu dimain di Negeri

Sembilan. Sukan sepak takraw adalah sukan yang diolah dari

permainan sepak raga

Rupa bulat berlubang-lubang,

14
Sama seperti bulan purnama,

Selalu dimainkan oleh cik abang,

Jangan dilupa mainan lama.

7) BATU
SEREMBAN

Batu Seremban adalah satu permainan tradisional yang juga

dikenali sebagai Selambut atau Serembat.Permainan ini

menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji

getah atau objek lain yang sesuai.

Dimainkan di kanak-kanak perempuan dalam berkumpulan

seramai dua hingga empat orang atau lebih.Dimainkan di waktu

15
lapang di Kawasan lapang seperti serambi rumah atau di mana

sahaja Kawasan yang memerlukan permukaan rata dan

bersih.Dimainkan secara duduk di atas lantai.

Keluarga punya lima anggota,

Berwarna-warni kain disarung,

Dicampak, dilambung tinggi ke udara,

Tamat Riwayat semua berkabung.

16
PENUTUP

Melalui tugasan kursus Geografi, kami dapat belajar serta lebih memahami

tentang permainan tradisional. Permainan tradisional semakin dipandang

enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa

menyedari kepentingannya.

Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional

merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa

lapang.Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional

dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan

norma kehidupan murni.

Dari Kedah ke Pekan Sari,

Beli suasana di Kota Tinggi,


17
Selesai sudah tugasan kami,

DI lain masa bersua lagi.

18

Anda mungkin juga menyukai