Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

THIVYA A/P KALAICHELVAN

920526-01-6448

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya,
saya dan rakan guru pelatih PISMP semester 5 telah berjaya melaksanakan Karnival
Permainan Tradisional dengan meriah . Tugasan kami bagi subjek Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini adalah merancang
dan mengelolakan Karnival Permainan Tradisional. Karnival pada kali ini telah
berlangsung lancar dan rakan guru pelatih semester 5 telah berjaya melaksanakan
karnival ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan ahli jawatankuasa induk dan
kecil sehingga berakhirnya karnival ini pada 22 Februari 2014.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hanapiah kerana
telah banyak memberi idea dan bantuan dalam merancang dan mengelolakan
karnival ini. Tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu kami
tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sebagai langkah pertama
merancang karnival ini, kami telah mengadakan mesyuarat untuk aktiviti pelantikan
ahli jawatankuasa karnival permainan tradisional kelas. Pelantikan ahli jawatankuasa
ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti karnival berlangsung lancar dan saya
dilantik sebagai AJK Permainan. Antara tugas AJK Permainan adalah memilih
permainan, menetapkan peraturan, menyeneraikan alatan yang diperlukan dan
akhirnya mengelolakan permainan kelas pada hari karnival.

Bagi karnival ini, setiap kelas perlu mengelolakan dua permainan tradisional.
Oleh itu, kami telah adakan mesyuarat kali kedua untuk membincang dan memilih
permainan yang menarik dan sesuai dilaksanakan pada hari karnival. Setelah
berbincang, kami sebulat suara telah memilih dua permainan tradisional iaitu
permainan main getah dan permainan kapal terbang kertas. Pada mesyuarat
tersebut juga, kami telah berbincang tentang peraturan-peraturan permainan dan
alatan-alatan yang perlu disediakan. Saya sebagai AJK Permainan telah
menetapkan 4 orang AJK untuk setiap permainan.
Dua minggu sebelum hari karnival, kami sekelas telah melaksanakan
permainan yang kami telah memilih. Kami telah melaksanakan permainan ini
sesama kami untuk membuat penambahbaikan pada permainan yang kami telah
memilih. Dengan bimbingan pensyarah, kami telah membuat beberapa
penambaikan seperti teknik permainan, bilangan peserta, dan masa permainan. Dua
hari sebelum karnival, kami telah mula menghias tapak permainan kami. Kami
sekelas telah bekerjasama untuk menghiaskantempat kami dengan cantik.

Pada hari karnival, semua kelas telah melaksanakan permainan-permainan


tradisional yang menarik. Permainan- permainan ini telah berlangsung dalam
beberapa sesi dan setiap kelas telah menghantar wakil untuk setiap permainan yang
dianjurkan oleh kelas lain. Setiap wakil dari kelas kami, telah bermainan dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan mata. Kami memang berasa seronok.
Kelas kami juga telah berjaya melaksankan permainan tradisional kelas kami
walupun pada mulanya kami menghadapi beberapa kekangan seperti angin yang
kuat. Namun begitu, kami telah meleraikannya dengan membuat perubahan pada
jadual permainan. Karnival telah berlangsung dengan lancar dan kelas kami telah
mendapat tempat ketiga dalam karnival ini.

Karnival ini sebenarnya banyak memberi pengalaman dan pendedahan


kepada saya berkenaan permainan tradisional dan terdapat beberapa permainan
tradisional yang saya belum pernah bermain. Melalu karnival ini juga, saya telah
mendapat tahu sejarah setiap permaian tradisional. Pengalaman yang diperolehi
melalui karnival ini sangat berguna dan sebagai seorang guru pada kelak hari, saya
dapat mengaplikasikan pengetahuan saya untuk mengelolakan sesuatu karnival
terutamanya karnival permainan tradisional.

Sebenarnya, saya berasa gembira dan berpuas hati kerana melalui tugasan
ini, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya
mengaplikasikan semasa melaksanakan praktikum dan juga semasa saya bertugas
sebagai seorang pendidik. Saya juga mendapati bukan mudah untuk menggalas
tugas sebagai seorang guru yang baik kerana seorang guru perlu sentiasa peka
terhadap keadaan semasa dan perlu menambah ilmu dan pengetahuan untuk
dikongsikan kepada murid-murid dan perlu mengingati mereka perkara-perkara lama
sepeti permainan tradisional supaya mereka tidak melupakannya.
http://kzuhairi.blogspot.com/2016/04/ting-ting.html

https://www.slideshare.net/izardiismail/kebaikan-permainan-tradisional

https://www.academia.edu/40706087/VIRTUAL_REALITY_PERMAINAN_TENG-
TENG_YANG_SEMAKIN_DILUPAKAN

Anda mungkin juga menyukai