Anda di halaman 1dari 18

ABSTRAK

BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pengenalan Pua Kumbu


Orang Iban berpegang kuat kepada perkara yang diterangkan dalam agama dan
kepercayaan mereka. Antaranya, pengaruh kuasa-kuasa luar biasa (supernatural being)
terhadap kehidupan manusia. Dalam masyarakat Iban, ada sejenis tenunan yang dikenali
sebagai pua. Orang Iban pada lazimnya menjalankan pelbagai ritual berkaitan dengan
penenunan pua, iaitu dari peringkat awal penyediaan peralatan dan bahan-bahan tenun hingga
ke peringkat pembuatan motif-motif, mereka corak dan hingga selesai penenunan pua itu.
Dalam masyarakat Iban, para penenun pua amat mementingkan teknik pembuatan, warna
(deep red colours), lagenda, mitos, sejarah pewujudan, dan pembuatan motif-motif dan corak
pada tenunan pua. Motif-motif dan corak yang ditenun pada pua, akhirnya akan membentuk
suatu ragamhias yang lengkap dan kompleks yang mengandungi unsur penceritaan simbolik
amat penting terhadap simbol ritual dan nilai dalaman yang ditenun pada pua Iban sebagai
lambang identiti bagi masyarakat tersebut.
Pada awal kewujudannya, pua kumbu merupakan sejenis kain yang dijadikan selimut
bagi komuniti Iban. Pua kumbu merupakan identiti masyarakat Iban dan warisan ini menjadi
kebanggaan etniknya yang diwarisi secara turun temurun. Pua kumbu dapat dikelaskan
kepada beberapa jenis mengikut coraknya. Tempoh masa yang diperlukan dalam
menghasilkan pua kumbu adalah bergantung pada corak dan saiznya.
Proses membuat pua kumbu dimulakan dengan Upacara Ngar di mana benang yang
akan digunakan direndam di dalam air halia serta bahan-bahan lain yang diperlukan. Upacara

ini penting kerana ia bertujuan untuk membolehkan benang bertukar warna sewaktu
diwarnakan. Proses ini akan dijalankan selama 3 hari. Bahan-bahan yang diperlukan akan
disediakan pada hari pertama dan benang juga akan direndamkan ke dalam air halia pada hari
tersebut. Pada hari kedua upacara Nakal diadakan manakala pada hari ketiga pula akan
dilaksanakan upacara Nemuh.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengadakan Upacara
Ngar. Semasa upacara ini diadakan hanya kaum wanita sahaja yang akan terlibat. Bagi kaum
lelaki yang belum dewasa adalah dilarang sama sekali menyaksikan upacara Nakal manakala
kaum lelaki yang sudah dewasa pula hanya boleh melihat tetapi tidak boleh menyentuh
benang. Setelah selesai Upacara Ngar, benang tersebut akan dijemur selama 7 hari dan
setelah itu akan dibasuh. Proses membasuh benang mestilah dilakukan di sungai.
Setelah benang kering proses membuat pua kumbu dimulakan dengan proses nabok
atau menggulung benang lalu gulungan benang tersebut akan melalui proses ngirit atau
menegangkan benang. Seterusnya proses negi atau melipat benang dilakukan bertujuan
memudahkan lagi proses mengikat benang. Setelah benang siap dinegi, ia akan dingebat
yakni membuat corak seperti yang diinginkan. Setelah itu benang akan melalui proses nyelup
atau diwarnakan dengan pewarna yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan. Akhir sekali
merupakan proses nenun. Proses ini mengambil masa yang berbeza mengikut saiz kain yang
ingin dihasilkan.
Selain ingin mengekalkan warisan nenek moyang, penghasilan pua kumbu ini
diteruskan sebagai sumber ekonomi kepada masyarakatnya kerana mereka turut
menghasilkan pua kumbu untuk dijual tidak hanya untuk kegunaan sendiri. Dan oleh kerana
proses-prosesnya yang rumit dan agak memakan masa tidak hairanlah jika harganya mampu
mencecah ratusan ringgit. Meskipun sudah terdapat kilang yang menghasilkan kain pua
kumbu tetapi masih ada juga individu yang masih menghasilkannya bagi mengekalkan kualiti
serta kehalusan seninya.
Seiring dengan peredaran zaman, pua kumbu mengalami perubahan dari segi
kegunaannya. Jika dahulu pua kumbu berperanan sebagai selimut dan digunakan dalam
majlis-majlis keraian seperti perayaan Gawai, perkahwinan dan upacara kematian tetapi
sekarang pua kumbu telah pun dipelbagaikan. Antara produk yang berasaskan pua kumbu
ialah kain kebat ataupun kain yang dipakai oleh kaum wanita Iban, selendang, baju burung,
alas meja dan juga sebagai hiasan dinding. Pua kumbu turut dijadikan pakaian dan sering

dikenakan sewaktu majlis-majlis keraian tanpa mengira masa. Penggunaan pua kumbu tidak
tertumpu hanya pada kaum Iban sahaja malah sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya.

1.2 Sejarah Latar Belakang

1.2.1 Kisah Seragunting dan ayahnya Menggin sebagai pengasas kebudayaan Iban.
Suatu hari, Menggin telah menembak seekor burung ketika memburu di hutan. Dia
pun membawa burung yang ditembak itu balik ke rumah. Apa yang mengejutkan, burung itu
telah bertukar menjadi sehelai kain sarung. Pemilik kain sarung itu ialah Dara Tinchin
Temaga ( anak perempuan Singalang Burong iaitu Tuhan peperangan orang Iban). Dara
Tinchin Temaga telah meminta supaya kain sarung miliknya dipulangkan.
Dara tinchin Temaga telah berkahwin dengan Menggin dan melahirkan seorang anak
yang bernama Seragunting. Tidak beberapa lama kemudian, Dara Tinchin Temaga terpaksa
pulang ke tempat asalnya. Suami dan anaknya turut mengikut dia dan memakai baju bercorak
burung yang ditenun oleh Dara Tinchin Temaga untuk tujuan itu.
Setelah lulus dalam beberapa percubaan, Seragunting telah membuktikan kehebatan
dan dia telah diajar oleh datuknya Singalang Burong tentang adat, meramal dalam pertanian
dan peperangan, upacara ritual dalam piala kemenangan pendekar ( kepala musuh yang
dipotong ), upacara kematian, dan banyak lagi.
Pada abad yang ke-9, masyarakat Iban telah bergiat aktif dalam pembuatan benang dan
pewarna. Benang yang dihasilkan sangat halus dan teliti pembuatannya. Pua kumbu
merupakan satu produk yang dihasilkan daripada benang tersebut. Mengikut kepercayaan
masyarakat Iban, seni tenunan telah diajarkan dalam mimpi mereka. Kumang dan Lulong
yang berasal dari Gelong telah muncul dalam mimpi wanita Iban untuk mengajar mereka
tentang corak tenunan yang cantik untuk dihasilkan. Kewujudan corak tenunan telah
dipercayai wujud seawal munculnya mitos penceritaan tentang Seragunting. Selain itu, Pua
Kumbu telah dikaitkan dengan mitos penciptaan manusia. Pua kumbu telah digunakan untuk
menutup patung yang telah diukir. Setelah itu, Rajah Entala akan menjerit sebanyak tiga kali
untuk menghidupkan dan menukar patung itu menjadi seorang manusia.

Kain pua telah digunakan dalam upacara penyembahan dan kematian.Sekiranya berlaku
kematian di dalam sesebuah rumah panjang, aktiviti untuk menghasilkan pua kumbu adalah
dilarang sama sekali untuk dilakukan. Penghasilan corak tenunan merupakan proses yang
perlu diambil perhatian. Corak pua kumbu dihasilkan secara asli dengan menggunakan
teknik-teknik

tertentu.

Masyarakat

Iban

telah

menghasilkan

seni

tenunan

yang

mengkagumkan tanpa meniru seni penghasilan masyarakat lain. Manding Anak Enggong,47,
dan Jati Anak Ju,76, telah meneruskan legasi dalam penghasilan pua kumbu di Kapit,
Sarawak.

1.3 Objektif Kajian


Pua Kumbu adalah kain kapas upacara tradisional yang bercorak warna-warni dibuat dan
digunakan oleh masyarakat Iban di Sarawak, Malaysia. Mereka menggunakan pua kumbu
untuk upacara spiritual dan acara-acara khas seperti kelahiran seorang anak, sambutan ulang
tahun, upacara gawai dan lain-lain. Kami telah melakukan kajian untuk mengetahui lebih
mendalam tentang pua kumbu. Objektif penyelidikan pua kumbu adalah tentang:
i.

Untuk mengetahui proses membuat pua kumbu dan kepentingannya pada masyarakat
Iban.

ii.

Untuk mengetahui lebih mendalam dalam proses mebuat pua kumbu dan upacara
Ngar dengan membuat kajian di Kapit, Sibu, Sarawak.

iii.

Untuk mencari apakah hubungan antara upacara Ngar dalam proses membuat pua
kumbu dan berapa pentingkah upacara Ngar dalam proses membuat pua kumbu.

1.4 Penyataan Masalah


Dalam proses membuat kajian tentang pua kumbu, kami telah menemui beberapa masalah
tentang pua kumbu yang perlu diselesaikan. Iaitu:
i.

Mengapakah pua kumbu penting bagi masyarakat Iban terutamanya di Sarawak,


Malaysia.

ii.

Mengapakah mereka mempunyai pantang larang dan apakah kepentingannya dalam


proses membuat pua kumbu.

iii.

Mengapakah masyarakat Iban masih mengekalkan tradisi membuat pua kumbu.

1.5 Soalan Kajian


i.

Apakah motif penggunaan pua kumbu dalam masyarakat Iban.

ii.

Bagaimanakah proses membuat pua kumbu dilaksanakan dan apakah maksud setiap
pua kumbu yang dibuat oleh masyarakat Iban.

iii.

Mengapakah proses membuat pua kumbu perlu dikekalkan hingga sekarang.

BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN

Dalam masyarakat Iban, kain pua mempunyai tempat yang penting dari dahulu hingga
sekarang. Kain pua bukan saja penting dalam kegunaan harian, tetapi juga penting dalam
ritual-ritual orang Iban. Kain pua dianggap anugerah petara (tuhan) kepada orang Iban dan ia
menjadi sesuatu yang teramat istimewa malah diakui sebagai lambang identiti budaya
masyarakat Iban di negeri Sarawak. Ini kerana kain pua merupakan warisan yang amat
simbolik bagi menjelaskan identiti budaya Iban menerusi keunikan motif-motif dan
warnanya, bahawa kain pua merujuk kepada bangsa dan etnik Iban di Sarawak sebagai
pencipta, penenun dan pemilik kepada kain pua itu. (Noria Tugang : 2010)
Oleh kerana kain pua merupakan anugerah petara, maka proses pembuatannya
perlulah melalui beberapa ritual iaitu dari peringkat awal pembuatan sehingga selesai
penenunannya. Ini melibatkan khususnya ritual miring yang merujuk kepada satu ritual yang
diadakan untuk menyembah dan memberi makanan kepada petara atau kuasa-kuasa luar
biasa yang lain, manakala piring ialah satu set keperluan asas bahan-bahan yang diperlukan
dalam ritual miring di mana ia memainkan peranan yang amat penting untuk dipersembahkan
kepada petara atau kuasa luar biasa yang lain. Ritual-ritual ini umumnya diadakan untuk
memohon keberkatan, kesempurnaan dan perlindungan kuasa-kuasa luar biasa.
Malah terdapat beberapa pantang-larang, adab dan tatatertib tertentu yang perlu
dipatuhi. Hal ini demikian kerana motif-motif yang ditenun pada kain pua dipercayai
memiliki semangat, nyawa atau roh yang dikhuatiri akan mengancam atau membunuh nyawa
penenun pua itu sendiri. Justeru itu, jika pantang-larang berkenaan tidak dipatuhi, ditakuti

penenun-penenun pua atau orang yang tertentu akan mendapat kemudaratan ataupun
meninggal dunia. (Noria Tugang : 2010)
Dalam masyarakat Iban, kain pua mengandungi makna simbolik dan falsafah tertentu.
Sejak zaman lampau, tenunan kain pua Iban lazimnya mengaplikasikan motif-motif dan reka
corak tertentu sebagai ragam hias yang diadaptasikan menerusi keindahan alam semula jadi,
yang terdiri daripada alam haiwan, tumbuhan, serangga, cakerawala dan unsur-unsur alam
spiritual. Ini kerana bagi orang Iban, unsur-unsur tersebut dipercayai mengandungi nilai-nilai
sakral dan mistik yang boleh mendatangkan kesempurnaan kepada hidup orang Iban (Noria
Tugang:2010).
Apabila disebut pua Iban, ia secara langsung merujuk kepada sosio-budaya kaum Iban
yang menjelaskan bahawa mereka ialah pencipta, penghasil, penenun dan pemiliknya.
Terdapat beberapa elemen penting yang menjadi keunikan dan kesempurnaan kepada kain
pua Iban. Pertama, keunikan warna merah tua, coklat, maroon, biru tua yang dicipta sendiri.
Kedua, keunikan motif-motif, reka corak sebagai ragam hias kain pua Iban yang merupakan
elemen paling ketara membezakan kain pua dengan tekstil masyarakat lain di dunia.
Menurut (Maxwell Robyn : 2003) kualiti kain pua pada lazimnya dinilai menerusi
tahap kepakaran penenun, kualiti warna (richness of the colours), tekstur material,
kesepaduan dan keseragaman motif serta coka dan ragam hiasnya. Malah bagi masyarakat
Iban, setiap motif dan corak yang ditenun pada kain pua mengandungi nilai dalaman pening
yang amat berkait rapat dengan agama dan kepercayaan mereka. Justeru, seseorang penenun
perlu mendapatkan ketenangan jiwa terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menerima
pelbagai petanda menerusi mimpi untuk menenun kain pua.
Dalam masyarakat Iban, pua dianggap sebagai simbol prestij iaitu lambang dan alat
kekayaan, kebesaran dan kepentingannya dalam keagamaan dan kepercayaan orang Iban.
Justeru, kebanyakan motif dan corak kain pua Iban mengandungi nilai dalaman yang
mengandungi makna simbolik yang menyampaikan suatu mesej sangat penting kepada
pencipta dan pemilik pua. Ini kerana nilai dalaman pada motif-motif pua orang Iban amat
kompleks dan ia merupakan satu lambang atau simbol identiti atau pengenalan diri bangsa
Iban yang merujuk bahawa pua ialah cerminan identiti budaya orang Iban di Sarawak dan di
seluruh dunia. Tambahan pula, tenunan kain pua yang bernilai istimewa merupakan satu bukti
tamadun dan ia mencerminkan keunggulan budaya masyarakat Iban dari dahulu hingga

sekarang. Justeru itu, kain pua tetap diabadikan sebagai lambang identiti utama masyarakat
dan budaya Iban di negeri Sarawak sehingga kini.

BAB 3
METADOLOGI

BAB 4
HASIL KAJIAN

4.1 Upacara Ngar


Upacara Ngar merupakan proses merendam benang di dalam campuran air halia dan bahanbahan yang digunakan. Tujuan upacara ini diadakan adalah supaya benang dapat bertukar
warna kepada warna merah apabila diwarnakan (engkudu). Upacara Ngar ini dijalankan
selama 3 hari. Kemudian benang yang sudah dingar akan dijemur selama 7 hari.
4.1.1 Hari pertama: Penyedian bahan dan merendam benang dalam air halia.
Hari pertama, halia dan lengkuas ditumbuk terlebih dahulu sehingga hancur. Kedua-dua
bahan ini ditumbuk secara berasingan. Kuantiti halia dan lengkuas yang ditumbuk
perlulah bersamaan dengan kuantiti benang. Campurkan halia dan lengkuas yang telah
ditumbuk dengan air. Kemudian panaskan kedua-dua air tersebut dan tuangkan air halia
ke dalam dulang serta masukkan garam dan engkelih dengan tempurung kelapa. Kuantiti
garam dan engkelih yang dimasukkan adalah bersamaan dengan saiz tempurung kelapa
yang digunakan. Kemudian rendamkan benang di dalam air halia semalaman.

Rajah 4.1.1 : Benang yang akan direndam

4.1.2 Hari kedua : Nakal


Nakal merupakan upacara mencampurkan air halia di dalam dulang dengan bahanbahan seperti halia yang telah dimasak dan belum dimasak, garam bakong yang telah
dimasak dan belum dimasak, minyak buah kepayang, buah kepayang yang telah
ditumbuk dan dimasak, engkelih dan campuran herba dan batu-batu(pengaruh). Sebelum
mencampurkan semua bahan ini, benang yang telah direndam semalaman perlu diangkat
dari air rendaman dan air halia di dalam dulang perlu dikeluarkan untuk dipanaskan
sekali lagi. Sebelum memulakan proses nakal , upacara miring perlu dilakukan.
Setelah selesai upacara miring, gong akan dipukul bagi menandakan upacara nakal
akan dimulakan.
Kemudian, semua yang terlibat perlu menjenguk ke dalam tempayan (tajau) dan
menggigit besi yang bertujuan untuk melindungi sesiapa yang terlibat semasa upacara
nakal dari sakit (empa jamah). Upacara Nakal ini hanya dilakukan oleh ketua upacara
sahaja. Sebelum memasukkan bahan-bahan yang telah disediakan ke dalam dulang,
tuangkan air halia yang telah dikeluarkan tadi ke dalam dulang semula. Kemudian
upacara nakal dimulakan dengan memasukkan halia yang telah dan belum dimasak
dengan kuantiti segenggam tangan sebanyak 3 kali. Kemudian masukkan segenggam
buah kepayang yang telah ditumbuk dan dimasak 3 kali. Kemudian masukkan minyak
kepayang setempurung kelapa sebanyak 3 kali. Garam bakong yang telah dimasak dan
belum dimasak setempurung kelapa sebanyak 3 kali. Engkelih setempurung kelapa, 3
kali. Campuran herba dan batu-batu (pengaruh) setempurung kelapa, 3 kali. Selepas
semua bahan-bahan dimasukkan, gaul air rendaman sehingga semua bahan-bahan yang
telah dimasukkan bercampur.
Kemudian penyukatan akan dilakukan bertujuan untuk mengetahui sekiranya sukatan

garam dan engkelih mencukupi. Bulu landak digunakan untuk mengetahui sukatan
tersebut. Kedua-dua hujung bulu landak sebelah kiri dan kanan akan dicucuk dengan
buah kunyit. Sekiranya hujung sebelah kiri bulu landak tenggelam, itu bermaksud
kuantiti engkelih tidak mencukupi dan sekiranya hujung bulu landak sebelah kanan
tenggelam, itu bermaksud kuantiti garam tidak mencukupi. Sekiranya kedua-dua hujung
bulu landak tidak tenggelam atau seimbang bermaksud sukatan kedua-dua bahan
mencukupi. Setelah selesai penyukatan, ketua upacara akan melakukan upacara menebas
jalan dengan menggunakan sebilah parang, bertujuan untuk menebas dan memusnahkan
sebarang halangan contohnya penyakit dan pengacau-pengacau yang boleh
memudaratkan kesihatan mereka yang terlibat dalam upacara Ngar ini. Setelah selesai
upacara menebas jalan, benang yang digantung diatas dulang akan diturunkan. Ketua
upacara, iaitu orang yang lebih tua akan memulakan proses menurunkan benang diikuti
yang muda mengikut peringkat umur. Setelah memasukkan benang ke dalam dulang,
proses memijak benang akan dimulakan. Orang yang paling tua akan memulakan proses
memijak benang ini dan seterusnya diikuti orang yang muda mengikut peringkat umur.
Kemudian benang itu akan dibiarkan semalaman.
4.1.3 Hari ketiga: Nemuh
Nemuh merupakan proses penambahan bahan supaya benang menjadi lebih mudah
bertukar warna. Bahan-bahan yang ditambah ialah sama seperti bahan-bahan yang
dimasukkan ketika upacara nakal. Ketika penambahan bahan ini dilakukan, benang
yang direndam mesti diangkat terlebih dahulu. Setelah selesai memasukkan semua bahan
tersebut, rendamkan benang sekali lagi dan dibiarkan semalaman.

Rajah 4.1.3: Penambahan bahan

4.1.4 Awal pagi hari Keempat:


Selepas 3 hari benang direndam, benang akan diangkat daripada dulang untuk dijemur
(ngembun). Semasa proses mengangkat benang ini dilakukan, setiap orang yang memiliki
benang yang direndam perlu membawa piring masing-masing untuk melakukan upacara
miring

Rajah 4.1.4: Setiap orang yang memiliki benang yang direndam perlu membawa piring
masing-masing

4.1.5 Ngembun
Ngembun merupakan proses menjemur benang supaya benang tersebut cukup disaluti
sinar matahari dan embun pagi. Proses ngembun ini dilakukan selama 7 hari. Selepas 7 hari
ngembun benang akan diangkat dari jemuran dan dibasuh. Tetapi proses membasuh benang
ini mesti dilakukan di sungai. Sebelum memulakan proses membasuh benang, upacara
miring harus dilakukan terlebih dahulu.

Rajah 4.1.5: Menjemur benang

4.2 Pantang larang


1. Selama 3 hari upacara Ngar, miring mesti dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi
dan petang. Miring merupakan upacara menawarkan makanan kepada jin-jin yang akan
menolong dan melancarkan upacara Ngar.
2. Semasa upacara Nakal dan memijak benang dilakukan, mereka yang terlibat tidak boleh
memakai baju hitam dan harus memakai kain kebat kerana dikhuatiri perkara-perkara
buruk akan terjadi seperti jatuh sakit (empa jamah) .
3. Hanya kaum wanita sahaja yang terlibat dalam upacara Ngar ini.
4. Semasa upacara Nakal dilangsungkan, kaum lelaki yang belum dewasa atau masih
remaja dan kanak-kanak lelaki dilarang untuk menyaksikan upacara ini. Lelaki yang
sudah dewasa boleh memerhati sahaja, tetapi mereka tidak boleh menyentuh atau
memegang benang, menurunkan benang dan memasukkan bahan-bahan nakal ke dalam
dulang.
5. Bagi para tetamu, sekiranya mereka datang ke tempat upacara Ngar itu, mereka
diwajibkan untuk melakukan upacara miring yang bertujuan untuk menghormati upacara
ini.
6. Tetamu yang datang juga dilarang kencing di halaman rumah.
4.3 Proses membuat pua kumbu
4.3.1 Nabok
Nabok ialah proses menggulung benang. Benang yang telah kering akan dimasukkan
ke dalam pelayang benang untuk digulung dalam bentuk bola.

Rajah 4.3.1: Proses mengulungkan benang

4.3.2 Ngirit
Ngirit ialah proses untuk menegangkan dan menyusun utas-utas benang atau
jaringan benang. Proses ngirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi
benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan
anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap. Alat yang
digunakan ialah tangga ajan, lidi, tendai, dan rakup.

Rajah 4.3.2: Proses ngirit

4.3.3 Negi
Proses negi dilakukan untuk memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah

digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan
dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dan dua batang kayu akan
diselitkan di atas tangga ajan.

Rajah 4.3.3: Proses melipatkan benang

4.3.4 Ngebat
Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki
dengan tali rafia. Ngebat ini bertujuan untuk mengikat benang supaya bahagian yang
diikat tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan. Manakala
bahagian yang tidak diikat adalah untuk mendapatkan warna merah dan hitam. Tali nilon
digunakan untmengikat benang tersebut. Benang yang telah dipilih mengikut saiz akan
diikat. Saiz yang diikat akan menentukan saiz corak. Dalam bahasa iban, gumpalan
benang tersebut dipanggil kayu ubung.

Rajah 4.3.4: Proses mengikat benang

4.3.5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kekalkan dengan buka pusat pengajaran membuat pua kumbu


Memperkanalkan pua kumbu melalui media social
Mewujukan galeri atau pusat pameran yg mempamirkan demobstrasi,hasil,

rujukan

Anda mungkin juga menyukai