Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI 

INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU PDPP AMBILAN JUN 2020


DAN PDPM JUN 2021

Nama : Mohammad Nor Salam Bin Zainal


Unit : Pdpp Tahfiz
Tempoh : 4 Hari 3 Malam
Tarikh : 23 Julai 2021 Hingga 26 Julai 2021
Tempat : Google Meet

Puji-pujian dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah, yang
telah mencurah rahmat dan nikmat. Jutaan terima kasih saya tujukan buat ibu bapa,
para pensyarah, jurulatih dan rakan-rakan yang tidak putus-putus berkongsi ilmu dan
idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Kem Bina Insan Guru PDPP Ambilan Jun 2020 Dan PDPM Jun 2021 secara maya
berlangsung dengan baik. Walaupun kem BIG ini berlangsung secara maya,banyak
kenangan baru yang kami galas pulang. Bermula dari aktiviti pengisian rohani seperti
tazkirah,pendidkan moral, pembinaan jati diri guru bersama slot kewarganegaraan,
aktiviti ringan seperti LDK, memasak, berbincang dalam kumpulan sehinggalah kepada
aktiviti fizikal seperti Malaysia cergas,kembara dan pendidikan konservasi, pemakanan
sihat,kyakinan didalam air dan pembinaan rakit serta abseiling. Walaupun aktiviti-aktiviti
berlaku secara maya namun. Setiap incinya tersimpan pengalaman dan pengajaran.
Berikut adalah nilai-nilai yang kami perolehi sepanjang program big ini:

AKTIVITI
Aktiviti Kem Bina Insan Guru ini merangkumi aktiviti taklimat dalam slot
kewarganegaraan dan perpaduan,pemakanan sihat, tazkirah,pendidikan moral,taklimat
kembara dan konservasi, taklimat keyakinan di air dan rakit serta taklimat abseiling.
1-Slot Kewarganegaraan
Semasa slot kewarganegaraan berlangsung yang di isi dengan perkongsian
pengetua cemerlang encik Abu Hamadi Bin Abu Bakar pengetua cemerlang smk
manir,kuala terengganu,dalam slot ini, saya dapat melihat betapa pentingnya peranan
guru dalam membentuk pelajar yang cemerlang dan sekolah yang unggul. Guru perlu
berani mengambil tindakan yang luarbiasa untuk menjadikan sekolah mereka
mempunyai landskap budaya dan etika yang cemerlang dan bersahsiah tinggi

2-Tazkirah
Slot tazkirah memberi saya banyak nilai pengajaran yang perlu dihayati dan
diamalkan dalam hidup. Melalui slot ini kami dapat mengisi rohani dengan tazkirah yang
menyentuh tentang kepentingan keberkatan dalam kerjaya guru,ikhlas dan redha dalam
mendidik,kkeberkatan dalam gaji yang didapati serta semangat cintakan sekolah.
Beberpa kumpulan telah diberi gabungan dari PDPP dan PDPM untuk mengendali slot
tazkirah ini dan semua ahli perlu mengambil peranan untuk memastikan slot mereka
berjaya.

3-Malaysia Cergas
Dalam slot ini kami diajar untuk berdisiplin dengan mematuhi waktu yang telah
ditetapkan. Kami memulakan aktiviti ini dengan laporan kehadiran setiap
kumpulan,nyanyi lagu kebangsaan dan denaman aerobik. Slot ini menyedarkan saya
kesihatan jasmani amat penting kepada guru dalam mendidik murid. Guru yang cergas
dan bertenaga akan membuatkan murid juga ikut serta bertenaga. Jika guru itu lesu
dan tidak bersemangat dalam mendidik maka murid jug tidak bersemangat untuk
belajar.

4- Kembara Dan Konservasi.


Dalam slot ini, saya dapat mempelajari bagaimana cara-cara untuk kembara
didalam hutan serta kemahiran menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan. Saya juga
diberi pendedahan tentang kepentingan memelihara flora dan fauna bagi mengekalkan
kelestarian alam sekitar.slot ini juga mengajar kami untuk menghargai alam dan
mengambil pengajaran dari alam ciptaan tuhan ini,contohnya daun-daun yang sudah
gugur walaupun digantikan dengan daun yang baru masih tetap juga memberi manfaat
dengan menjadi baja dan juga penunjuk jalan, begitilah manusia kita perlu berterusan
memberi manfaat kepada orang lain sehingga keakhir hayat.kami diberi tugas untuk
melakukan video mengembara dikawasan berhampiran sambil menunjukkan cara untuk
mengenal mata angin untuk arah panduan. Kami juga diminta untuk membuat rakaman
bagaimana cara untuk konservasi flora dan fauna yang kami pilih disana

5- Pemakanan Sehat .
Dalam slot ini, kami diajar pemakanan secara sihat,yang mengandungi semua
khasiat yang diperlukan seperti protein,karbohidrat,serat dan bijiri. Kami diajar makan
mengikut piramid makanan dan nisbah suku-suku separuh. Kami diberi tugas untuk
memasak dan ini mengajar kami cara mengendalikan makanan dn sabar dalam
menyediakan makanan yg kami pilih untuk masak.

6- Taklimat Keyakinan Di Air


Dengan menggunakan taklimat secara maya,kami dibimbing oleh tebaga
pengajar untuk mengendalikan aktiviti keyakinan didalam air. Slot ini mengajar kami
untuk patuh pada arahan jurulatih agar semua berjalan dengan lancar, kami sedar
sebagai seorang guru,kami perlu sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan agar
dapat berfikir secara rasional dan tepat. Slot aktiviti rakit juga diselitkan kepadalam
taklimat ini.kami diajar untuk memeberi kerja sama Yng kuat agar berjaya dalam
melakukan aktiviti ini. kami sempat mempelajari beberpa jenis ikatan seperti Seraya
dan Manok Setiap ikatan ini punya kegunaan yang berbeza. Ikatan manuk misalannya
sesuai digunakan ketika mahu mengikat pada permulaan ketika hendak mengikat tali.
Melalui apa yang kami pelajari, dapatlah kami praktikkan simpulan-simpulan ini
seandainya berlaku kecemasan.kami diberi tugasan membuat melakar dan membuat
model rakit yang boleh terapung diatas air.
7- Taklimat Abseiling
Dalam slot ini kami diajar cara-cara untuk menjalani aktiviti abseiling. Abseiling
merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini
memerlukan daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti
penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Aktiviti ini juga
dapat mendisiplinkan seseorang individu untuk yakin terhadap diri sendiri dan bersedia
menghadapi saat-saat kecemasan ketika berada di tempat tinggi. Terdapat beberapa
langkah keselamatan bagi melaksanakan aktiviti abseiling termasuklah memastikan
peralatan abseiling mencukupi. Ia amat penting bagi urus setia untuk memastikan
peralatan abseiling adalah lengkap dan mencukupi bagi mengelakkan kemalangan atau
kejadian tidak diingini berlaku.melalui aktiviti ini kami disedarkan lagi dengan semangat
kerjasama antara semua pihak agar tiada kemalangan berlaku dan matlamat dapat
dicapai. Falsafah ini perlu diterapkan kami bila berada disekolah dengan member
kerjasama yang utuh antara warga sekolah bagi memastikan matlamat pendidikan
tercapai. Kami diberitugas untuk membuat video rakaman bagaimana menghasilkan
hernes menggunakan tali jika peralatan tidaak mencukupi serta membuat refleksi
disebalik aktiviti Abseiling tersebut.

8-Refleksi Dan Taklimat S.O.P


Setiap malam kami akan berkumpul dan mendengar taklimat dari timbalan kem
komandan iaitu saya sendiri untuk mengetahui perjalanan program esok hari. Selepas
itu kami akan member refleksi terhadap aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang jari
tersebut. Teguran dan nasihat akan diberi oleh jurulatih agar kami dapat
memperbetulkan kesilapan kami dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

9-Rumusan keseluruhan
Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang
kami jalani ini telah berjaya dilaksana walaupun hanya berlaku secara maya sahaja.
Walaupun kadang-kadang arahan yang diterima tidak berapa jelas namun berikutan
keadaan tidak bersemuka dan talian internet yang kadang-kadang bermasalah, namun
melalui semua aktiviti yang kami sertai ini , dapatlah saya rumuskan bahawa program
ini amat mendidik saya menjadi seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang menuntut para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika
perguruan walau di mana pun berada. Selain itu, program ini juga mengajar saya
supaya bijak membahagi dan menepati masa. Program BIG yang disertai oleh kaum
yang berbeza ini membuatkan saya banyak belajar budaya baru di samping dapat
mengukuhkan tali persaudaraan dengan mereka. Sikap toleransi dan hormat-
menghormati juga secara tidak langsung tersemai dalam hati saya dan rakan-rakan
melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya program Kem BIG yang
dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka ini
sangat praktikal dan memberi banyak manfaatnya kepada para pesertanya. Justeru,
saya berharap program umpama ini akan diteruskan supaya setiap bakal guru akan
melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai