Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TAPAK PERKHEMAHAN

Pada 1 August 2017 (Selasa), hari ini merupakan hari pertama perkhemahan kami
di Pusat Unit Kokurikulum Bukit Mertajam. Sebuah Sub Kem dibahagikan kepada ahli
Pandu Puteri. Dengan ini, kami pun membahagikan tugas untuk membina gajet-gajet
yang perlu di sub kem kami.

Beberapa ahli Pandu Puteri membuat pintu gerbang dengan menggunakan kayu
pendek dan kayu panjang. Mereka menyambungkan kayu-kayu untuk membuat pintu
gerbang bagi sub kem Pandu Puteri. Selain itu, beberapa orang ahli Pandu Puteri
membuat gajet rak serbaguna dengan menggunakan kayu-kayu. Mereka menggunakan
ikatan-ikatan seperti ikatan seraya, ikatan silang tungku dan ikatan lilit kacang untuk
membina rak serbaguna tersebut. Mereka membina sebuah rak serbaguna yang besar
supaya ahli-ahli dapat meletakkan barang-barang di atas rak serbaguna tersebut. Di
samping itu, beberapa ahli Pandu Puteri membuat pintu pagar sub kem kami dengan
menggunakan tali rafia untuk mencantikkan pintu pagar sub kem kami.

Seterusnya, dua ahli Pandu Puteri mengorek lubang untuk mencucuk tiang
bendera ke dalam tanah untuk mendirikannya. Tambahan pula, beberapa ahli Pandu
Puteri berfikir cara untuk membuat dapur dengan menngunakan kayu-kayu yang
disediakan.

Kesimpulannya, semua ahli Pandu Puteri membuat tugas masing-masing di sub


kem kami supaya sub kem kami dilengkapkan dengan gajet-gajet yabg tertentu. Hari
ini, kami tidak dapat menghabiskan tugas kami dan kami akan teruskannya pada hari
yang akan datang.
Pada 2 August 2017, hari ini merupakan hari kedua kami menyertai perkhemahan
ini. Semasa kami mempunyai masa yang lapang, kami pun meneruskan kerja membuat
gajet-gajet di sub kem kami agar dapat menyiapkan dengan secepat mungkin.

Beberapa ahli Pandu Puteri meneruskan kerja membina rak serbaguna di sub kem.
Mereka tidak dapat menyiapkan gajet tersebut dalam satu hari perkhemahan. Hal ini
disebabkan rak serbaguna memerlukan masa yang agak panjang untuk
menyiapkannya. Seterusnya, beberapa ahli Pandu Puteri mula membina dapur dengan
menggunakan kayu-kayu. Mereka menggunakan ikatan seraya dan ikatan serong untuk
menyambung kayu-kayu. Di samping itu, pintu gerbang telah siap dibina. Seterusnya,
papan kenyataan juga dibina oleh dua ahli Pandu Puteri dengan menggunakan ikatan
seraya dan ikatan serong untuk mengikat kayu-kayu. Selain itu, tong sampah basah
dan kering sudah siap dibuat dan diletakkan di belakang sub kem kami.

Kesimpulannya, semua ahli Pandu Puteri bekerjasama untuk membuat gajet-gajet


di sub kem kami agar kerja dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Kami
sentiasa menggunakan masa yang lapang untuk membuat gajet-gajet di aub kem kami.
Dengan ini, kami telah belajar banyak kemahiran melalui pembinaan gajet-gajet. Kami
tahu cara untuk membina sebuah gajet dan ikatan yang sepatut digunakan.
Pada 3 August 2017, hari ini merupakan hari ketiga kami menyertai
perkhemahan ini. Pada hari ini, kami telah diberitahu bahawa gajet yang kami bina
terdapat beberapa ikatan seperti ikatan seraya dan lilit kacang yang amat longgar
semasa menjalankan pemeriksaan pagi. Oleh itu, kami pun telah membaiki ikatan-
ikatan tersebut semula supaya gajet kami menjadi lebih kukuh.
Selain daripada itu, kami juga telah meneruskan pembinaan dapur kami. Kami
berusaha untuk membina dapur kerana ia memerlukan amat banyak ikatan dan juga
mengambil masa yang amat panjang. Walaubagaimanapun, kami tetap berjaya untuk
menghasilkan dapur yang amat mengagumkan akhirnya. Bukan itu sahaja, kami juga
telah menghasilkan beberapa gajet yang baru seperti ampaian dan juga kerusi untuk
meja makan. Untuk ampaian, kami telah menggunakan ikatan seraya dan serong untuk
membina gajet tersebut manakala kerusi meja makan telah menggunakan ikatan lilit
kacang untuk menghasilkannya. Saya terdapat bahawa kami mempunyai idea yang
kreatif kerana kami dapat menggunakan buluh untuk membuat kerusi tersebut dengan
menghiris sampai sekeping-keping bagi didudukkan di atas.
Kesimpulannya, kami telah berganding bahu untuk menghasilkan gajet bersama-
sama secara pasukan. Dari sini, kami telah saling menolong antara satu sama lain
semasa menghadapi masalah dalam proses membina gajet. Dengan itu, hubungan
Pandu Puteri Kadet dapat menjadi telah erat dan turut menghasilkan suasana yang
harmoni sepanjang perkhemahan ini.
Pada 4 August 2017, hari ini merupakan hari terakhir untuk kami berada di
perkhemahan ini. Pada hari ini, selepas pemeriksaan pagi, kami telah bermula untuk
menurunkan gajet yang telah dihasilkan bagi sepanjang perkhemahan ini kerana kami
perlu membersihkan tapak perkhemahan kami sebelum kami balik ke kampus.
Dalam proses menurunkan gajet, kami berasa amat tidak berat kerana gajet
yang telah dihasilkan dengan sedaya upaya perlu dilonggarkan untuk membersihkan
tapak perkhemahan tersebut. Walubagaimanapun, kami tetap menjalankan tugasan
kami dengan baik. Selepas semua gajet telah diturunkan, kami pun mengikat semua
kayu mengikut panjang dengan satu ikatan yang amat senang dibuatkan yang diajar
oleh Cik Joyce. Selepas itu, Quatermaster pun mengira jumlah kayu yang telah kami
bawa ke tapak perkhemahan ini supaya tidak mempunyai lebihan atau kurangan kayu
berlaku. Akhirnya, kami pun berdiri dalam satu barisan menhadap ke hadapan di paling
belakang tapak tersebut dan menjalan sehingga ke depan sambil mengutip tali raffia
yang telah ditinggalkan di tapak tersebut supaya tapak tersebut menjadi lebih bersih.
Dalam empat hari ini, kami telah banyak belajar tentang pembinaan gajet dan
kami memahami bahawa latihan yang banyak dapat memudahkan kami dalam proses
membina gajet. Bukan itu sahaja, kami juga telah mengeratkan hubungan Pandu Puteri
Kadet sepanjang empat hari ini kerana kami telah berganding bahu untuk
menyelesaikan apa-apa masalah yang telah menimbul semasa pembinaan gajet
dijalankan. Oleh itu, saya berharap kami mempunyai peluang untuk menjalankan lagi
perkhemahan sebegini kerana kami telah dapat faedah yang banyak melalui aktiviti-
aktiviti yang dilakukan terutamanya pembinaan gajet.

Anda mungkin juga menyukai