Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Karnival Permainan Tradisional

Disediakan oleh: Juliet Coji Siew


Pada 19 April 2016, kami telah menganjurkan Program Permainan Tradisional di
padang bola jaring pada pukul 8 pagi hingga 1 petang. Walaupun program ini hanya
dijalankan sepanjang 5 jam, namun begitu kami telah menggunakan sebanyak 2 minggu
untuk persediaan awal.
Melalui program ini, saya telah mendapati kebaikan dan kelebihan dalam
pengelolahan program ini. Kelebihan kami dalam melaksanakan program ini ialah kami
sungguh rajin dan berusaha untuk menjayakan program ini supaya memastikan program
ini berjalan lancar. Kami telah menjalankan banyak mesyuarat dan memulakan
perbincangan sejak dua minggu sebelum. Untuk menghiaskan kampung, kami telah
mengumpulkan pelbagai batu dan melukis pada batu untuk menepati tema permainan
kampung kami, iaitu permainan batu Seremban. Selain itu, kelebihan yang kami dapati
ialah bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai ketua kampung, saya telah
membahagikan kerja dan kami telah melaksanakan kerja masing-masing dengan baik
sekali dalam masa yang ditetapkan. Walaupun ada berlaku beberapa perselisihan
faham antara ahli kumpulan, namun begitu kami masih berjaya menghasilkan dan
menghiaskan kampung kami dengan cantik sekali. Kelebihan kedua yang kami dapati
semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta berasa seronok semasa
bermain permainan tradisional batu seremban ini. Para peserta berseronok semasa
bermain permainan ini dan juga telah memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak
penganjur.
Namun begitu, masih terdapat kelemahan semasa menjalankan program ini.
Cuaca yang kurang baik telah menyebabkan kami terpaksa membuat gajet dengan
masa yang panjang. Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam kami ialah kos
pembelanjaan yang agak tinggi. Kami telah terpaksa membeli tikar-tikar dan kain untuk
hiasan kampung. Di samping itu, pengurusan masa yang kurang efektif semasa
pertandingan itu berjalan telah menyebabkan pertandingan ini menggunakan masa yang
terlalu banyak.
Kesimpulannya,

sesuatu

projek

mahupun

pertandingan

itu

memerlukan

perancangan yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang


pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas

sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah
panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan
lebih lancar.

Anda mungkin juga menyukai