Anda di halaman 1dari 1

KENYATAAN AKHBAR

PESTA PANTUN ANTARA JABATAN-JABATAN KERAJAAN PERINGKAT


NEGERI PULAU PINANG 2020

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64, Jabatan Kebudayaan


dan Kesenian Negara (JKKN) bersetuju untuk mengadakan Pesta Pantun
Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan Peringkat Negeri Pulau Pinang sebagai satu
penghargaan terhadap negara kita.

Pesta ini berperanan meningkatkan semangat patriotisme dalam


kalangan kakitangan kerajaan yang bertugas di Negeri Pulau Pinang. Selain
itu, pesta ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kebudayaan dan
kesenian dalam kalangan mereka. Tambahan pula, pesta ini juga menjadi
platform kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunjukkan
potensi dan bakat dalam aspek kebudayaan dan kesenian.

Melalui pesta ini, para kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat
berasa lebih bangga terhadap profesion diri sebagai kakitangan Kerajaan dan
menyemai perasaan cinta akan negera dalam diri mereka.

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA


PULAU PINANG
9 FEBRUARI 2020

Anda mungkin juga menyukai