Anda di halaman 1dari 1

Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang penuh dengan permainan tradisional. Salah satu daripadanya ialah congkak.

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah.Permainan congkak juga memerlukan biji congkak, biji getah atau biji guli sebagai buah. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Bukti tertua tentang kewujudan congkak dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic. Mereka menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. . Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Kesimpulannya, congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang amat penting dan unik. Sebagai warganegara Malaysia yang bangga, kita sepatutnya berusaha mengekalkan permainan congkak demi genrasi yang akan datang. Permainan congkak tidak boleh dilupai walaupun kita hidup di zaman yang penuh dengan teknologi..Pelbagai langkah boleh diambil untuk membuat demikian sepreti megadakan pertandingan congkak di sekolah. Kerjaan juga boleh mengadakan kempen untuk memberei kesedaran kepada penduduk negara tentang keistimewaan congkak.

Anda mungkin juga menyukai