Anda di halaman 1dari 2

Laporan Refleksi

Pada 10 September 2019 sehingga 13 September 2019, saya telah


menyertai perkhemahan badan unit beruniform di kawasan kampus. Sepanjang
menjalankan aktiviti perkhemahan ini, saya telah mempelajari pengetahuan baru
serta memahami kekuatan dan kelebihan saya.

Melalui perkhemahan ini, saya telah mempelajari pengetahuan yang baru.


Antaranya, saya telah mempelajari bahawa cara mendirikan khemah. Hal ini
demikian kerana ini kali pertama saya mendirikan khemah. Sebelum mendirikan
khemah, kami perlu mencari tempat yang rata supaya kami dapat berehat dalam
keadaan yang selesa. Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting untuk
menjimatkan masa semasa mendirikan khemah. Di samping itu, saya juga mendapat
pengetahuan baru apabila membuat gajet. Sebelum membuat gajet, kami perlu
memilih buluh yang lurus supaya gajet dibuat adalah kemas dan menarik. Dengan
ini, saya memahami bahawa buluh yang digunakan perlu diketuk dahulu. Hal ini
demikian kerana terdapat banyak semut ada di dalam buluh. Ketukan yang kuat
akan menghalaukan semut supaya buluh tersebut lebih selamat untuk diguna. Selain
itu, sarung tangan mesti dipakai semasa menjalankan aktiviti membuat gajet. Hal ini
kerana buluh akan menyebabkan kulit kita gatal serta mengalami kecederaan. Jadi,
pengetahuan tersebut yang diperolehi semasa membuat gajet adalah berguna dalam
kehidupan seharian kita.

Kelebihan saya sepanjang perkhemahan ini ialah saya dapat menyiapkan


tugasan-tugasan perkhemahan dengan sempurna. Saya sanggup menerima cabaran
walaupun tidak mempunyai pengalaman tentang perkara tersebut. Contohnya,
membuat gajet dan masakan rimba. Saya dapat membina hubungan yang baik
dengan ahli-ahli KRS. Semasa menjalankan tugasan, saya sanggup bekerjasama
dengan ahli kumpulan saya untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Misalnya, saya
cuba memotong ikan dengan ahli kumpulan saya semasa menyediakan makanan.
Saya juga berani untuk menyoal pendapat daripada ahli kumpulan sebelum
melaksanakan sesuatu. Apabila seseorang menghadapi masalah, ahli lain sanggup
memberi bantuan kepada dia. Hal ini telah mengukuhkan hubungan kami dan inilah
menyebabkan kami menjalankan aktiviti dengan seronok.

Saya juga mendapati beberapa kelemahan saya dalam perkhemahan


tersebut. Gajet yang kami buat adalah kurang kemas. Hal ini kerana kami mengalami
kekurangan tali dan buluh. Dengan ini, kami menggunakan tali yang berbeza warna
untuk membuat sebuah gajet. Buluh yang kami gunakan juga berbeza lebar. Jadi,
gajet yang kami hasilkan kurang menarik dan tidak cukup kukuh. Kelemahan kedua
yang ada pada saya ialah saya kurang kemahiran dalam ikhtihar hidup. Saya
mengalami kesukaran untuk memasak menggunakan kayu kering. Saya tidak pandai
mengawal kekuatan api dan ini menyebabkan makanan saya mudah hangus dan
kurang masak. Dengan ini, saya hanya dapat membuat persediaan awal memasak
dan menyediakan makanan yang tidak perlu dimasak. Misalnya, mencuci beras,
menyediakan roti dan membancuh minuman.

Bagi menambahbaik kelemahan saya, saya bercadang bahawa saya perlu


menyediakan tali dan buluh yang cukup semasa membuat gajet. Sebelum
perkhemahan, kami mesti mengumpul buluh yang secukup-cukupnya dan memilih
batang buluh yang lurus supaya menghasilkan gajet yang menarik. Semasa
membuat gajet, tali yang digunakan perlu seragam dan diikat dengan ketat. Bagi
kemahiran memasak, saya perlu memperbanyakkan peluang saya menjalankan
masakan rimba. Dengan ini, saya dapat meningkatkan pengalaman saya tentang
masakan rimba. Sehubungan dengan ini, saya juga perlu aktif dalam aktiviti-aktiviti
perkhemahan supaya saya dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

Kesimpulannya, perkhemahan ini telah memberi pengalaman yang sangat


baik kepada saya. Walaupun terdapat kelemahan semasa menjalankan aktiviti, saya
akan berusaha untuk menambahbaik kekurangan saya. Saya amat bersyukur
mempunyai peluang ini dan berharap untuk menyertai perkhemahan lagi.

Anda mungkin juga menyukai