Anda di halaman 1dari 3

Lukisan

Nyiru

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru diperbuat
daripada buluh yang diraut menjadi nipis dan dianyam berbentuk bujur. Bingkainya juga
diperbuat daripada buluh. Ia digunakan untuk menampi bijirin. Kegunaannya untuk
mengasingkan bijirin daripada hampasnya.

Bakul Berkaki

Bakul berkaki, bakul kandung berkaki diperbuat daripada buluh, beranyam rapat dari
tapak ke atas, berbucu empat, bertiang buluh sebagai kaki, mulut yang berbingkai yang
beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu dan digunakan untuk
mengisi beras dan padi.



Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari
kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu
sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui
Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji
getah atau guli.
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari
Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang
bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan
Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Tempayan
Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Bekas ini
bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz, kekadang dengan pelbagai ukiran
tetapi biasanya tanpa ukiran. Selain itu, terdapat juga tempayan yang mempunyai
ukiran timbul pada bahagian sisinya.
Tempayan ini berasal dari negeri China, dan digunakan bagi menyimpan barangan,
makanan, air dan sebagainya. Apabila barangan yang di dalamnya habis dijual, bekas
ini turut dijual. Tempayan mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya penggunaan untuk
membuat ikan pekasam, menyimpan air basuh kaki, memeram air tapai, dan malah
digunakan bagi menyimpan mayat di kalangan orang pribumi Borneo.

Anda mungkin juga menyukai