Anda di halaman 1dari 9

Buku Skrap

PERMAINAN TRADISIONAL

Nama: Muhammad Hakim Adha


bin Mohd Kamarulzaman

Kelas: 4 Umar

Permainan: Bola Tampar

Guru Penasihat:
Muallimah Azainun
Muallimah Ruhani
PENGENALAN

Orang melayu mempunyai banyak permainan tradisional antaranya


permainan Gasing, wau dan congkak. Ia menjadi permainan di waktu
masa lapang rakyat Malaysia terutamanya di pantai timur seperti
Kelantan dan Terengganu.

1-Sepak Takraw

Permainan sepak takraw atau sepak raga telah wujud


sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.
Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga.
2-Gasing

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia


terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di
Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing
Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.
3-Wau

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-


layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk di
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Jenis-jenis wau
adalah seperti wau burung, wau bulan, wau kucing, wau
jalabudi dan wau merak.

Wau Kucing
Wau Merak

Wau Jalabudi

Wau Burung
Wau Bulan
3-Congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu


tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-
kanak. Permainan ini memerlukan dua orang
pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini
adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-
kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya
dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula
ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil
dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh
dimainkan oleh dua orang sahaja.
Congkak, Permainan Tradisi Melayu

Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau
sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli.
Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat
perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu
"congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba
Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak dikenali sebagai Warri
atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama Congklak, manakala di Filipina, Sungka.
Dalam permainan Congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan Congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm
Dalam permainan ini, pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah
masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan
dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang
seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap
pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga
kehabisan buah Congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.
Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran
sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak
cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.

Anda mungkin juga menyukai